Tuesday, June 9

aku buruh kontraktor indon

Aku terpanggil untuk membaca komentar - komentar serta kritikan berasaskan emosi di sebuah forum tempatan. Aku tak tahu samada aku perlu beritahu forum apa, atau tidak.

Mungkin tak penting.

Dah lama aku baca dan aku terganggu dengan bahan bualan serta luahan kurang-kemanusiaan sesetengah mereka ini, tetapi telah aku abaikannya. Kemudian, terbaru, salah seorang pembaca blog ini atau juga kawan - kawan yang kita suka, telah mengesyorkan aku untuk melawat sambil membaca di forum yang lain tetapi masih di atas tapak yang sama. Jadi sekarang, ada beberapa bebenang (thread) pasal isu ni.

Aku agak terganggu dengan komentar - komentar manusia yang gemar membeza - bezakan manusia lain ni sebenarnya! Baik, aku mula memupuk kemarahan sekarang.

Antara komentar sebahagian daripada mereka ini ialah mengenai rupa fizikal aku yang katanya tak ubah seperti buruh kasar/kontraktor Indonesia. Walaupun komen - komen ini sebenarnya sudah jauh terpesong dari topik forum itu, aku tetap tidak terganggu.

Memang aku tak terganggu kalau orang kata muka aku macam kontraktor. Nak buat macam mana kan? Diaorang suka muka - muka Pan Asian agaknya. Disebabkan mentaliti beginilah industri kita dipenuhi dengan muka - muka cantik tanpa mengira kualitinya. Disebabkan mentaliti beginilah yang menyebabkan pembikin filem dan produser tempatan memenuhkan filem dan drama mereka dengan rupa paras sahaja. Tapi tak mengapa, perkara - perkara mengenai fizikal ini jarang mengganggu minda aku. Otak aku tak punya ruang untuk isu - isu begini. Jadi, kalau nak kutuk muka aku, kutuklah. Aku tak terganggu.

Tapi kalau kau beritahu aku yang sistem pilihanraya di negara ini dihapuskan, YA, aku terganggu!

Kalau kata beritahu yang sistem monarki akan diguna pakai dan diberi kuasa pemerintahan secara mutlak, YA, aku sangat terganggu!

Walau macam manapun, kalau aku tak terganggu sikit pun pasal forum tu, takkan aku tulis entri ni, ya tak? Memang aku ada terganggu bila mereka ini mengutuk buruh serta kontraktor Indonesia. Hebat - hebat diaorang kutuk, seolah menghina dengan dahsyat tentang buruh - buruh Indonesia yang diletakkan di bawah tahap paling bawah.

Itu yang aku terganggu. Kerana muka aku macam buruh, kenapa pulak buruh - buruh Indonesia yang jadi mangsa? Apa yang hina sangat buruh / kontraktor Indonesia tu semua? Atau soalan yang lebih kasar bunyinya,

Apa korang lagi mulia ke dari buruh / kontraktor Indonesia tu??

Aku tahu mungkin ada yang akan berfikir kerana buruh / kontraktor Indonesia kebanyakkannya pendatang haram dan selalu melakukan jenayah. Tapi itu bukan sebab yang kuat untuk korang menghina buruh - buruh ini. Kau tahu tak yang berada di Malaysia secara haram dan melakukan jenayah, hanya berapa peratus sahaja dari populasi sebenar penduduk Indonesia? Jangan keseluruhannya menjadi mangsa!

Terus sahaja dengan senang hati mereka mengangkat diri sendiri lebih mulia dari buruh / kontraktor Indonesia.

Beb, mana lu punya sifat kemanusian? Dah tenggelam dalam ketaksuban menjadi Melayu ke?

Dengan penggunaan bahasa yang shortform-ala-sms-dengan-awek, aku tertawa kecil membaca gelagat mereka ini. Aduhh.. sedih

Apalah yang ada pada diri kita sehingga nak mengutuk dan menghina para kaum buruh yang telah berpenat lelah membina bangunan pencakar langit demi mengejar globalisasi yang diaorang idam - idamkan. Kan? Itu yang korang nak kan?

Nak kejar globalisasi, nak bangunan gempak - gempak, nak nampak kita maju, kononnya.

Sekali lagi, sejujurnya aku tak da hal kalau orang nak kutuk muka aku, tapi tak perlu menghina para buruh / kontraktor Indonesia kerana mereka juga manusia atau dalam kata lain hamba Allah. Benda - benda macam ni lah patut dibuang dari pemikiran kerana kelak ia akan mempengaruhi anak - anak kita untuk membenci manusia lain dan serta - merta merasa bongkak dengan diri sendiri atau terlalu taksub menjadi Melayu dengan mentaliti tepu.

Jadi aku syorkan lain kali kalau nak kutuk muka aku, korang boleh cakap muka aku macam jalan tar ke, macam berus tandas ke, macam jamban ke atau apa - apa benda lain. Sekurangnya kau tak menghina manusia lain. Aku bukan back up Indonesia, aku back up manusia.

Beb, belajar jadi manusia dulu baru jadi Melayu. Dan kurangkan membaca gossip artis tempatan atau cerita - cerita seram Mastika.

Dengan selamba dan senang hati ingin aku tekankan yang forum tu tidak bermasalah, cuma segelintir daripada forumer itu je yang mengamalkan sikap prejudis sesama manusia. Ada pulak yang salah makan.. Aduhhh...

p/s: Nak tengok aku lebih 'Indon'? NAH! Hehe!

Pengarah - pengarah Teater Kompilasi Volume 1.

(Star-Ecentral.com)
Next up, Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume 2, AKAN DATANG!

Dah tahu pasal Shout! Awards? Aku ada di dalam. Hehe... http://www.8tv.com.my/shoutawards/
Kawan - kawan yang kita suka boleh vote kalau terdetik di hati ya? Secara online atau sms. Ada 2 kategori, pertama, Best On Screen Chemistry - dengan cik Liyana Jasmay (untuk filem KAMI) dan satu lagi.. korang cari sendiri eh? Sebab aku malu, haha!

Baiklah, Kawan - kawan yang kita suka, jumpa di tayangan filem GADOH, Jumaat ni dan lepas tu boleh tengok telemovie "100 Harijadi" di ASTRO Ria jam 10.30 malam.

Banyak pulak benda aku nak umumkan.. Eyysshh!

Hidup buruh dan kaum tani!

119 comments:

Unknown said...

sapa ckp muka ZA mcm kontraktor indon?meh habak mai..muka punya sweet,dia ckp mcm kontraktor indon..biasalah ZA,kalo orang dh suka sesuatu benda mcm2 diorag kutuk..mcm diorg dh bgus sgt..

Unknown said...

follow up comment di ats..slh lah, x suka sesuatu..yg baik pun jd x baik

Mimieku said...

penilaian duniawi..di sisi Allah kita sama sahaja..tidak akan ditanya,Indon kah?Melayu kah?kontraktor kah?..ilmu tanpa amal adalah KOSONG..renung2kan lah dan slmt beramal..:)

Fazl said...

rupa tak penting. Saya suka lakonan ZA :D

*tapi kadang tgk ZA ni mcm Ariel Peterpan pun ada..hensem pe..hehe

Ann said...

ayah saya orang indonesia, dia skang berusaha nk wat umah untuk kami..sebelum ni, dia penah ditipu oleh tukang umah a.k.a org melayu sndiri, tp dia ttp sabar, mgatakan tu mungkin bukan rezeki dia...
akhinye uph tkg umh indonesia dn keje nye sgt memuaskan..dan hampir siap..

p/s: za, ur face ade iras2 vokalis peterpan...hensem pe..

sns said...

hahaha.
mulut manusia,siapa boleh tutup.
kita pekakkan telinga je.

buruh yang die orang cakap tu tercalon dalam hot guy award kot. mungkin mereka cemburu dengan bob.

persetankan mulut mereka.

Anonymous said...

ZA, cian ko! tapi kau sweet, dont worry, lain orang lain matanya kan.

bila kau tulis entry ni, macam tepat dengan apa yang aku baca hari ni pasal, 3 tahun dalam neraka (metro). aku tak faham jugak dengan orang malaysia (certain) kenapa mereka ni educated, kaya, tapi sivik kurang. aku marah majikan dia simbah air panas dekat tubuh orang gaji indo dia, kau dah kenapa? simbahlah pokok bunga rumah kau ke apa. itulah orang malaysia, tak sudah2 hentam orang, baik orang kita @ orang luar. takde akai ke apa. aku marah ni siyes aku marah!!

aku bukan indo @ ada keturunan indo, tapi aku marahlah bila orang malaysia tiba2 jadi macam tak ada kesedaran langsung. konon laung " malaysia aman, bebas peperangan"

wtf?

berapa ramai orang indo yang kau dah dera sampai masuk paper? malu tau!

sedarlah sikit, kau ambil dia jadi pembantu rumah, dia tolong kau ringan2 kan beban kau dan keluarga kau, respectlah sikit. dia pun manusia.

dan aku dah tulis tadi "certain"

selesai~

(suasana tegang kejap)

hahaha

madjo said...

biarkan saje dgn penilaian mereka itu... hikss..

nur.iman said...

Buat ZA (yang tercalon - Hot Guy Award)

Biarkan apa yang orang nak kata, pada kamu
Bersabarlah, kerana sabar itu separuh dari Iman

“Wahai Tuhan, ku tak layak keSyruga-Mu,
Namun sesungguhnya aku takut ke Neraka-Mu”

Luv u

PenulisGila said...

Muka macam kontraktor indon pun boleh tercalon dalam kategori Hot Guy Awards ek? Menarik...

Lepas ni naiklah saham buruh indon. :)

p/s : buruh indon pun ada yang ganteng apa? cuma status je yang membuatkan penilaian orang jadi berubah. Cuba kalau ariel peter pan atau irwansyah tu bukan artis, tapi jadi buruh kontrak kat Malaysia, orang tetap tak akan pandang sebelah mata. :) Adat dunia.

si pari pari said...

emmm.... insaf kejap bace entri dan respon di sini, mereka manusia biasa macam kita cari rezeki, ada hati dan perasaan, kalau di tindas senang je mereka nak kenakan kita balik, entah apa yg di beri kita makan dan minum bila kita tak nampak takpun bangunan baru siap dah runtuh, retak sana sini, tak takut ke ? ingat... kalau kita buat baik insyallah di balas baik.

walauapapun saya tetap akan berhati-hati bila berdepan dgn org indonesia ni....

myhann said...

Whatever you look like, you're handsome ;P

Anonymous said...

kalau bagi aku, jahat2 orang tuh, sebagai manusia kita memang tak layak nak beri hukuman ape pun, semua kerja tuhan.

apepun aku setuju, buat baik orang akan buat baik pada kita, saling menghargai, saling memberi, cukup.

nur.iman said...

Buat ZA,

Kenapa dlm Ghost kau kena simbah dengan air & dalam Abam pun sama

aduh hai...

ZA, Kuatkan semangat... (Anak Seni camtu lah..ade jer yang tak puas hati)

marina said...

hot guys..awk finalis hot guy.. bersaing ngan faizal tahir, zizan nin.. sure la awak menang.. hehehee..


saya akan undi awak bagi dua kategori.. dalam kami nampak terserlah keserasian awak ngan liyana jasmay.. tapi awk bersaing ngan cheryl samad & naz..

hope awak menang..

Zahiril Adzim said...

Haha.. sy takda masalah kalau org nak kata apa pasal fizikal. Tak penting pun. Macam saya tulis, saya tak terganggu.

Isu kecil begitu tak menarik perhatian saya. Banyak lagi isu besar dekat negara kita yg boleh kita fikirkan.

Cuma terganggu bila manusia dikelas - kelaskan. Terganggu bila kaum buruh / kontraktor dihina. Sudahlah mereka kerja keras dari kita cari makan, kena bahan pulak muka diaorang. Umur berapa doh nak fikir macam tu?

Mentaliti tepu manusia bongkak.

Anonymous said...

Hmm..

Bagi saya rupa paras itu kan anugerah Allah s.w.t dan setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya..
Muka you macam indon but still kacak ape..
You pun ade bakat..
Lakonan you best..
Tabahkan hati ya..
=)

zf said...

biasalah org pun kata muka aku mcm gorilla, aku terganggu gk, apa mereka tu lebih mulia dari gorilla ke? haha gorilla tak buat dosa kn..

aku tau CARI FORUM mmg kurang ajar.

sya said...

salam awak,
apa-apa pun, saya x pernah rase rupe awak ni mcm buruh indon..
tp saye rase awak miliki rupe paras melayu tulen yg pekat berbanding pelakon lelaki yg lain..
dan saya minat rupe mcm awak ni tau..
keep up the good work ok :)

Ayyman Rahim said...

Setuju. Ramai orang yang cakap tak baik anti perkauman ataupun memilih semua ni tapi sebenarnya mental dia memang sebegitu dan tak boleh buat apa dah kan.

Ada juga cakap pasal benda ni : www.ayymanrahim.blogspot.com


Btw, muka buruh Indon pun, okay apa?

:)

fadzlina fadzil said...

tak baik betul..orang yg panggil awak macam orang indon..alahai apa la dosa buruh indon tu ye?? kenapa la kita nak diskriminasikan orang hanya kerna mereka menjadi buruh...kalau mereka itu lebih kaya dari kita...dah tentu mereka tak mahu datang ke malaysia... menjadi buruh dan hanya mendapat upah yg tidak seberapa... org menulis awak sebagai indon tu... cuma meiliki mentaliti yg rendah....

ENGLISH FOR SAFETY said...

za! caiyo! bukan depa yang bg hang makan! (emo plak. huhu)

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Hot Guy Award..
Congratz =D.
Memang layak pon..
Hot guy yang bermuka macam ________.

Ala..
buruk sangat ke kontraktor indon tu? cam hina sangat je.
Even my bf pon ada yg ckp muka dia cam kontraktor indon.. tapi lantak le. Mulut orang ni susah nak tutup.

Tak sedar yang dorang kutuk tu hamba Allah jugak. Ciptaan Allah. Haihhhhhhhhhhhhhhh.

AK said...

will be there this friday...

btw, ske pemikiran ko bro...
tak terganggu dengan kutukan
tapi terganggu dengan sistem pengelasan

yerp, mungkin dari kecik kita asyik gelakkan dan mengelaskan orang dengan panggilan tertentu kowt
sampai dah besar, gini lah jadinya...

tapi tang mana yang mcm kontraktor indon tuh bro?

Anonymous said...

btol2.mental tepu xpenah cair.masih jahiliah mcm org zmn dulu kala.sokong anda!

*nk vote for ur Hot Guy Award. :)

als said...

Jadi kalau muka macam Indon, terus tidak minat seseorang pemeran? Lucu dan cetek cara mereka mengukur bakat. Takut mengundi pun berdasarkan paras rupa. Sudah sah-sahlah mereka tidak memasukkan kecerdikan dan fokus dalam apa yang mereka lihat.

Buruh kontraktor Indon itulah dengan jiwa kental membina bangunan dari tapak kosong menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah sehingga membuatkan ramai tercengang-cengang dengan keindahannya.

Alang disamakan dengan kontraktor Indon, tugas kamu ambil sama semangat kental mereka ya?

Ps/ So did you get to try the macaroons?

Anonymous said...

alamak...ko nye saingan hanyelah faizal tahir yg hot....aku vote due2...

AmY said...

awak pegang watak apa pun menjadi.

best of luck

(:

yong ibu chem said...

itu hal..jgn peduli bro!

:)

Anonymous said...

BUTA org yg ckap u cm tuu.. you are hot dude! kite ni hanya manusia biasa.. we are nt perfect... jangan nk sukahati kutuk org uh.. cermin muka dulu tu. =D

koi said...

uik,sape plak kate muke za cmtu..eish2..biar la dorg..yg penting za blakon mmg best..plus, mmg ptut trclon HOT GUY..itu semua org yg berpikiran dlm kotak je yg hanya pndang rupe dan diskriminasi trhdap sesuatu kaum..eish2

hanis said...

buruh indon yg mencari rezeki yg halal tu lebih murni drpd melayu yg lupa daratan yg mencari kesenangan dari jalan yg salah..

Arjuna said...

Bagi sesiapa yg tak tau forum mana yg ZA maksudkan..this is the one:

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=422788&extra=page%3D5

Anem Arnamee said...

Salam..

ZA, sape2 kutuk kita, kita dapat pahala dan tarik kebaikan dier, smpai bila2 pun mulut manusia takkan berhenti.

Diskriminasi dan persepsi, perkara yg sgt sukar diubah.dah mula jadi mentaliti, memg payah nk atasi..

wallahua'lam.

Miz_S said...

memang lah tak baik kelas2 kan orang..tapi kalau rasa marah dengan buruh-buruh dari indon tu...hmm..baik tak payah sangat la nak terasa...sebab yang datang tu..bukannya ikhlas sangat...banyk yang bawa masalah daripada tak..
lagipun kan tuan punya blog...diaorg pun suka gak kutuk2 malysia..dengan memanggil malaysia sbg malingsia...jadi tak perlu nak terasa sangat..sangat...
melainkan kalau empunya blog ini memang terasa kerana disamakn muka dengan indon..tak tahulah..

dan lagi satu...aku rasa nko sendiri pun membezakan taraf org gak samada disedari atau pun tak..
contoh..kalau nko jumpa perempuan yang nko tak ske...mesti nko ckp camnih juga.
"dah la muka macam..bla..bla.."
"dah la body...bla..bla..."
bukankah itu digelar mentaliti tepu manusia bongkak...

ps:mana ade manusia yang maksum..

lada hijau said...

HA HA HA HA HA... ada betul gak apa Miz_S tu cakap (taip). Kadang2 kita sendiri pun terkutuk secara x sengaja. Biasa la tu. Orang kata kalau kena kutuk maknanya kita ni popular. Takat muka indon tu xde hal. Indon pun ramai gak yg ensem. Jgn sampai jadi cam Lada... kena kutuk depan2 sepanjang idup. Badan cam tangki air la... penghabis stok beras negara la... ha ha ha...

Anti-Indonesia said...

Saudara Zahiril, orang2 Indon memang layak didiskriminasi di negara kita. Kedatangan mereka ada agenda. Usah dikasihani mereka2 itu. Mereka memanggil negara kita Malingsia (maling bermaksud pencuri dalam Bahasa Indonesia).

Masuk sini dan baca kata-kata manis mereka kepada negara kita -

http://www.topix.com/forum/world/malaysia/T1QG91KURQOQSLDJI

nilzalutazan said...

biasala.. bila glamor ada la peminat yang ekstrem minat n ada la yang ekstem anti.. biasa la tu..masing2 ada pndapat masing2.yang hidup mengutuk akan terus mcm tu..biar diaorg nak ckp apa!! en bob kena tetap semangat n kuat.. sbb yang sayang n sokong en bob lagi ramai dari yang anti.. luv u!!

ENGLISH FOR SAFETY said...

za..nk sign satu..kehkeh

nilzalutazan said...

nak vote banyak2 untuk bob bagi hot guy award!! dengan onscreen chemistry award!! bob kena/mesti menang!!

Unknown said...

ohh aku igt entri ini ditulis ade kaitan dgt shout out award tu (hot guy finalist) haha rsenye yg 1st kat malaysia kot, stelah dibace2 tidak... ko membela sama taraf para buruh...

aku da vote 8june hrtu da, aku tgk bleh vote byk kali je so aku vote unt naz & cheryl n ko & LJ

eh smapaikn hai aku kat Fazura ok! haha, aku vote kau unt "that category", geli plak pikir laki vote unt itu, tp rugi plak x vote haha... make sure ko menang! :p

sweet_serenade said...

Sampai hati dorang cakap ZA macam Indon. Hensem ape ZA. Muka ZA persis Ariel Peterpan. Indon jugak tp hensem. So what???

Zahiril Adzim said...

@Miz_S - Terima kasih Miz_S kerana pendapat kamu. Tapi seperti yang saya tulis, saya tidak mudah terganggu kalau orang nak kata apa pasal fizikal saya. Tak penting isu tu.

Saya ulang lagi sekali ya, kalau rakyat tidak diberi hak untuk memilih pemimpin kita sendiri, YA SAYA AMAT SANGAT TERGANGGU!

Jadi sekarang kamu pasti boleh membezakan kedua - dua isu ini bukan? Yang mana lebih senang mengganggu saya? Yang mana isu remeh dan yang mana bukan.

Memang tidak ada manusia yang sempurna, sekurangnya kita cubalah untuk menjadi hampir sempurna.

Kamu seperti pernah dipanggil dengan ayat yang kamu tulis sendiri kah?

@Anti-Indonesia - Saya dah lama tahu tentang SEGELINTIR mereka (Indon) yang memanggil Malaysia sebagai Maling Asia, maksudnya,

Maling - pencuri.

Tapi kamu rasa website itu ditulis oleh setiap penduduk Indonesia kah? Pokoknya, bukan isu mengutuk negara yang saya tuliskan. Penat saya taip panjang - panjang tapi kamu seperti tidak faham juga.

Ini isu kemanusiaan. Kamu juga hamba tuhan kan? Menghina manusia dan menghina negara adalah dua perkara berbeza ya.

Jadi kalau mereka tulis benda - benda itu semua, kita pun mahu jadi seperti mereka kah?

Terserahlah. Yang aku tahu kita semua adalah haiwan sosial yang diternak oleh dewa - dewa berkuku besi. Masalahnya, ada ternakan yang sungguh patuh.

@semua - Apakah entri aku ini mengajar benda yang tak elok?

Senyum skeeetttt!!!

Zahiril Adzim said...

Tapi kawan - kawan yang kita suka, jangan pulak pangkah forum tu. Forum tu tak salah, cuma segelintir daripada forumer itu sahaja yang mengamalkan sikap prejudis sesama manusia ni.

Amacam? Ada jugak yang melenting eh? Hehe..

misisitukangtulis said...

Bob, ada satu lagi isu.. Orang Indonesia hakikatnya tak suka kita 'gelar'kan mereka "Indon"..macam org India kita panggil "keling".

Jadi..Indo ok. Tanpa huruf N di hujung.

Di sana..yakni Indonesia, student kita dipanggil "Maling-sia". Fikir sendiri apa maknanya? Isu lagu..makanan dll~

Hakikatnya..KLCC, KLIA, SIC yang kita bangga-banggakan itu hasil kerja pekerja Indo juga kan? Bergadai nyawa sampai ada yang mati~

Anonymous said...

Maaf, penggunaan 'indon' oleh kalian itu sendiri offensive. Mereka seharusnya digelar bangsa indonesia. Bangsa yang mempunyai jati diri yg kuat. Bangsa yg bekerja keras. Jarang mengemis. Bukan bangsa yg tidak yakin dgn bahasanya sendiri. p.s: nama kementerian pun sekejap pendidikan, sekejap pelajaran. fickle minded habis..

Anonymous said...

tau xpe...sweet ape za tu...biarla kontraktor ke ape za..yg pntg sbnrnye hati za sndri...biarlah ape org nk kate pasal kt...mngapa gusar..tuhan x pernah beza2kan hambe dy kan??

▲▲▲ said...

hahah kawan baik you tu, the one with the DIY headband, yang tak sedar diri muka jawa, perasan pan-asian.
HUAHUAHUA

beL cLoud9 said...

sape lak ckp merah cmtu..sian dorang buta hehehe
HOT GUY AWARDS!!! da vote daa =)

My_Dark Passenger said...

Baik kita halakan benci kita pada israel (laknatullah) dari membenci RUMPUN kita sendiri....

*bukan backup orang indonesia tapi harapan

R LEeN said...

ZA!
sy 100% s0k0ng pe yg kamu tegakkn di sini!

adika zainal said...

maafkan aje le, kekurangan mentaliti mereka2 tue..

mereka lupa, MUNGKIN rumah yang mereka diami tu dibina olah kontraktor indon,
tempat mereka kerja tu pun, atau bangunan2 yang mereka kunjungi..

benar, MEMANG tak patut dikelaskan manusia-manusia. TAPI sayang, sebab mereka mengelaskan manusia ni, SECARA TAK LANGSUNG mereka TERMASUK dalam KELAS manusia yang LUPA pada perhubungan sesama MANUSIA.

kesian kat mereka.. sangat!

mdaj said...

za,
kamu jangan terkena serangan jantung apabila diserang dgn awek2 berbaju kurung/kebaya pada hari tayangan kedua tu nanti tau. and dont be surprise awek2 tu ada yg dah jadi mak2 org. no. i'm not gonna one of them wannabes.. haha. berbaju kurung perlu ikhlas.

tapi yg penting lps screening tu, saya nak bergegas pulang sebab nak sangat tonton 100 harijadi. wpon saya tak nampak kamu masa trailer cerita tu (kamu berlakon jugak ke?), tapi sebab ada dira abu zahar tu yang membuatkan saya nak tonton.

she's one helluva upcoming actress! takdela balik2 tgk muka/bakat yang sama je..

wish you well.

Ann said...

sokong sgt pndapat za...bukan mereka semua cmtu, jd kita x perlulah jd seperti mereka, nnti kita pun x ubh septi mereka

dulu saya selalu sebut indon dpn ayah saya, tp dia x penah tegur, tp sejak saya tau org indonesia x suka dpggil 'indon', sejak tu saya sebut penuh.

bangladesh pun same tau, jgn pggil 'bangla'...slalu lihat mereka myapu tepi2 jln, bg saya kalo xde mereka, mybe malaysia ni takkn bersih..org malaysia kan pemilih termasuk saya..huhu

Zahiril Adzim said...

Ouh maafkan saya. Baik mulai sekarang INDO, bukan INDON.

:)

R LEeN said...

huhuhu.....dia tgh 0nline.....

Admin said...

hi bro..
come on..other people talk bad things about other people because they feel insecure about themselves..
and because you are somebody..
while they are a talker, you are the doer..you achieve something, they achieve nothing..
stay cool..
and congrats for shoutawards nomination

* like your acting and like your insight about things

Starlight86 said...

Don't pay any attention to any of idiots that bad-mouth you..

Teruskan usaha anda dan aku tetap sokong bro. peace.

p/s: congratulate you on your nomination and wish you all the best. Kind regards.

~roslinda~ said...

heeee
muke pnye r hensem cm tuh...
btw,,,suke tgk lak0nan kmu kt kami...
menjadi t0l...
=]

yulinaz said...

buruh kontrak? pe la...sounds klakar~
tu ckp manusia ada mata tp tak tahu nak lihat...or maybe x nampak..

biar pe kata mereka,
ZA tetap best n rmai org support

jie justin said...

abam

fara said...

zahiril..anda hensem lar. bukan macam buruh indon.

beautiful.disgrace said...

1) Comel sangat ke org yg ckp ZA cam indon tu? Tolonglah. Bawak2 mengucap.

2) Kalau xde pendatang2 yg sanggup jd buruh kasar camtu kat sini, korang yg rasa diri tu 'Melayu' sangat dan handsome lagi macho tu nak ke buat kerja kontrak camtu? Taknak kan? Jadi, diam-diam sudah! Aku ade sorang kenalan (buruh kasar@syarikat kontraktor yg berkhidmat dgn syarikat yang aku kerja). Dia berasal dr Acheh. Relax je aku kawan dgn dia. Aku respect dia lg adalah. Dia merantau jauh2 tinggalkan anak bini untuk cari pendapatan. Balik Acheh 5,6 bulan sekali. Maknanya dalam 2 kali je setahun. Korang tu boleh ke buat camtu? Tak kan? Jadi, senyap je k!

maskedfacies said...

aku x rasa muka ko mcm indon.

lebih kepada muka kanak2 nakal zaman sekolah menengah.

Nazirah "The Jenny" Ashari said...

Sangat setuju dengan komen Farra diatas, orang malaysia (certain) kenapa mereka ni educated, kaya, tapi sivik kurang. sangat setuju. ada certain malaysians ni, dia dah ingat dia bagus sgt dah tu. tu yg masalahnya. Baru senang sikit dah mula cakap nak besar sumer. adui.

ZA, no matter what they say about you, you're to me, A HOTTIE! nuff said!!! and i've voted for u for the Hot Guy award, kenapa nak malu? you're really hot ok. (ikhlas giler ni!). You're more than just an actor with a decent look but what's important you're very very very very damn talented. you'll be big and then one day these people will realize who you'll end up being eventually, who's the buruh now. alah, apa salahnya jadi buruh kan? kerja kuat bukan.

terus jadi humble ZA. I love reading your blog, your humble writing, and i know you are one, despite your talent and good look, you'll go far! keep it up!

zazaez said...

Bob,
ingat dua benda..

"Jangan dilayan orang bodoh, nanti kita pun jadi bodoh.."

"Gunung tidak akan berganjak dengan salakan anjing2 kecil.."

..and you're a 'Gunung'..

Lift your head high, face all the puppies with a big smile..

bed : said...

penat fikir, ya kamu ada rupa indonesia...
seperti eross (so7), kalau buang tahi lalat kamu ;)

Anonymous said...

eh.
u ada berlakon dlm cerita 100 harijadi eh?
tak nmpak u dlm iklan pun?
ada apa2 eh dengan dira abu zahar?
haha.
just jokes.
anyway,all the best!
:)

esah ezral said...

1) Hahahahahahahaha gelak golek2. Kalau macam tu you must be a really hensem buruh indon lah. doi kita semua kan darah jawa,kepulauan melayu riau amenda semua tu la, embrace je la gelaran tu za hahaaaaa.

2) Oh. 'Jan' pun brainchild projek koken? Coool! Harap dapat bersua ah jumat ni ehe.

3) ZA ada dalam 100 harijadi? Dengan 'anggun', dengan hujan? Wooh.

4) Shout awards. Chemistry, hahahahaa subjek paling tak favourite. Tahniah anyway, hot guy! Ahahahahaa.

fatin said...

hye.. i da terbaca blog u ari tu. n menda yg i paling suka kat cni, penulisan u "dia & aku Kata". i bagi boy i baca, tp syg, dia xfaham. then i majuk.. huhu.. nice word.

+@yieN+ said...

adoyai..tak ptt btol la org yg ckp ZA camtu...ZA hensem ape...kalau tak, takkan maki glemer tol X?anyway, tahniah la sbb ZA makin di kenali skrg ni..syabas jgk utk cerekarama: ABAM..sweet sgt ZA belakon dlm cerita tu..tak sbr nak tgk 100 harijadi jumaat ni...

Qistina Filzah said...

bdk2 kat cari forum tu mmg ramai mcm tu
bhs dorang kasar2...ader yg memuji, ader yg kuat ngutuk...biasela...
papepun ZA mmg ensem.. (sowi, selalu posting gune ayat sms jek, terbiase...huhu)

Unknown said...

haha aku bru tgk 8tv quickie, smpt lg ko menyelitkan isu ini kat dlm last words ko... bgs2...

Antoo said...

Indon ke Indo ke mereka sama sahaja di mana-mana.

Anonymous said...

i tgk 8tv Quikie tadi..
muke u mcm muke org tgh bosan je?
haha..
sempat jugak tuh last words menyelitkan ape yg ade dlm blog ni..
haha..

p/s: nape camera tu tak fokus kat muke u ek? :)

Miz_S said...

@ZA--
entry yang kamu tulis tu..aku faham point yang kamu nak smpaikan...tentang perbezaan antara manusia...tetapi perlukah kamu menulis "taksub menjadi Melayu dengan mentaliti tepu."..nah sekarang kamu sendiri sudah membezakan...apakah hanya kaum Melayu sahaja mempunyai pemikiran tepu...dan cuba kamu lihat dan berfikir sejenak dengan sebahagian komen yang dihantar...apa yang kamu perasan?

ps:
"Kamu seperti pernah dipanggil dengan ayat yang kamu tulis sendiri kah?"
jawapan aku...TIDAK...
kenapa nko tnya soalan camtu ye?heheh...

amimia said...

salam ZA.
persetankn ng mereka2 sume.
rupe x mjanjikn ppe.
cube tgk manohara tu.
oops.
salah topik lak.
jz be yrself.
ignore them.
wish u all the best.

p/s:da vote for both cats.via on9 n sms.x kisahla klu my bill increase dis month.:)

starry~ said...

ZA,

Rasanya kat negara kita ni, dihebohkan kita layak memilih dan ada hak utk pilih pemimpin kita.

kononnya..

tapi sebenarnya adalah sebaliknya. dorg dah ada pemimpin yg dorg nak. kite ni disuruh pilih utk buat syarat je. kalau org tu x terpilih, kite terpaksa pilih lagi skali. am i right or am i right?

p/s: i xleh pun vote online even dah jadi members. wonder why..

PAK LONG ISMAIL said...

PERHATIAN
Dira Abu Zahar dh kawin n dh ader anak ok..
huhuhu

Cik S said...

i think u're hot..dont worry =) haha
jumpe di help ya. n cinematography 100harijadi agak mcm hebat arr. pheww =p

dina said...

kadang2 mentaliti orang kita yang terlalu bongkak dengan kemajuan sendiri membuatkan orang kita mencipta satu level untuk orang lain. kenapa perlu cipta level itu, kita kan sesama manusia, kenapa perlu kita letakkan level bawahan untuk buruh, pembantu rumah, pekerja industri hanya kerana mereka datang dari Indonesia. Sedangkan dalam masa yang sama orang kita masih lagi mahu tinggal di bangunan hasil airtangan mereka. tapi aku tahu otak orang kita yang bongkak dan tepu membuatkan mereka meletakkan level bawahan itu.

Pada Bob, biar apa orang kata, kamu tetap bagus! Dan yang pasti wajah kamu seperti pelakon Korea...

Mis....MA said...

pada aku semua orang punya hak untuk menyuarakan pendapat...masing2 ada pendapat sendiri..termasuklah aku..secara jujurnya aku xmenyenangi buruh-buruh kasar Indo di Malaysia nih...kebanjiran mereka menakutkan..terutamanya kepada gadis2 pengguna kenderaan awam macam aku ni..pandangan mereka yang melihat orang seakan2 mahu telan...memang xmenyenangkan..

Tapi..kalau ada pihak yang mengatakan ZA buruh kontraktor Indo aku memang xsetuju betul...biasalah..mulut manusia..mudah untuk megeluarkan kata2...Butakan mata Pekakkan telinga...Lama-kelamaan orang akan senyap...Buat ZA, walau ramai yang mengutuk anda, ramai lagi yang menyokong anda...

Anonymous said...

Tak kisah la apa yang orang nak menilai kita yang hanya nampak dari luaran, yang penting niat yang lahir dari hati yang bersih,ikhlas dan jujur apabila kita membuat sesuatu perkara.

KaripapSardin said...

Hakikatnya Bob memang pernah berguru di Seremban untuk menjadi seorang buruh binaan..

kan bob? ko amik course BB kan?

shuha said...

ASSALAMMUALAIKUM en. Zahiril Adzim...

pertama sekali, sy suka dan sikap awak yg cool.. mksudnye... xkisah ap pun owg nk kt tntang diri awak...

huhuhuhu...

but, whad u said is true...


kite jgn membebankn fikiran kite dgn hal2 yg remeh...

buang mase je...

huhuhuhu :D


sy rase sesetgh rkyt m'sia nie kurang sedar atau mengambil ringan tentang kepentingan sivik dlm sesuatu indivivu..

dan... dlm islam pun tlh mengatakan bhw...

sume mknusia sama je di mata ALLAH swt dan kita tak boleh menghukun seseorg di dunia ini melainkan DIA..



dan...


hanya DIA shj dpt menentukan hukuman dan hny dia thu menilai diri seseorg hambaNYA...


kita jg tak boleh menilai @ menghina sesiapa di dunia ini...


sekian..
ASSALAMMUALAIKUM...

nadeyah said...

jgn risaw ar beb...buruh indon ke ape, ko tetap macho n ensem kt mata ak...cye ar...

Anonymous said...

salam..walau pe pun dowg ckap,biar jela k..sy ttap sokong awk n sy da vote ZA dua2 ktg0ri taw!!!

p/s:ZA ttap ensem..!!

Anonymous said...

maaf adzim..walaupun sy minat awk tp awk dicalonkan sama kategori dgn faizal tahir..so sy vote faizal..coz sy minat dia lebih..sorry so much..

Anonymous said...

hot guys tu msti dpat kat za pnye ..

auu said...

Zahiril Adzim is Ariel Peterpan

Liyana said...

saye da tgk dah GADOH.besh ar.


yg paling besh kegunaan pkataan 'babi' yg banyak giler and serius rase cm syok jer.

hehehe....

teringat citerh abam dan gadoh.dua karakter yg mmg kontraaaa

+plain-jane said...

ZA == hot guy awards.

sure vote :)

Anonymous said...

Buruh?!! frankly.. nowadays klu i baca novel.. confirm hero sebijik cam muka u.. hehehehe ;)

Miss FZ said...

dah vote~hmm, anugerah satu lagi tu,hot guy award.hehe.bravo ahh ZA..

p/s:anyway,btol la muke ZA mcm ariel peter pan sikit2..;)

hawa itu indah said...

A'KUM

za...tidak terganggu dgn ayat mentaliti tepu dan taksub.tetapi sedikit terganggu dgn MELAYU DILABEL KAN BEGITU..
mungkin mmaksudnyer hanya segelintir...tp MELAYU itu asal nyer adalah semua..kiter2 ini semua..dri seluruh bumi nusantara ini, melayu lah kita ini..

cik Im said...

apaka..muka tu Allah yang bagi..
kutuk-kutuk tu kutuk siapa ye..

renung-renung kan dan selamat beramal..

akuzle said...

Salam, 'Abam'...

1. 1st. time i tgk 'KAMI', u jd pusher= menyampah giler. rasa nk pijak2 muka u.

2. tgk u lg dlm 'Merah Putih'.... rasa nk hempuks ngan batu bata... (even skali skala jek tgk, itupun ujung2 mata jek)

3. tgk u dlm 'Abam'.... terus terpegun smbil pk, " x sangka sgt2 mamat neh bole bwk watak mcm neh".... lepas tuh terus berlinang air mata...

conclusion, u r really an actor. u mampu buat seorang yg berhati agak kering, menyampah and menangis sorg2... i think we have substitute 4 Arwah Pak Kadar, Arwah Pak Mahmud June, Arwah Pak Salleh Kamil, Arwah Hussein Abu Hassan.... and im so thankful....

KEEP IT UP, ZA!!

nylofar said...

uik muka ZA cm kontraktor indon??tang mana tu??huhuhu well terlebih dlu nk mintak maaf kalo ade sesape yg baca komen ni tersinggung..

kita mulakan ye..hehehe

cube kita imbau balik time atok2 kita dulu yang ade kat malaysia..cube korang pk plak sejarah kewujudan melaka pd zaman tu??korang agak2 la kan org melayu yang ade kat malaysia time tu org pure melayu ke??jawapan dia tak bukan??kerana melayu yang ada kat malaysia pada ketika itu adalah indon2 yang korang sume dok pndang celah mate je tu..so pada melayu2 skarang yang dah rase diri dia terlebih darjat yang tinggi tu cuba kaji balik salasilah keluarga korang...sebab hanya 2 keturunan je kat malaysia time tu..
kalo korang bukan dtg dari indon sure korang mmg penduduk tetap malaysia iaitu org asli..

so, pada mereka2 yang heboh dok ckp ZA muka cm kontraktor indon cube g check salasilah keluarga korang...mungkin lebih indon dari indon yang ade kat malaysia ni..

muka kalo hensem + lawa tapi hati berkerak org tak pandang jugak...hehehehe

go..go..go ZA..

roBusta said...

bg aku... aku x tgk muka ko lah bro.. tp aku suka tgk ko berlakon.. suma drama yg kluar d tv n movie kami pn aku tgk.. tp aku rasa aku suka tgk ko pegang watak jahat dlm cerita K.A.M.I... best lah lakonan ko.. cuma teater tue mmg x dpt tgk lah.. agak2lah ne d sabah.. mungkin satu hari nnt klu p semenanjung.. smoga sukses!!!

dyan . said...

teringat kata2 seorang driver teksi, "aiyya ini orang semua otak kasi letak dalam peti ais, letak dalam buntut"

hohoho...

fidodido said...

tak kesah la indon ke bangla ataupun india.. kita tak boleh ubah rupa kita tapi perangai boleh.. bersyukur lah apa yg anda ada sekarang..

! N e n a G a b b a n a ! said...

mana ade mcm indon . diorg buta . ;)

fawah said...

muke indon?who really cares?its quality that counts...by right mmglah org akan tgk physical...but it'll not be lasting....at the end of the day...still...
kamu comel okee=))

biskott said...

aku suka 100 harijadi.
hoho.

RAWNA said...

firstly, aku cuba cari point sebenar entry ni sama ada ko marah orang yang kat muka ko macam buruh indo atau ko marah orang yang menghina buruh indo

malaysia berkembang terlalu cepat sampai mentality rakyat tak terkejar dengan budaya & sopan santun sebagai manusia.
apabila ada kelebihan sikit, mula bongkak,mula membangga diri, mula menghina mereka yang dibawah
dalam tak sedar, sebenarnya manusia2 ini ditindas di negara sendiri.

lagi 1, sikap suke men-generalize kan manusia. bila seroang buat jahat, semua yang lain dianggap jahat.beginilah manusia. silap disini kita maju dalam ekonomi tapi mundur dalam sahsiah diri.

mereka tak sedar yang sebenarnya buruh indo tu 10X lebih mulia dari golongan yang menghina tu.

mulut jahat said...

ah yelah, lepas ni aku tak baca mastika dah. aku baca harian metro je. takpun bacaria. sampai hati kau nak hina hina mastika. cerita pasal nenek ada kutu pun ada dalam tu tau tak?

jie justin said...

aku search cari pasal buruh indon tapi dapat page nih, apesal? pasal isu ni pun leh hangat!

~aku kurang paham~

ct-rh! said...

spe kate muka ZA cm indon?? x patut tul.. sabar yee.. manusia mmg cmtuh.. mereka ske mengutuk2 sdgkn yg perkara yg mereka kutuk tuh adalah kejadian tuhan.. diamkan aje.. mngkn mata dorg rabun kot.. ZA ensem pe..x penah terfikir muka ZA cm indon.. kalo x xknla tercalon dlm hot guy awards 4 shoutawards kan??

hIL said...

tp gambo yg za ltk kt entri ni, style za mcm vokalis peterpan plak..ariel eh ape tah..

sang hEArty indAh~ said...

ngeheh...shiAan...
wajAh burUh kah kamU??
apep0n...
if burUh p0n, burUh y bergAye pew...

piAt jew tingE mrekA2 y budgEt bEst itU...p0odaA~

Mnusia ade name said...

ZA hot, manade cm buroh..rilek suda, mereka yg ngutok kite sbnarnye nak jd sperti kite =)

*vote!*

Wan Zuraida said...

sy mengsyorkan anda membaca "Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain?" krn di situ kita akan merasakan bhw kita semua bersedara.

http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

link asal usul penduduk melayu supaya kita lebih berpijak pd bumi yg nyata.

ZATUL ZAZA IEFFAH said...

u r sweet..n how dare dowang cakp u macm kontraktrok indon??
i think dowang jelez kot...that y..
anyway..ur hot in ur own way..

rafiqraffee said...

memang tak patut diaorangpanggil cam gitu...boleh saya tanya...saya respect dengan abang...mana abang belajar berkata2 puisi...sangat indah bahasanya....boleh saya belajar dengan abang? saya minat abang giler..........muke abang pun encem jugak...btw keep up the good work bro.....

mirazainal said...

ZA,
I sgt agree dgn u.org melayu mmg cmnie..judgemental and suke meletakkan org di posisi yg plg bwh.i tau i pn suke gne short form nie but I'm trying to reduce it.so, keep it up ZA.nice one.:)

Izzi Yaacob said...

bro..gua suke lakonan bro dlm gadoh..thumbs up!..;-D

*sorry, out of topic sekejap*

kim said...

bila aku baca catatan kau. aku jd bersemangat. aku nmpak harapan. dan aku ingin kejar harapan itu. tmbahan, kata-kata kau bnyak mnyedarkan aku tntang sesetengah hal.eh tak.mungkin,kebanyakan hal. thnx adzim.i love ur way.

p/s : kau ensem duh!manis sgt.teman-teman yang kita suka itu.ckp sedemikian kerana mereka terlampau suka kan kau. mungkin? kan ? xD

Bila seorang ibu said...

saya pun pernah mengalami pengalaman dgn org yang anti kontraktor/buruh indonesia or sewaktu dengannya...
saya ada mengambil anak angkat dari warga indonesia..dari famili yang sangat baik - tinggi budi bicara & kuat agama islamnya..yang sedihnya, apabila saya nak mendaftarkan nama anak saya di JPN, dan org yang bertugas di kaunter tu mengetahui status anak angkat saya dia pun berkata "kenapa amik anak indon?". saya dan suami terganggu. suami tanya "kenapa?". org kaunter tu jawap "org indon ni pelik sikit perangainya.kan elok amik ank org kita." huh...sedih betul dengar org tu berkata begitu.
anak itu kami yg akan corakkannya.. buruk sgtkah mereka?elok sgtkan perangai 'org kita'?...hanya saya dan suami yang akan menentukan sifat dan perangai anak saya. org dikaunter tu tidak ada hak nak ckp mcm tu...

hihiihih...sori.emo kejap

anyway lately ni saya baru perasan kewujudan ZA dlm dunia seni ni.and you are very talented..suka sgt baca blog u.simple but penuh makna.
good luck whatever u do...

syaa said...

haha..bikin onar