Sabtu, Julai 4

tarikh kedepan, kita tetap jalan

Semalam aku dan segala konco - konco Rumah Anak Teater turun berkumpul bersama teman - teman baru, menggemparkan meeting yang tak berapa nak gempar. Buah agenda utamanya ialah mengenai Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II yang akan kami pentaskan tidak lama lagi. Kata orang, hujung - hujung corner je.

Ya, benar. Kerana itulah aku jarang meluangkan masa bersama papan kekunci berwarna putih milik aku yang agak lapuk putihnya tetapi bersemangat menuju kekuningan.

Di atas beberapa kesilapan atau untuk menyedapkan hati, kita panggil kesalah fahaman beberapa pihak yang mengatur tempat kami mahu berteater, kami terpaksa akur untuk mengubah tarikh pementasan Teater Kompilasi Volume II, ini. Jadi sekarang, tarikhnya BUKAN LAGI 29 Julai - 30 Ogos.

Bukan. Tarikh barunya akan aku umumkan di sini kelak sehingga kepastian dimiliki. Tapi dalam dunia ni, takda benda yang pasti, ye tak? Apa - apa pun, yang pasti, kemunculannya perlu dinantikan Ogos ini. Bersiap sedia untuk mengheret rakan - rakan, girlfriend - boyfriend, daddy mummy korang semua, untuk datang memenuhkan tempat duduk Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka nanti. Jangan lupa jiran tetangga.

Bukan senang mahu membikin teater-kental-budget-rendah-tidak-komersial ini. Kami terpaksa budget hensem sahaja. Walaupun kami mirip buruh kontraktor Indonesia. Tapi itulah yang membuatkan kami mahu terus membikin teater. Dan lagi, dan lagi, dan lagi.. Bukan kerana kami mirip buruh kontraktor, tetapi..
Kerana kepayahannya.
Kerana halangannya.
Kerana keperitannya.

Lagi payah, lagi nikmat, lagi sedap, lagi berahi membikin teater.

Terus aku teringat kata - kata seorang guru, "Teater ni macam onani, yang sedapnya proses, bukan hujungnya."

Sambung.

Sebab itu lah kami memilih title projek KoKEN yang mengendong maksud - Komuniti Kental. Agaknya untuk menyedapkan hati kami sendiri juga. Ataupun tidak. Walau kami tahu, membikin teater ni tidak akan membawa pulangan yang menjanjikan kereta mewah BMW (kata seorang guru). Apatah lagi sehelai T-Shirt Ed Hardy (kata aku).

Oh, jauh sekali.

Baiklah, aku sengaja tidak mahu menulis tentang gambaran kasar Teater Kompilasi Volume II ini, kerana aku mahu simpan untuk entri yang akan datang. Disitu aku akan jelaskan lagi. Apabila hampir dekat dengan tarikh. (agaknya). Mungkin disitu.

Tetapi yang pastinya, Teater Kompilasi Volume II bukan teater komersial atau popular yang memerlukan kau memakai pakaian formal, tali leher hitam, kot dan kasut kulit gaya elitis, untuk datang menonton. Tak perlu. Janji pakai baju dan rela minda dikongsi. Chip!!

Oh, teater ini juga tidak ada 'orang terbang' teknik dari Chicago atau budget satu juta dengan menggunakan pragawati tempatan, ya! Ooopss tak sayang mulut!

(Teater itu cermin kepada masyarakat, bukan fotografi yang boleh diedit pakai photoshop)

Naturalisasi yang pernah kami pentaskan di ASWARA dulu.

37 ulasan:

fievelski berkata...

oh..Koken inilah yang ko cakap tempohari kat pekan frinjan. OK. tempat masih kat stor DBP atau ada ura2 lain?

shakinah berkata...

za bermisai kah itu?
err..

Amer Yusof berkata...

bob, org tua cakap 'masa beranak tanggal'. makin muncul, makin tercabut.

make s'thin' 4 future undertakin is the best

heartless berkata...

teater? oh aku minat.
skill lakonan dlm teater lebih tinggi!

Roydy Rokidy berkata...

yeah, yang payah itulah nikmat sebenar, aku tetap akan tunggu bro...

b e a u t i f u l . d i s g r a c e berkata...

jangan clash dengan final exam aku sudah..

gadisjahat berkata...

:)

:. Rianna Wilis .: berkata...

owh...
tarikh jer tukar?
Still tempat yg samer?

sHe~TeE berkata...

yay!! teringin nk tgk teater..
kne tunggu 2-5 tahun bru ley tgk agaknye!!
;(

farra berkata...

budget rendah xpe za, yang penting kasi habis. :)

YobSumO berkata...

oh onani tanpa penghujung lebih bagus :p

haan berkata...

nak bersuara jugak..hekeley..semak..
aku x tau ni..jadi mahu bertanya..
adakah KoKEN vol. 1?

AIMI D berkata...

zahiril adzim,
kau x rs apa yg kau cuba smpai kn melalui teater yg kau keep promoting x smpai msg nya kpd kwn2 yg kau suka?
krn ada x terlintas di fikiran kau yg mungkin lebih dr separuh yg hadir adalah peminat kau yg mungkin hadir for the sick of seeing u acting/ meeting u rather than watching the teater itself and understand what the teater is all about.
krn ak rs semua org boleh dtg tgk teater itu but only yg 'betul' into teater will get the msg like u said before that 'teater itu cermin kpd msykt'...dan bisa ak nyata kn msykt bisa saja membohongi diri sdri bila melihat diri nya dlm cermin...faham x?
now its up to u if u wanted to remove/ delete this comment as long u've read it and its ok with me...mcm kau juga yg mungkin rs x pa mereka dtg tgk teater just for u tp msg teater sampai atau x itu cerita kedua...tq
zahiril adzim, ikhlas ak mohon maaf kalau terkasar dan mengganggu kau...
peace..=p
selamat berkarya + berjuang

Zahiril Adzim berkata...

Kerana itu aku tulis, tunggu entri seterusnya. Semuanya aku simpan disitu.

:P

Atau mungkin juga tidak. Mungkin aku hanya menunggu pementasannya nanti :)

Ini cuma promosi dari bahagian sini (blog ini). Tidak termasuk promosi dari bahagian anak RUMAH ANAK TEATER yg lain. Kerana dalam RAT, ada ramai lagi, bukan aku seorang. Mereka juga punya kenalan masing - masing.

Jadi yang akan hadir, pelbagai orang.

Kalau ada yg datang dengan tanggapan begitu, aku tak mampu nak berbuat apa. Tapi itulah yang kami (RAT) sedang cuba lakukan.

Membikin teater sambil berkongsi, argue ttg sesuatu isu, mendidik, mempengaruhi (haha) dan kawasan - kawasan yang sewaktu dengannya.

"Cuba, atau mati mencuba"

p/s: Memang entri ini tidak ada pemikiran. Sekadar pengumuman ttg tarikhnya sahaja. :)

Tanpa Nama berkata...

Kenapa bila saya tengok gambar tu,saya teringat orang zaman batu?hehe... kreatif la

AIMI D berkata...

zahiril adzim,
bagus lah promosi kau krn teater2 mcm ini kurang dpt promosi, kalau buka pemeran teater sendiri yg promosi kn siapa lg betul x?

tujuan comment ak ini its just that i'm just give u an idea about the type of people that may come to the teater dr sudut pemerhatian ak it seems that u might not/ late to notice about that. oh and if u do notice about that so just take my comment as a reminder lah...=p

* ak rs para blogger menulis entri mereka mesti bertitik tolak dr suatu pemikiran hnya aja dr pemikiran yg ringan, sedang atau berat. jd ak rs setiap entri mesti ada pemikiran nya sendiri...fitrah manusia yg x berhenti berfikir

* even entri yg ringan dr pemikiran yg ringan boleh wujud kn perbincangan yg 'betul2 berbincang' faham ? mcm ak dgn kau yg pd ak lebih tepat mengguna kn kata berbincang dr kata argue...krn kalau argue ada yg salah dan benar tp kalau berbincang x ada yg salah dan benar...

zahiril adzim, selamat berani mencuba kerana tanpa keberanian mimpi tak akan menjadi kenyataan ...=)

kamus berkata...

Aimi D,
Sorry, i'm not trying to be smart in my english but i just want to share, faham? (i'm just quoting your "faham"). Cuba reti bahasa sikit,jangan guna perkataan "faham", sebab readers here are not stupid, especially ZA. They are all adults who 'faham' bahasa melayu PERFECTLY.
OK. Back to your wrong word. In your first comments to ZA, you used a word "for the SICK of..." Actually the word is "for the SAKE" not SICK. Readers here are not sick, mind you.
Rasanya amir D is one of the readers here yang masih tidak faham lagi, tapi asyik tanya orang 'faham tak". Kan dah banyak kali cakap, ini blog ZA and dia punya pasallah nak tulis apa pun tentang theatre dia. Nak promosi ke apa ke, its up to him.

peminat berkata...

hee.. kamus dan aimi d. selamat bersosial!

:. Rianna Wilis .: berkata...

hurm.... ZA

AIMI D berkata...

* kamus yg ak hormati...,
terima kasih atas pengajian kau kpd ak. ak rs kat sini ada sedikit salah faham krn sblum tulis ulasan ini ak dah berbalas bincang dgn zahiril adzim jd ak rs zahiril adzim sendiri mungkin faham apa yg ak maksudkn dgn faham...(sbb faham ak di sini maksud nya sgt dlm ) lg pun mmg ak tau semua org 'dewasa' di sini faham bhs melayu dengan sempurna lebih2 lg bila menjadi pembaca blog zahiril adzim.
ya ak pun x kesah zahiril adzim nk tulis apa mmg blog dia hak dia...(ak pn dah balas bincang tentang hal ini dgn zahiril adzim dan kami dah jumpa jawapan nya)

** utk pengetahuan kamus yg ak hormati, ak membaca blog2 org utk belajar semula bhs melayu dan eng yg telah lama ak tinggal kn lebih2 lg dlm penulisan jd terima kasih krn membetul kn apa yg ak salah...

** oh letih juga nk tulis semua dlm bhs melayu. dan kamus ak agak terkesan sekira nya nama ak ditulis salah ...( kau tulis Amir D pd ulasan kau kpd ak)

peace dan selamat berjaya kpd kamus. oh ya kamus jgn cepat melenting krn ini merupa kn perbincangan bukan perdebatan...

terima kasih

*** kpd kawan2 yg zahiril adzim suka ak mohon maaf sekira nya kalian terkesan / melenting dgn ulasan ak, mohon maaf sekali lg =)

p i a berkata...

ape ape jelah!
kte pon ske teater.
lebih ori berbanding filem.
kte suke blakon gak.
eh ZA,! KTE GENG!
huhu
insyaallah i'l be there! :P

cayyok2 ZA!

aiEd berkata...

haha!
rilex la weyh..
ape kes gadoh2 ni..
xkesah la..

aku suke teater..
dan aku suke zahiril adzim ..
so pada aku..
bile teater + ZA...
= .............
wow!mesti pegi..

sungguh pun hanye dapat melihat kedua nya dr jauh..

inoue asuka berkata...

en zahiril,aku ini tidak pernah berpeluang lagi menonton teater2 yang anda mainkan...if the next entry yang kamu tulis about it menarik, akan aku konsider..[sebab aku tak minat tgk teater kecuali teater2 budak sekolah...:D]

AAH berkata...

tayangan filem Laskar Pelangi arahan Riri Riza pada 9 dan 10 julai 2009, jam 8.00 malam di Studio Pancha Delima kampus puncak perdana, uitm. Bagitau kawan2, masuk percuma!!

warwickshire berkata...

there's always a price to pay for a life of idle pressure :)
p/s ed hardy summer collection dh kuar, summer sale pon dah start skrg nih :P murah2, mampu milik! hehehe...

cham's berkata...

i love teater-kental-budget-rendah-tidak-komersial camni, hehehe.

harzharun berkata...

sekadar menapak sebentar,...membaca...berfikir sendiri...

si pari pari berkata...

nak tanya...sesuatu penulisan atau pementasan teater kepada umum itu perlu di saring oleh pihak tertentu ke ?

iYda Juhar berkata...

wohhhhhhhhh.
harus jalan la wes. terpaksa pon harus jugak jalan.

Zahiril Adzim berkata...

@si pari - pari - saring maksudnya apa? Kenapa pula timbul saringan?

si pari pari berkata...

Oh...maaf menimbulkan kekeliruan, saring maksud saya di sini ialah adakah perlu di tapis atau mendapat kelulusan sebelum di pentaskan, contoh macam lembaga penapisan filem atau kementerian kesenian dan kebudayaan ke ?

Saya cuma musykil je, adakah teater kita ini bebas menyuarakan apa saja pendapat dan isu atau ada garis panduan yg perlu di ikuti agar tidak menyinggung mana2 pihak.

Zahiril Adzim berkata...

Kamu pernah tonton teater AIRCON?

si pari pari berkata...

teater Aircon ? awak maksudkan saya ke ? saya tak pernah tengok apa2 teater pun sebelum ni, kenapa ya....nampaknya saya tak patut tanya soalan begitu agaknya.

p/s : eh adalah...saya pernah tengok persembahan drama musikal ala2 kebudayaan di Phuket, adakah itu di kira teater juga ?

Zahiril Adzim berkata...

Bukan begitu.

Teater AIRCON salah satu contoh dimana penapisan 'realiti' tidak diperlukan.

:)

Kerana itu saya suka teater.

si pari pari berkata...

Ooo....ok, nampaknya juga saya antara org yg rugi da...., saya akan cuba menonton teater dan menilainya sendiri - Terima Kasih !!!!

omgpetch berkata...

"Teater ni macam onani, yang sedapnya proses, bukan hujungnya."

sedap quotation ni

Muhafis berkata...

oo ex student aswara..
patut berlakum nampak
mcm ade ilmu tue..
karoke best tak kawan?
pomot ah, ngat nak tgk ah..