Jejak kaki ke Kuala Lumpur, mindaku dihambat kerja semula selepas beberapa hari berada di negeri bawah bayu yang menyemai senyuman dalam keindahan pelbagai detik situasi yang aku lalui.
Pengalaman sudah aku memorikan. Rasa sudah aku rasai. Pemandangan sudah aku pandangi.
Semalam, selepas pulang ke Kota Lumpur, aku terus ke Stor Teater, Dewan Bahasa Pustaka. Untuk mengejar semula keghairan teater yang aku tinggalkan untuk beberapa hari. Sampai pagi buta lamanya berlatih.
Padahal, orang lain balik terus tidur. Tapi aku tidak.
Sudahlah pagi sebelumnya aku terlepas menembak tanpa sengaja, akibat berseorangan di bilik tanpa bantuan untuk dijagakan dari tidur. Kapal terbang berlalu tanpa aku sebagai isinya. Ah, makin pening susunan dan aturan mindaku sekarang ini. Aku sudah disekolahkan disana dan disini.
Inilah antara perkara yang aku hadapi kerana berseorangan.
Gembira kerana terpilih masih terlekat, tetapi aku harus kecilkan untuk meneruskan kerja, untuk meneruskan keghairan berteater. Disana juga, ada perkara yang terjadi, yang aku dengari. Pemilihan aku disoalkan oleh individu lain.
Atau mungkin berkumpulan.
Pada aku, pertikaian dia atau mereka ini hanya menjadi bahan ketawa aku, atau juga bahan bualan bersama teman - teman aku apabila sedang berborak kosong di meja segiempat mamak nanti.
Sekurangnya, aku ada bahan untuk dibualkan. Mentaliti begitu, seharusnya ditong- sampahkan. Cumanya, tidak akan ada homeless yang akan kutip makan.
Abaikan. Mari cerita perkara lain.
Semalam aku tidur, dengan harapan apabila terceliknya mata aku, dia tidak berlari dalam mindaku lagi. Kerana ia dan dia sungguh indah yang tak dapat aku kendongkan dalam rasa. Namun, cacatnya perkara ini ialah, perasaan itu terdalam simpan.
Ish, habis lah aku.
Aku pejamkan mata, wajahnya yang terlukis.
Aku diamkan mulut, hatiku yang menyebut namanya.
Aku senyapkan segalanya, mindaku memikul dia.
Dimana - mana beb!
Esok, angin tiup, aku harap hilang. Kalau tak, aku akan kejar. Kalau aku kejar, dunia putar - putar. Maka aku ciptakan kata - kata ini,
"Apabila mata kita terkunci, pemandangan dari aku lebih hebat. Kerana kamu hanya nampak aku, tetapi.."
"AKU NAMPAK KAMU"
View aku lebih indah, sebab aku nampak kamu, tapi kamu hanya nampak aku.
Habislah, si pemeran harapan, sedang mengharapkan. Cis!
p/s: Sebenarnya, aku mahu tulis tentang perkara lain. Tapi, entahlah. Ini yang terkeluar. Yang lain itu, mungkin aku simpankan sahaja kerana terlalu mengarut dan tidak penting untuk dituliskan.
Oh ya, ini satu video untuk dikongsi tentang Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II yang sedang dikerjakan. Ini video kami yang poyo.
107 comments:
haa..nampak sape :)
Best of luck! =)
haa. dah lama encik pameran tak menulis gaya begini. sebelom ni serious je semua. hehe. :P teruskan 'perluahan' (is there such a word? :P ) kata hati anda. hehe. :D
"aku nampak kamu"
ya, view yang indah. tapi bagi yang hanya melihat dengan mata hati.
moga hari hari esok kelak, makin ramai yang melihat bukan hanya sekadar dengan mata kosong saja.
emm ada maksud lain nie.. ZA sedang memerhatikan seseorang ea??
saya doakan semoga berjaya..
hikss... nmpak sape atau ape bob?..
all da best mlm ini!!
Bob, TQ for invitation kat fb tu... nanti akak try pegi on 15hb... Sebab takleh bawak budak2 kan, kena cari pengasuh untuk hari sabtu. papepun Bob, Tahniah atas kejayaan kamu. Percubaan kamu memang berhasil... Semoga kamu jadi pemeran yang sejati...
adakah dia yang kamu lihat?
kemana pun kamu pergi..dia dan kamu tetap melihat..itu kenangan
adakah kamu mengharapkan dia selalu melihat kamu agar kamu tidak merasa keseorangan?mungkin...
tapi percayalah..dimana-mana,ada mata yang melihat dengan penuh keikhlasan..
dari mata itu mereka menilai,baik atau buruk adalah subjektif..
sekurang-kurangnya mereka masih sayang dan memerlukan kamu walaupun ego memelit diri..
tinggalkan mereka itu kerana kamu ada perkara yang perlu kamu kejarkan..
adekah ZA tgh ckp psl HZ?
yaa aishah adakah ZA sdg brbicara mngenai HZ??
Tak. Dia sedang bicara tentang NA.
Dayum. Kamu kelihatan panas dalam video tu.
i think i noe who she is..
adakah HZ??
Wah akhirnya Bob bicara pasal seseorang.Bagusla tu Bob. kerja-kerja juga tapi kebahagian pun penting bro.Masa depan tu. Tapi harus diingat, jangan kerana dia, kerja kau terjejas.Kau baru nk bangkit.Jika dunia muzik sudah di landa muzik indie, dunia lakonan pula sudah dilanda dengan orang-orang muda yang ideanya segar sepertu kamu and the geng.Keep it up bro.To your team also. Come out with fresh ideas. I will be there for your teater. Hope to see something differents in it.
Org seperti kamu memang layak untuk menang that awards. Biarla apa org luar mahu katakan, mulut manusia tak boleh dikunci. Biarkan saja.
Jumpa di sana....
lagu latar best + video yg best + tomey ape?ape?ape? kekekeke one more! one more!
~marshmallow~
my advice : go get her if u think she's the one. Jgn hnya mengharap.. Life IS short. 'Run' if u can.
sangat comel la kalau ZA dan HZ jadi! hehehe
wow!!..menarik-menarik. ZA telah dilamun chenta?? Kena report sama Melodi nie. Suruh Abg Nazz terjah!! haha
best ke ? huhuhuuh
Yayaya... Kalau ZA dgn HZ juga bagus..
<3
sape HZ? :)
HZ tu saper??? name aku pon ade HZ gak...hahaha!!!!
someday hopefully u will understand life is too short to wake up in the morning with regrets, so LOVE the people who treat you right and forget about the one who don't, and believe everything happend for a reason.If you get a chance take it,if it change your life let it. Nobody said that it would be easy,they just promised it would be worth it.
Harap2 En.Zahiril jiwa tenang....
:) heee
saya tumpang gembira lah! :)
who is HZ...
wanna know bout it...
in love kerr..bertuah sape yg i tak tau sape tuh..
hanis zalikha?
bingo, baby. 100 markah untuk anda.
(menyibuk)
:D
aku org ke dua puloh enam yg rapuh...
berpaling-senyum-tunduk pergi
ianya sudah memadai dari kata-kata berkahak itu, biarkan mereka yg kelebihan pahala.
nampak siapa di mana mana ?
ahhh ,
seronok kalau kamu berdua (:
ZA and HZ :PpPpP
da video is so funny!!!;)
u stay cute lah!;)
*wat..HZ???
omg!
jeles!
selagi Dia mengisi mata hati - selagi diri dapat merasai , jika hilang nanti, rindu pula terisi (abaikan jika rasa ini hye karutan hati tidak dikenali)..
sihat ke ni???
isk3....frust sgt sbb xdpt pergi tonton teater tuh..ada perjuangan lain yang harus ku teruskan disini..
Weh harap2 memang HZ aaaa hehe (:
kelaka siot bro!!!!
huhu
dh terpana pd seseorang?
tO be hOnest i know u're an actOr,but i dOn't even know ur name. baru saat ini saya tahu nama kamu zahiril adzim. such a nice name.
(adakah saya ketinggalan zaman?)
tolong jgn HZ, hati saya robek nnt sobsss
hehe.
wahh...HZ ke...?
sukeee....cepat KEJAR like you saidd...:)
aiii... i peminat u...
suka sgt tgok u blakon...
tambah2 dlm kami...
hepy sgt dpt tahu blog u...
all da best...
semoga yg sentiasa bermain di fikiran
dpt di miliki...
daaa
haih.i hope not HZ.i dun think its about a girl there.isnt it?.very subjective there ur post.clarify plz.
HZ? -.-
ni pe citer HZ-Hz ni...haha...sungguh ku xkenal sape gerangannyer... ;-p
ZA, TAHNIAH :)
bukan pasal HZ..but something related with work..
HZ sudah ada bf okeh..
dia tidak curang ;p
Baru balik dari teater koken.First time pgi teater mcm ni.Excited pnye psl,aku sampai paling awal td. Tahniah r.cong & fared 'hippie' ayam. actors as well. memg bagus. Rupanya byk org talented dlm stor kecik tu. Apa yg buat aku suka teater ni, sbb ia membuatkn aku berfikir. Karya tu di'open up'kan utk interpretation masing2. Tapi naturalisasi tu kalo takda cium pipi tu lagi bgus. x perlu. ape pun thx a lot. u guys have made my day.. p/s: for encik ayam: naturalisasi ada kena mengena dgn hishmudin rais ke?
Aichehhh korang.. bab - bab ni suka jer kan?
Bukan HZ yang rupawan tu.
Ini pasal lain beb, boleh jadi pasal kereta? Boleh jadi pasal Mac Book? Boleh jadi pasal rumah? Atau mungkin juga boleh jadi pasal kerja..
:)
hehehehe,.,,yeah2...
hopefully bkn org kan?
biarlah ia menjadi 1 bender...
jika saya plak...harapan adlh untuk memiliki dslr!!!!
sungguh kelakar mbaca komen blog di sana dan di sini mencetus gosip :)
Tahniah untuk teater tadi(eh tadi ke, bukan ke hari ni hari rabu?!tak kesah la).. mantop!
eits..
just khatam ur blog couple of minutes ago..
i learn lots of things from u today..
scare x langsungnya u dh jdi one of my teachers la..
i.thank.you.
btw, start the day wit something sweet and end the day wit something sweeter..
live well..
May Allah blees us..
pembetulan kepada ulasan.
May Allah *bless us..=]
la..tertinggal flight ke?? kesian yee..do u need PA? kwikwikwi..btw awak tak masam..bau-bau biasa saje..
seronok =)
video kat bawahhh tu mmg poyo ahh!
smpat lg "isap rokok lu"..wakaka
btw, ZA dok jatuh cinta ngn sp plak ni? JAWAB CEPAT!
haha.
*mnangis pmpuan2 kat luar tu
lpas bace entry ni.*
XD
"menembak"
kata ganti nama yang mantap
hak3
off topic jap...
alang2 kowang tgk la vid yg dibuat ni....just sesuke ^_^
http://www.youtube.com/watch?v=9o3XzIuaewU
haha... ni la kata hati yang best... takkan rindu kat kete? umah? keje? lagi laaa...minta maap orang kata... hehe, Boleh jadi tulisan pelepas rindu dendam??? x gitu??? KO HISAP sebatang ROKOK KONGSI2... X BAGUS UNTUK KESIHATAN'aku smoker but im not sharing with anyone kalu ye pun, zaman skool dulu iye... ape kate ko bagitau je...sebelum tertembak merata2... ahaks... gurau2..
mungkin jugak LJ? hehe.
o'ooo....zahiril, x elok promo kan rokok neh..awak tu selebriti..kalo x ngaku seleb pun, artis ke pemeran ke..tetap x bagus..kalo nak isap gak belakang2 da la..btw..semoga sukses ye..
yup.. maybe it is LJ ok.. hanis is one of bob fan.. tapi LJ is bob ex.. atau bukan ex n still.. hahah mmg suka btol kalau bab gosip yang tak dpt apa2 ni..
AKU JELES BETUL...huhuhu
LJ...? klo LJ xpe...
i suke sgt die..sumil and sweet je...
talented pulak tu...
cuma....
bob tolong nasihat soh rentikan la nyanyi2 tu...
focus acting da la...
i restu korang berdua...cayalah...
encik zahiril adzim, you're so hot. I dnt knw wht to say anymore..btw, for your video..
ape?ape?ape?
Hahaha..mcm gila.
Mmg poyo dua dua ekor.
ZOMG,korang2 ni,so funny la..HZ la,NA la..haihh...stop playing guessing game la guys..if he wanna mention names,he wud have mention it right..hahaha...
neway,bob,ur video so funny..rasa nak tengok la plak projek koken ni..hmmm...cam best jer..
i rase u kene clarify about your post la,hehe
ramai sgt da tertanye2 ni ;)
Kadang2 kita terlalu mahukan sesuatu seperti kita mahukan seseorang.
:Ps
mungkin juga merujuk kepada arca ffm22 yang diperoleh encik pameran harapan. sgt berbaloi
i suka LJ lag;)
sp bf HZ???
saudara...
sekarang sedang berteater ya???
kalau free, tolong tulis pasal industri teater mampu memartabatkan bahasa melayu...
tolong tulis pandangan anda...
huhu...
btw, good luck 4 ur teater k!!!
hey you all! LJ IS NO LONGER IN ZA's LIFE. Dah lama dicampak jauh-jauh. Sebab LJ tu hippo, luar manis dalamnya ...dah lah mulut puaka.
Sebab tu LJ dan keluarganya are NOT SUITABLE for a person like ZA. wooosshhh.
hahahaha..ades..ades.tapo ok gak kalo HZ ngn ZA..ades..korunk2~
bila menulis memang mudah berpalingtadah,kadang-kadang tak sedar pun kita dah type lebih daripada duaratustujuhpuluhtujuhkali.hesh.
rasanya ZA bukan angaukan orang..
de angaukan keta maybe..
tapi keta ape ek??
*nyibuk tol aku ni..
[Quote:Kadang2 kita terlalu mahukan sesuatu seperti kita mahukan seseorang.]
tapi lebih selalu kita mahukan seseorang lebih dari sesuatu..:P
wahhh..gusip2..i likeeeee..
aik...ni kakjahku yg peminat aril af7 tu ke?
mungkin ramai nak tahu apa yg u mahukan ;)
ZA,merokok membahayakan kesihatan..
kurangkan ok
:D
guys, ZA bkn dgn HZ la..huhu..
suke tgk reaksi ZA ms i sakat die psl HZ td..jgn mrh ye ZA...hehe..
kadang-kadang kita terlalu mahukan sesuatu yang lain sehingga lupa ada sesuatu lain yang lebih baik menanti.
ya,menaip itu mudah tapi mengejar yang nyata itu seperti cuba menarik,menggenggam dan memeluk angin di luar yang nyata bukan milik kita.
jadi terbaik yang boleh aku lakukan ialah doa engkau berjaya dan bahagia selepas memiliki sesuatu itu.
huhu..bila susah hati selalu macam ni~
ni untuk cik adinda...
yeke LJ tuh camtu...
aku tgk dia ok aje...
kalo x suka pun xpayah la nak kutuk bagai..pikir r orang yang minat dia sama...kalo ko nak ckp dia x sesuai ngan ZA pn xpyh r smpi ckp dia camtu..
booo
uiks..
hz??she's soo young..no way..
lj??ad lak yg kutuk..xbek la weh..ak mnt gle dia..
za..takyah ar cntan2 ni kn..fokus3!!
aku sokong adinda sebab aku dah kenal lj dah lama. dari sekolah. lj mmg hipo gedik diva dan ya sangat mulut puaka.depan orang manis tapi belakang suka mengutuk orang merendahkan orang ingat dia yang bagus.sama lah ngan famili dia.mak dia lagi hmmm
kpd tanpa nama peminat LJ,
kalau peminat LJ tidak mahu orang kutuk LJ, jangan bagi LJ jadi artis puaka. nasihatkan dia jadi elok sikit. tidak lah comel mana pun dia tu, gedik banyak arr.nyanyi hampeh kelongkang perasan sedap.
dia tak jadi gf ZA pun lagi bagus. tak rugi pun kan ZA? payah nak jaga kegedikan dia.
sy sokong adinda & cel.bukti ada.nasib tak pass kat Melodi je.sedangkan nabi ampunkan umat nya.jd,aku biar je gambar2 tu tersimpan lam hp.soooo, ZA memang tak sesuai dgn dia. ZA mengambil keputusan yg tepat untuk melabelkan Lj sbg ex. Aminn. Btway, HZ tu comel. :)
nk tnya,
APA MAKNA PEMERAN?
:]
to video : HAHAHAHAHAHA! ayam lawak!
eleleleh za pandai ayat cover, hehehe
Haha.. ok, cukup - cukup.
Kita jangan mengutuk orang lain disini ya? Tak syok.
Terima kasih :)
hahaha Sya macam tak kenal je za. Nama pun artis haha.
ske bce komen2 kat cni
walaupn blh buat org pening
nsb blh phm lg who's LJ,HZ n ZA tu semua.
im new here
anyway i would like to say
HZ:im one of her classmte for almost 3 years. she's nice n adorable
LJ:taktau apa2 psl die. but im think shes cute anyway
ZA:my mom like you n me too. my sis want me to mention her nme. we are 1family who is ur biggest kipas angin
keep up ur good work beb!!
"Kadang2 kita terlalu mahukan sesuatu seperti kita mahukan seseorang"
----
Mungkin cintalah yang dimahukan maka seseorang itu akan disinonimkan dengan cinta. Amacam ZA? :)
nockil,i totally agree!!!
;)
HZ??ish..mcm bdak2 ler..
walaupun aq xminat LJ tp xbaek la korg kutuk mak die kat cni..ish22
mak org tuh...apalah...
weh ade kwn aku ni minat gle kt ko.
siap msg aku kalo ade cite yg ko blakon..ntah,aku pon ske gak tgk ko.
orait gak r..
aik...ni kakjahku yg peminat aril af7 tu ke?
__________________
yup Qistina..nih KJ la..minat kat ZA jugak..hu2..
errr..LJ nih Liyana jasmay ke..aku minat Liyana Jasmay nih..bkn dia gf aizat ke???,,,,hi2
lj gf aizat?.hello, she claps one hand no sound lah. Nose lj not sharp but her cheek push2 la. mak dia yang jadi pusher tu. untung2 dpt anak dato.
ttm jer laa,tak caye tanyer akak aizat..tp lj tu cam pelik sket eh..:P
salam..ooppsss sory komen aku tak ada kena mengena dengan semua yang di atas..
cuma nak bagitahu kat En.Za yang tadi aku baru tengok video klip yang di buat oleh seseorang dengan tajuk 'tribute to zahiril adzim' cute je video klip die,guna muzik latar lagu 'kau ilhamku' (man bai)..so sweet... ramai sayang kat En.Za jeles sungguh aku... :)
TERSANGATLAH POYO + SENGAL = PONGAL.
ulasan ke 100.hee
hai adzim.=)
aku setuju yang amat sama u la mr. jebon. aku minat za gak tapi x ado la wat video yang geli camtu. hahaha
dh tgk video tuh
mesti letih bdk tu buat video ZA
smpai xtdo mlm kot
ZA dh tgk ke?
bground kaler sgt sesuai
black n white gitu hihi
memanglah pemandangan kamu lebih indah kalau dah semua org kenal kamu tapi tak semua yg kenal kitaorg nieh..huhu
eh, apa pulak kena mengena dengan orang kenal atau tidak? Mungkin kamu salah maksud ni.
Apa yang saya lihat lebih indah dari apa yang orang lihat dekat saya.
Setakat tengok saya ni, takda apa pun, tapi saya yang sedang melihat dia waktu itu, lebih menarik. Ngerti?
Tak mengapalah.
jgn ambil hati..nant luak susah..huhu,ok saya akui mungkin saya ada sedikit kesalahfahaman disini,tapi whatever it is perbezaan perspektif kamu pada saya menujukkan u are a humble person!not actually about the different in the meaning of the 'view',:-)
betul orang seni lah kamu nie. semua ayatnya bermakna dalam. :)
omg..i pny la dk pkir spe LJ 2 and it turns out last skali de gak org expose nme die..
to ZA..I bru jer nk khatam u pny blog..sori if I'm bit kolot sbb bru nk khatam blog u..pdhal org lain sume asyik tertunggu2 entry yg bru..neway, keep it up ZA.. u dh wt i fell in love with u with ur words only.. :)
Post a Comment