Rabu, September 16

momok bidadari

Dengan mengheret tubuh yang penat, aku melangkah masuk ke bilik aku. Bilik yang selama ini ruang realiti dan fantasi aku, kadang bergraviti dan kadang tidak. Aku berhenti.

Baju - baju yang masih ber-hanger yang aku campak ke atas katil sebelum keluar rumah menembak, aku perhatikan - silent.

Malasnya bukan, penatnya tidak. Memang keinginan untuk menggantung semula baju - baju itu tidak ada. Entah kenapa. Mungkin aku tahu, mungkin aku tidak tahu. Atau mungkin aku betul - betul tidak tahu, keliru. Aku yang tadi masih berdiri tegak, bergerak ke almari menukar pakaian untuk bersiap - terus tidur, hajatnya.

Tapi aku lengahkan, kejap - kejap aku bakar rokok. Kemudian aku belek blog ini, takut kalau - kalau dah berhabuk. Belum. Komputer riba namanya milik abangku, aku pinjam. Mengelap - ngelap blog yang hampir berhabuk ini.

Otak aku dijentik tiba - tiba dengan pertanyaan kenalan, suatu tempoh sebelumnya,

"Bob, kenapa dah lama tak update blog?".

Mana aku tahu nak jawab macam mana. Kerja dan apa lagi? Memang aku sedang kuat bekerja kebelakangan ini. Kerana tidak ada apa lagi yang dapat memenuhi minit - minit kehidupan harian aku.

Atau mungkin aku yang diselubungi rasa insecure. Tapi dia muncul dalam keadaan sangat indah. Bukan status atau nama, tapi memang dia. Maksudku bukan insecure, tapi hadir roh dan jasadnya.

Kau seorang bidadari yang menyerupai ibuku. Bukan momok yang aku takuti, tapi kuasa ibu yang aku hormati.

p/s: Nasihat ketuhanan adalah escapism. Beri yang nyata dahulu. Logik akal.

42 ulasan:

.ib. berkata...

salamat menyambut hari raya aidilfitri bro... maaf zahir n batin... ;)

Syafa berkata...

sy mgfolow blg kamu..=)
slamat hari raya...

PETAK.! berkata...

Rehat lah sekejap.Kerja terukteruk,kang tada masa na hadapi hidup.

syukrina18 berkata...

Bekerja keraslah kita seperti hidup 1000 tahun lagi,
Dan beribadatlah kita seperti akan meninggal besok hari..

Selamat kurang 10hari berpuasa untuk anak wayang yang kita suka ;)

ayna berkata...

eh momok bidadari?

haha.
selamat hari raya aidilfitri ZA.. ;)

Tanpa Nama berkata...

selamat hari raya ZA..terus kan dgn keje2 tp kesihatan harus di jaga..

madjo berkata...

salam... blog kamu masih belom berhabuk kerana ramai yg sentiasa dtg utk mengelapnya.. :)

teruskan apa yang dinamakan kerja itu..

Salam Aidilfitri Zahiril Adzim (^_^)v

fifi aswana berkata...

SELAMAT HARI RAYA...
(>_<)

cik_pengat_maness berkata...

teruskan mengikut gerak hati
neway,slamat hari raya aidilfitri bob

**anda telah membuatkan sy membeli majalah maskulin yg mahal untuk pertama kalinya,,hahahaha

kutukiti berkata...

sudah momok lagi mau bidadari.
sangat takut dan sangat indah..

Piston Pecah berkata...

slmt hr raye bro....
duit raye...haha!

ZARA 札拉 berkata...

ahhh....


badan yang lelah memerlukan istirehat~



banyak yang perlu dilakukan dengan badan yang perlu terus melangkah..


hela nafas dan rebahkan diri di pembaringan~

Marina Ina berkata...

Bila kita seorang..igt, akan tiba-tiba dtg 'peneman'.

whoDer berkata...

Di akhir ramadan ini seharusnya kerja da xda di ruang minda. kerja xkn sudah biar pn sampai mati. tapi ramadan belum tentu ketemu lg. rehat dan mencari org yang merindui diri adalah penawar bagi segala kepenatan

Intaneo! berkata...

uishh nanti kita tengok Momok The Movie okay

hanis zalikha jadi bidadarinya

haha :)

RH berkata...

susah nak cakap...
nak panggil bob? x rapat
nak panggil za? apa tuh?
aduhai orang kota lumpur... camne korang hidup r...
ternyata aku x sesibuk korang... sang pemeran? ntah...bulan 10 ke jakarta, jom follow...

Tanpa Nama berkata...

mcm2..

lucu tgk ko blakon jd lembut..haha!

eja berkata...

lucky girl she is..indeed.

I am Karl berkata...

yeah bro
hidup utk trus bekerja

lalalala hari hari kerja
tp jgn smpai
lupakanNYA

nurain berkata...

kita selalu malas


huu

salam lebaran

Zahiril Adzim berkata...

Eh, apa daaa.. Momok ni takda kena dgn momok the movie ler dan bidadari tu bukan model+blogger. :)

Aina Nordin berkata...

apa2 pun, still. selamat hari raya. :)

bunanz berkata...

aku tgk hidup zahiril adzim ni penuh dgn bait2 puisi..mmm...

♥miszluna™ berkata...

adeh..

tiap kali aku baca belog kau..
aku jadi kelu..
kelu bukan apa..
sebab aku speechless.

mahu komen..
tapi tak tahu mahu komen apa..
cuba fahami apa yang kau cuba sampaikan..
fikir dan fikir.....

err..
better aku diam..
sebab aku tak tahu nak conteng apa dekat sini..

lama sangat rasanya aku tak komen dekat sini..
sampaikan semua link-link kawan-kawan kau pun dah tak ada..


selamat hari raya Zahiril Adzim..
aku teringin nak tengok taeter kau..
tapi selalu tak berkesempatan..

Qasiyh berkata...

raya balik mana?
nanti jumpa ye

enyheartsdiamond berkata...

salam aidilfitri ZA;)

MImieku berkata...

salam aidilfitri ZA...

masih setia mengikuti blog kamu...

teruskan berkarya dan ber-blogging...

sy suka!!!!

deennasour berkata...

kenapa muka kau keras kat downtown cheras?
har har har

OrangGilak berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
missjewelz berkata...

salam..nice2see such beautiful words coming from a beautiful person..sungguh puitis. keep em beautiful words coming :) selamat hari raya maaf zahir dan batin !



missjewelz

Ad Rifza berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir dan Batin..

danili berkata...

tapi, nasihat ketuhanan lah nasihat yg terbaik. and u are right. escapism. satu2nya cara kita bole 'escape' dari dunia yg kadang2 celaka. God gives us hope. akal itu sendiri pun tak logik. mcm syurga neraka. just faith. aku pun bkn pandai. dan tak pulak alim. hanya pendapat. nasihat aku kalau ada duit lebih, travel. break frm work. see the world while it's still here.

si gadis operator ^_6 berkata...

apa sebenar yg mahu disampaikan..?
otak beku jiwa kelam,tak beberapa memahami..wuwu

amie berkata...

lakonan ZA dalam zoey & joey buat saya pecah perut ketawa. tak pernah nampak ZA yang macho ni berlakon jadi lelaki lembut :)

Hanis Zalikha berkata...

penat dah dia :)

Tanpa Nama berkata...

Abjad ini di susun debar.
Kepingin sugguh melintasi indera kamu.

Menembaklah tepat2.
Aku memerhati dri hati.
Piala mu adlah inspirasi.

Kesungguhan kamu!
Aku cemburu.
Pnjamkan aku?

Cita aku seperti kamu..

~e f f m i a ~ berkata...

oppsy..
si momok the movie komen!!

1st time baca mmg igt kt HZ bile sbut psl momok..

selamat hr raya ZA!

Andy berkata...

momok itu hanis. eh salah2! malas plak nk backspace! tehee. anyway, tak pernah jemu nonton kamu. All the best bro :') Teruskan perjuangan karier kamu.


Saya.

myra jamaludin berkata...

okayy! ZA ngan hanis ade pape kew?

???

airilazhar_azmi berkata...

Itulah realiti anak muda di kota metropolitan.seringkali dihambat tugasan yang tak henti henti hinggakan masa yang ada seringkali tidak mencukupi.
Akhirnya lena dalam lelah dibuai mimpi mimpi.Adakala mimpi sungguh indah sekali minta diulang lagi. Namun ada juga yang penuh misteri minta ditafsir hingga akal berserabut sehari.
Alangkah beruntungnya jika orang yang tersayang sentiasa hadir di dalam mimpi memberi penawar setelah akal, jiwa dan raga ini bagaikan meronta ronta minta
simpati...

daundaunkering berkata...

cun la hanis jadi bunian
baru tgk tadi
i notice yang hanis ni tinggi la
za lak kecik je orangnye
whatever....
selamat hari raya zahiril adzim

mirazainal berkata...

org kate kalo laki 2 rndah and perempuan 2 tinngi murah rezeki..so la 2 hanis dgn zahiril.. :)