Monday, October 5

telan nasib, berambus satu hari


untuk naik,
untuk dihormati,
untuk dipandang tinggi,
untuk nampak hebat,
untuk dilihat funny,
untuk dilihat lain dari yang lain,
untuk dilihat berpendirian, konon,
untuk di look up to,

apa yang anda perlu buat ialah
jatuhkan atau pijak rakan/kawan
atau sesiapa yang anda rasa pencabar atau lebih dari anda.

Busuk hati.

Aku dah terkena. Sedang.


Aku menunggu masa untuk berambus.
Akan.

80 comments:

kayza-zainal said...

wah...mang sangat sadis sakit bila dipijak dan dijatuhkan oleh seseorang yang dianggap kawan..tp tetap kene bertabah dan bertahan...

far said...

manusia skrg memang kejam.

Shamimi Haniza said...

Just be strong bro! Di semua tempat, tahap, keadaan, situasi akan berlaku perkara sebegitu. Jika mampu, bertahanlah. Jika tidak, berlalulah.
Apa saja keputusan, mesti disokong. Bukan?

hud hud said...

that's life.face it

Anonymous said...

berambus dari mana? dunia lakonan? abis, apa plan ko? -risau-

-rye- said...

ada masa kau dipijak, tapi akan ada masa juga kau akan memijak. meskipun kau tidak ingin memijak.

comic_fanz said...

manusia sudah tidak mengenal erti persahabatan.. ish! ish!

aku faham.. aku faham ko.. even aku tak pernah kena tikam belakang ngan mmbr but in reality i do face it.. penuh disekeliling aku ngan perkara2 busuk ni..

bagi aku ni semua cam - .. ko tak yah amik pot ar.. kalo ko sakit hati sgt ngan dia ko tulis kat kertas benda2 yang ko nak maki dia.. pastu ko buat kapal pastu ko layarkan.. aku penah buat.. tenang sket hati aku..

Fathiha Zainal said...

Penuh makna.

**Itulah kehidupan namanya.
Bertahan. Be strong, whatever it takes. =)

Shamimi Haniza said...

cuma sekadar untuk berkongsi. sy juga pernah mengalami situasi yg lebih kurang sama. kalau rajin, baca la.

http://twin0309.blogspot.com/2009/08/puncak.html

i'm_siCK_n_tiReD said...

inilah resam kehidupan glamor..do not trust enibadi..ko harus hold to your own principle to survived..

by the way..fame is not eternal..masa ko akan tiba jgk..let the time counts~

Anonymous said...

layankan sahaja.
ini kehidupan, baru laa rare.
:D

zarina said...

apa sbnrnya persahabatan??
apa ertinya ada kawan???
dunia..
apa2 boleh jadi..
'nokomen!'

nur atiqah said...

anggap persaingan sihat

nur atiqah said...

anggap persaingan sihat

Ann said...

td br je dgr cite dri kawan..dia dpergunakan oleh lecturer dia sendiri utk mdpt name..

dh lumrah hidup..tpulang pd kita bgaimana kita nk 'face it'..

shash said...

rugi betul kawan tuh.. ada kawan baik mcm kau, tak reti hargai.. sabau je lah.. haih..

Legasi Piston Pecah said...

nk buat cmne...?
manusia mmg cm 2...kalo da jd member terima ape yg baik sje...yg buruk kasi duk jauh2....

si pari pari said...

kamu nak gi mana ? jgn tinggalkan kami, jgn merajuk, jgn mengalah, sebenarnya kamu akan lebih banyak belajar dari pengalaman. Inilah namanya asam garam kehidupan.

Ib Mohamed said...

membencikan. kawan serupa itu. igt kami tapi bukan. dia sahaja rupanya.

p/s: sabarlah bro... kuatkan semangat... ;)

bigbrother said...

kuatkan semangat kamarool...

f|rd4szLer said...

fight for ur right bro =) stay true to urself

MissEyka said...

sy juge sedang terkena dgn kwn baik sndri. dh b'tekad taknak pcaye sp2 lg lps ni.

Haziqah said...

you really have a lot to talk about. lots of thoughts. :) cool.

Masturah Idrus said...

"Tidak ada kehidupan yang kuangankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita -cita.

Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan"
(Barisan ayat di atas adalah dari anda,apa-apa pun perkara yang berlaku,Tuhan senantiasa bersama mereka yang dianiaya. sit,think and face it.)

sil said...

Apa yang anda perlu buat ialah
Mohon kekuatan iman dari Tuhan
Bila kita diuji tandanya Tuhan sayang
Manusia yang busuk hati tak selamanya senang-lenang
Kalau ada seorang dua yang busuk hati, ingat saja masih ada family dan sahabat-sahabat yang setia membantu.

linda said...

JANGAN....

adaNiff said...

hidup ini memang *****. tapi esok masih ada. jangan mengalah.

Shafri said...

lalu-edar hidup yang celaka..
ini yang aku maksudkan..
kawan yg xbleyh diharap..
huh..

Anonymous said...

kita senasib.

kawan pijak kita di pijak.

kita diam mereka memijak.

lagi memijak.

menari. bergelek. seronok gembira.
"aku harap benda ini jaadi lagi. aku seronok"

beautiful.disgrace said...

saya harap nairus nordin baca ini dan sedar. terima kasih.

Liyana Hanim said...

uishh..mmg pedih..aq pun pernah rase..takpe,bertahan & bersabar selagi boleh atau pedulikan sahaja..

Intan Rosliza said...

i believe i can flyyyy~~
i believe i can touch d sky~~
i think bout it every nite n day~~
spread my wings n flyy awayyy~~


haha *tak pasal pasal*


:]

squesha said...

kesakitan yg paling dirasai adalah bila kita menaruh kepercayaan kpd seseorg dan dia menghancurkannya.

kita tidak mungkin menyangka bhw org yg plg rapat selama ini dgn kita,sanggup tikam kita dr belakang.

mungkin yg terbaik adalah untuk trust no one.

eyh,kamu mau berambus ke mana?

ariel shah said...

kawan adalah lawan sebenar..

Huda Luna said...

bersabar lah


adat manusia

Ann Asmara said...

tak perlu nak tunggu satu hari lagi untuk berhambus.

AkMa said...

^_^ Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap indah la...
hahaha pape pon..sabar n redha tu penting hik3x ^_^

bad_blur said...

awak...
jgn putus asa...
tuhan uji hambanya dengan ujian yg
hamba nye leh lalui...
sabar yee...

mir said...

Aku menunggu masa untuk berambus.
Akan.

kalau brambus dr industri ni,
i sgt2 lah setujuuu!
kita xmau kwn yg kite suka terus duduk dlm bdg ni.
kita tau, byk buruk dr baiknye..

bob be gud boy!

[sutera kasih] said...

urghh..be strong yeahh

Anonymous said...

persetankan lah,abg zahiril.
u hv to be strong.
u hv a big talent,passion n dah usaha sampai tahap ni.
dont waste it.
(i know you wont kan)
saja gempak nak test reaction's fans.
cool!~

With Luv,
Hajar Kamal.

Elena's said...

well said. but one thing i hold closely to my heart, whenever you feel like quitting, think of why you started.

Louie said...

ohh.kadangkadang memang wujud manusia berhati najis macam tuh kat sekeliling kita. mungkin kita taksedar.tapi bila dah terkena, oh. GILA PERIT. jangan berambus, bro. jangan kalah dengan manusia berhati najis! mesti KUAT!

nuridrin said...

manusia yang nak menjatuhkan memang ada.
tak perlu label siapa pun dia.
ada.
dan memang saat kena rasa nak berambus dari hidup yang sesak.
tapi kalau hidup mudah-mudah dan tak ada manusia rupa itu.
tak ada antara kita yang sedar Yang Kuasa ada.

Anonymous said...

Remember wht i said,theres no need for all this,u r worth more then all this-t

inoue asuka said...

aku tak rasa sakit,tak perlu merasa pedih atas onar orang terhadap kita jika kita adalah benar..sedang juga mengalami selepas diberitahu oleh teman ttg si polan yang aku anggap teman...bodohkan manusia macam ni?tak patut dibuat baik..:D

abangfaizul said...

adat hidup... ditendang diterajang bila tak nampak berharga... dijulang digilap bila diperlukan...

bersedialah... cuma jangan cepat mengalah. hidup bukan kerana sanjungan, mati bukan kerana kejian...

cippeanut said...

ZA jgn pergi mana-mana yer =)

Djebat said...

tunggu masa nk berambus?
dakah adk blah tanda adk mengalah @ kalah?

Andy said...

peduli apa. biarlah. yg penting kau epy. poket tak kering. org nampak bakat kau. selalu saya bermonolog:yg penting saya terus menghidupkan diri di dunia ini tanpa membiarkan family bersedih kerana kesilapan saya. itu jgn sampai terjadi. elakkan. kau jgn mudah mengalah bro.kau org baru dan sdg kami ikuti tanpa henti. berjuanglah!

Anonymous said...

nasib,,bukan dia mampir tuk ditelan saja,, -.+"

ISMI HAFIZAH RASHIDI said...

ZA yg saya kenal xpernah down dan mengalah.

:)

jgn lupa tu!

niesah la! niesah!! said...

kalo hidup selalu sempurna hilanglah serinya..sebab kita di dunia belum lagi di syurga

harridzuan1889 said...

pelik juga ya... buat sume cuak... apa kes? dah patah semangat? rehat dan kuar jap dari kota lumpur, fresh, air,eyes,= mind. apsal sume entry menakutkan?

Anonymous said...

aku suka gaya kau tulis.
unik. puitis. tapi tajam.
kau seorang sasterawan.
masih mahu banggan dengan bahasa ibunda.
jarang kita temui.
aku hanya bangga secara senyap.
masih lagi aktif. dan anti pada manusia yang jijik memandang rendah pada bahasa kita.

ouh, aku pernah nampak kau berlakon.
aku baru teringat.
kat hebat dapat pegi Cannes.
macam mr.bean.
mimpi menjadi realiti zahiril adzim!

salam,
amalina

cik ima said...

ZA,

Kalau marahkan nyamuk, janganlah dibakar kelambunya. Nanti tak pasal-pasal satu rumah musnah.

Dalam seorang dua yang menyakitkan hatimu, masih ada ramai di sini yang suka kehadiranmu.

Jangan kerana satu insiden yang menyakitkan hati, anda terlupa untuk melihat 'the bigger picture' yang rupanya lebih banyak keindahan dari kecacatannya.

Jaga diri baik-baik.

+@yieN+ said...

la..sape plak yg buat ZA camni???byk2 bersabar ye..yg penting ZA tak macam tu... :)

Hanis Zalikha said...

Tensi? Makan durian D24.

AIMI D said...

that's life ! when that things happens along ur path of life, don't step away ! yet, face it!

* nasihat manusia normal : bila ada peluang take revenge on those ppl ;p...trust me, u'll get the satisfaction

Qarl said...

bro,

kena kuat
kena kuat
kena kuat

besela tu dunia artis

bro dh buktikan yg bro byk pengikut

kalo x salah, blog artis pling rmai followers - BRO la

well, ke'sempoi'an bro tu yg buat lakonan bro cool & berbekas

AiNuL said...

relax2...
yg penting... all that u have done is based on your own pure effort!!
u should be proud of it!
that person?

just forget about him@her!
one day..kalau tak kamu yg balas pasti ada yg datang and may be untuk berbuat yg lebih teruk lagi padanya..haha,kadang kita tak perasan pun...

Teja Evalea said...

mencarik gak ktne & bgaimn..
undetected~

cik_pengat_maness said...

hidup ni mmg slalu xadil,,
It's frustrating, isn't it? So near and yet so far.

Wanie Harun said...

Totally agree. Aku pon slalu terkene jgk dgn kawan aku sendiri. Mmg sakit tapi dah biasa dah dgn perangai dia tu. Its pathetic anyway. Love your blog. Keep on writing! :)

Fara nisa said...

klo ni..bkn dpnggl kwn atau shbt, tp org yang x brgune..busuk ati jew memanjang!! pe pon, biar dia wat kte dk kte jgn bls..stiap kjhtn akn dbls satu hr nnti..hrp abg bob sbr jew la k..

john said...

Sudah mnjadi adat dunia setiap kejayaan akan disertai dgn hasad dengki dr orang lain.Pendek kata senang crite kita berjaya pun salah..kita gagal pun pasti dsalahkan jugak.
Harta yg paling brharga dan amat sukar diperolehi tak kira sehebat mana kita adalah kawan sejati seumpama sebutir permata di dlm sebekas kaca.....

OoizzioO said...

good luck weyh

R said...

Manusia. Orang boleh buat apa saja yang dia suka. Termasuk pijak kawan sampai tenggelam dalam tanah. Kalau boleh nak biar berkubur jasad.

eff said...

kita ingt kita ssh , tp ada yg lg ssh.kita di uji ape maknanya?
TUHAN MMG SYGKAN KITA
kita tak sedar
kita hanyut
tak kan la kerana satu ujian kita terus shj lari
knp kita tak meminta 'kebaikan' dr yg maha esa
mgkn kita terlupa padaNYA
kita nk slhkan rakan/orng lain , tp kita tak sedar kita lbh berslh

Anonymous said...

Benar telan nasib,berambus satu hari?...
Kayu bisa bertahan dimamah anai-anai.Reput sendiri.Terkulai jatuh.
Dan sang anai melihat.Makin mereputkan kayu yg kian menyakitkan.Hati mana tak berkecai.Tapi jika biarkan anai terus menyakitkan.Kasihan pada kayu yg nasibnya hanya dibiar begitu rupa mengalah dengan berkata sendiri.
Pernah juga berasa bergini.

zubir said...

karaoke menang di kanada! http://calgaryfilmfestival.blogspot.com/2009/10/closing-gala-awards-highlight-of-night.html

Anonymous said...

setuju. orang-orang memang begitu.

Cik Pemendam Rasa said...

Dear ZA,

Despite all the difficulties that you're facing now, I hope you know that to a lot of people, you still mean something. I wish I could put a smile on that face of yours in your times of gloominess. So, hmmm.. I hope what I'm about to do will work.

This is actually a poem that I wrote not too long ago, which is inspired by YOU :) Well, my choice of words are definitely not as poetic as yours. But hey, it comes straight from the heart.

So here goes...

Buat Kau Yang Aku Suka

Kau bijak berkata,
Aku suka membaca.

Kau tidak punya rupa yang selalu buat ku jatuh cinta,
Tapi kau punya karakter yang buat aku suka.

Dulu aku rasa bahasa Inggeris itu indah,
Bahasa Melayu ini biasa sahaja,
Tapi sejak aku lihat engkau bermadah,
Baru aku sedar betapa indahnya bahasa kita.

Kau dan aku begitu dekat,
Tapi aku tak pasti aku kau dapat lihat.
Maklumlah aku ini siapa,
Engkau pula begitu ramai pemuja.

Apa signifikasi aku dalam hidup kau kini?
Signifikasi minimum!
Tapi apa yang boleh aku buat lagi?
Hanya mampu melihatmu sambil tersenyum.

Berangan tak sudah
Memikirkan yang indah
Memikirkan saat dan ketika
Bila kau mahu tahu namaku siapa.

Akan tibakah saat itu?
Aku pun tak tahu.

Tapi siapa tahu
Tuhan itu boleh buat apa sahaja
Sebab dulu ia pernah berlaku

Orang yang pernah kusuka dahulunya
Boleh mengajakku keluar bersamanya tiba-tiba
Memang terus berhenti jantungku ini!

So, aku rasa kemungkinan itu masih ada
Untuk perkara yang mustahil itu jadi nyata
Oleh itu, aku akan fikir yang baik-baik sahaja
Mana tahu satu hari nanti kita akan bersua muka
Dan akhirnya jatuh suka!

Err, tapi agaknya adakah aku ini punya ciri yang kau suka?
Sigh. Takpelah. Aku suka dari sini sahajalah nampaknya.


Yang Ikhlas,
Saya Yang Tidak Dilihat.

inoue asuka said...

Saya Yang Tidak Dilihat-->sungguh suka poem kamu ini..:D..maybe lotsa girls feel the same way as you are,tak gitu incik zahiril?

memymu said...

cam siot jek pijak kawan sendiri tu!

erynasir said...

hey bob..ader masalah ker bro?kamu sht2 aja kan?bila mau mkn2???

ayepabrahman said...

same situasi ngan aku..
tp,blm kuat tok pijak2.

eysadot said...

hey.
aku ske care ko tlis.
bnde yang aku bley fikir sme2 cm ko(mybe la lot)
puisi ko.
semue nyer straight to the point.

Asa said...

Itulah yang orang sekeliling kita akan buat, sedih dan memang kejam -.-

* terus jadi kuat :)

erynasir said...

manusia ini xpernah cukup...
mereka akan senang bila org xsenang...
apabila kawan menjadi lawan....
mmg sakit utk ditelan...
mahu dipendam tp xmungkin utk sekian kali bukan....
so..bob sabar la k...
tuhan itu ada..dia xpernah tidur..
yg baik yg jahat ada habuannya..cuma masa antara cepat dan lambat je...
b strong...kuat semangat!!