Selasa, November 3

untuk tontonan umum

Bukan aku malas nak update blog, tapi kalau dah tiap - tiap hari aku bangun seawal jam 6 pagi dan pulang ke rumah dari kerja jam 11 malam, macam mana nak update? Lebih baik aku update diri sendiri dulu.

Iaitu, tidur.

Otak aku ini takdalah gempaq sangat sampaikan duduk depan komputer sahaja, boleh terus keletak keletuk papan kekunci aku ni. Sekurang - kurangnya aku perlukan beberapa jam yang lebih 'serius' untuk menggerakkan minda untuk menulis. Tapi setiap hari, lebihan jam yang aku miliki setelah pulang dari kerja, adalah antara waktu - waktu yang aku sudah capek.

Fizikal dan mental.

Sebab itu aku tulis yang ringan - ringan sahaja.
(Jangan bawa maksud lain perkataan 'ringan - ringan' ya?)



Jadi, ini juga adalah antara tulisan ringan - ringan aku..

Bagi sesiapa yang rajin menonton television, yang juga telah tersempak dengan iklan - iklan rancangan TV, maka sudah tentu ada yang sudah tahu.

Bermulalah hari ini, 3 November akan ditayangkan drama bersiri Waris terbitan Pesona Pictures dan juga Lembing & Layang (Senoi Praaq) yang akan di tayangkan esok. Dua drama yang aku menembak sed..a.n...

Ok, ok. Aku dah betul - betul mengantuk sekarang. Aku letak info je lah eh? Pandai - pandai ler kome baca.


LEMBING & LAYANG (SENOI PRAAQ)
8 Episod.
Setiap Rabu dan Khamis.
9 malam di ASTRO CITRA (131)

Nah kau.. Trailer nya.







Dan yang kedua..




(Foto - foto dipetik (sebenarnya copy paste je) dari
http://www.budiey.com/zahiril-adzim-dan-nas-t-berlakon-drama-bersiri-waris/

Credit to budiey!


WARIS
13 Episod.
Setiap Selasa
10 malam di TV2.

SELAMAT MENONTON!!

p/s: Sambung tidur, esok kerja lagi..

33 ulasan:

Shamimi Haniza berkata...

Bob, Jaga diri n jaga kesihatan. Semoga lebih berjaya lpas ni. =)

Lily berkata...

oh,okay.
selamat tidur juga,heh

yulinaz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
chirol berkata...

eish..xdpt la nk follow..uciTV kat sini xde TV2..kene tnggu kat youtube kang jela

Tanpa Nama berkata...

tidurlah dan brehat sepuasnya agar anda dpt terus mberi hasil yg terbaik buat kami dgn lakonan anda megujakan..

acap berkata...

waris jari hantu?
drana series?

farah berkata...

selamat malam ZA.

mimpi indah ya!

:)

p i a berkata...

pasti tgk punye!
:) nyte!

joegrimjow berkata...

kul 3 kan ada
masa tu la update
;-)

ada_hairuni berkata...

duk hostel.. takde tv.. x dpt tgk.. uwaa....
tahniah bob. x tonton pun kami tahu kau mmg hebat dlm bidang kau. all the best.

shandye. berkata...

uuhh...
keterujuaan.

sususoya berkata...

thanx la sbb update walaupun tgh letih..lama xbaca tulisan za..za skang ni byk berlakon astro ke?..sy ni astro pn xde..klo nk tgk pn kt utube je la..2 pn klo ada yg upload..seb baik waris 2 kt tv2..btw nk tye za layan nur kasih x?hehe..saja nk tau..

comic_fanz berkata...

Never hearded about it.. nampk sangat aku jarang tengok tivi.. lagipun tak ambik channel ni.. so can't see it..

anyway.. another drama from u come out.. good luck beb!!

comic_fanz berkata...

Picture yang ada rusdi ramli n linda hashim with Nas-t right that guy.. n another one yang that lady tu yang berlakon dalam la dolce amira tu ek.. yang jadi vee.. am i right?

PAP berkata...

hidup drama melayu.
sokonglah industri drama tanahair tercinta.
teruskan perjuangan kamu.
jangan sia-sia kan bakat kurniaan DIA.
kamu memang hebat berkarya.tabik.

madjo berkata...

ok!! wajib ditonton Finn dan Bah Jasin ;)

Djebat berkata...

alhamdulillah, buat pertama kali abg jd org pertama yang bersuara.
teruskan berjuang & berjuang dengan bekalan doa kami semua.

mr.mind berkata...

ape watak dlm cter waris ni???jd waris ke??ke jd hantu??hehehe

farehans ahmadi berkata...

TiAdA kAtA sEiNdAh BaHasA ..

Fina Fento berkata...

Kena ikut cite2 ni :P:X:X

Legasi Piston Pecah berkata...

lembing & layang berkisar peperangan zmn dulu....
wa mmg lyn jek...!

nurain berkata...

aku suke gile tido~

Ann berkata...

update diri tu dulu yg lbh pnting...bg aku no hal...yg ringan-ringan pun, ringan la, jnji dpt lepaskn windu pd tulisan za..

mcm menarik jer drama waris tu, sbb ade pelakon faveret aku, rusdi ramli dan za jugak..hehe..

Gadis Kebaya Merah berkata...

satu watak yang belum lagi dapat dilihat oleh pemeran ni..sesuatu yang menarik...diharapkan segala perkhabaran dapat "dikhabarkan"dengan segera yer encik ZA dan kamu juga sudah seakan memegang status selebriti..harap kamu tidak rimas
selamat maju jaya

no name berkata...

Tunggu jugak malam tadi tapi tak muncul2..sampai tersangap2 den..Lembing dan layang confirm tak tengok sebab tak subscribe citra..ahaha..

p/s:Kerja, kerja juga. Kesihatan mesti jaga.

nadiahmustapa berkata...

dlm citer lembing dan waris tu, mane satu ZA? tak perasan pon..

sakuramiaka berkata...

ni mmg btl2 ngantuk ni...nt cuti la br blh tgk cite nie

ezral Sya berkata...

ZA in yellow sweater, suka suka :D yay exam dah habis, boleh mengadap tivi je. sigh rtm yes, astro citra no......nak pakej mustika :(

alynn berkata...

hai...
saya harap anda lebih berjaya dengan kerjaya anda...
saya amat menyukai cara penulisan anda disini...

kesihatan penting dan terlalu penting....tidur secukupnya untuk menghasilkan karya yang lebih baik...

inoue asuka berkata...

hujan @ tmn buaya,melaka - 4pm ahad ni..saja nak menyemak disini:D! incik zahiril minat hujan?

p/s:peace!

Muhafis berkata...

waris cambest jee,
leh tgk nie..

Rohaizza Bt Abd Razaz berkata...

saya memang minat dgn lakonan zahiril. nampak natural dan selamba...tak macam pelakon lain yg selalu nampak mcm dibuat2. saya selalu andaikan lakonan ni sama macam kehidupan sebenar...segala apa yg ada dlm lakonan pasti berlaku dalam kehidupan sebenar...(kecuali citer Alien dan yg sama waktu dgnnya)jadi kenapa lah nak susah2( terutama dalam adegan menangis)saya mmg sentiasa menantikan drama lembing dan layang setiap rabu dan khamis...sama mcm saya menantikan drama Rosli Dhobi dulu...bahkan, saya subscribe channel Mustika pun sebab nak tengok citer suatu ketika tu....all the best...

Amermeftah berkata...

ooo, senoi praaq tu la yg lawan dgn geng2rashid maidin tu kan?