Tuesday, May 4

Manusia Separuh Dewa

Ahad lepas jumpa Iwan Fals.

Rupanya tak ramai yang tahu Iwan Fals datang Malaysia. Kalau tak bukan kerana Cik Opie Sofia, mungkin aku sendiri pun tak tahu orang tua tu nak datang. Terima juga kepada Cik Liyana Fizi. Anda tahu apa yang telah anda sumbangkan. *senyum menghargai*

Tapi bila Iwan Fals depan mata, entah kenapa aku jadik keras. Tak bangun langsung dari kerusi apatah lagi pergi berjabat tangan.

Keras. Cuma mata tak lekang dari orang tua tu. Macam jumpa awek.

Bila dah duduk setable pun sama. Keras lagi. Dalam kepala macam tak percaya Iwan Fals depan mata aku, apatah lagi nak percaya yang aku sekarang tengah duduk makan tengahari semeja dengan Iwan Fals. Untuk nampak tidak kekok, aku pun ambik makanan dan makan sekali, padahal waktu tu aku rasa, kalau aku tak makan pun takpa.

Bodohnya aku, time - time macam ni pun nak act cool? Pergi bergambar lah giler!

Penangan Manusia Separuh Dewa.

Fared Ayam berani berbual dengan dia. Amerul Affendi sibuk memetik kamera. Takpa, janji bila tiba malam nanti, aku nak sehabis - habisnya menyantap musiknya. Sekarang ini dia di depan mata, sudah cukup untuk aku.

Lagipun kari ayam Hotel tu sedap.

Kemudian, kami pulang ke rumah, menunggu malam. Habis volume pemain CD dalam kereta di-full blast-kan. Teruja betul.

Sampai di Bukit Jalil, malam tu, aku tengok sikit punya ramai penonton. Penonton yang rata - rata bukan warganegara sini. Lebih kepada buruh - buruh luar. Kenapa? Sebab tiap kali MC atau penyanyi di pentas melaungkan selamat hari buruh, mereka menjerit menyokong.

Aku suka dan tersenyum melihat crowd ini. Betul punya into. Mereka menyanyi bersama, menari. Nah, ini baru konsert. Merayakan!

Aku, Fared Ayam, Amerul Affendi dan Opie sikit punya teruja menunggu persembahan yang terakhir, iaitu persembahan Iwan Fals.

Tapi kami dikecewakan apabila MC naik ke pentas, betul - betul sebelum persembahan Iwan Fals. Mereka mengumumkan yang konsert terpaksa diberhentikan.

WTF.

Iwan Fals belum main lagi kot?

Memang aku rasa nak panjat pentas dan pecahkan semua alat muzik atas pentas tu. Tapi aku rasa belum sampai atas pentas, nak meredah crowd sahaja akan buat aku semput.

Memanglah semua orang nak mengamuk. Tunggu sikit punya lama ni! Botol - botol mineral water pun diterbangkan banyak sekali ke atas pentas.

Kecoh. Menunggu riot je aku rasa.

Tiba - tiba nampak sosok Iwan Fals naik ke pentas. Lega. Satu ucapan memberi semangat olehnya dan kemudian dia dibenarkan bermain 2 lagu sahaja.

Lebih kecewa. Kami nak banyak lagu!

Betul - betul selepas 2 lagu, dengan kekecewaan penonton dan juga performer, aku nampak pemain gitar Iwan membaling gitar ke bawah dan terus blah dari pentas. Iwan tetap senyum dan memberi kata - kata terakhir. Memang dia tak mengamuk, tapi kami boleh rasa kemarahan dan kekecewaannya.

Dia sangat teruja, katanya, untuk datang bermain di Malaysia, tapi 2 lagu sahaja yang dia dapat.

"Sewaktu datang ke sini, saya lihat banyak pokok - pokok di tanam. Itu sangat bagus. Tapi saya fikir lagi, pokok - pokok ini pasti di tanam oleh buruh - buruh Indonesia!."

Penonton bersorak.

"INDONESIAAAAA!!!" laungnya beberapa kali. Penonton menyorak sambut, termasuk aku.

Pada aku, dia betul - betul marah. Dia blah dari pentas.

Ada sebab dia laung begitu.

Tapi aku fikir lagi, ada sebab jugak konsert diberhentikan. Mungkin keadaan di luar konsert, yang katanya ada pergaduhan sampai ada yang ditikam, semakin teruk.

Ah, apa - apa lah.

Kecewa.

p/s: Kecewa, dan sebab tu aku rasa penulisan yang ni macam gampang. Dan oh, aku jumpa Gadis Jahat. Dia memang jahat. Dia tipu aku. Jahat awak ya?








30 comments:

Rye said...

Dan manusia separuh dewa dalam cerita ini ialah...
Iwan fals ke perempuan jahat?

gdsjht said...

:(

eira said...

salam..
iwan fals dtg sini?
x tau pun.
ape pun posts yg ni best la.
mana ada gampang?

NOT BE NAMED said...

sapa iwan fals ? :-s

Anonymous said...

betul3..oke je post ni.mana ade gampang..huhu
cop2,ni ke konsert yg masuk paper sampai tikam2 tu?
iwan fals datang kot,nape jd gitu plak.ishh..kesian org tu nk perform.

Anis. said...

haha..kari hotel tu sedap..sedap sgt ke..mesti rase cam ketat je duduk depan iwan fals tu..

sape manusia separuh dewa tu?

Fabregas said...

Indonesian........ -_-

Shadow Of Life said...

manusia separuh dewa tu ditujukan kepada.....iwan fals ker??

Anonymous said...

salah sape konsert tuh dihentikan??? slah org die gak kan?? setakat nih kalo artis malaysia wt concert n crowd pon org malaysia xde la smpai mati2 kot... aman jerk... asal ade org indon jer mesti nk gado2... dtg cni nk bangkitkan semngt keindonesiaan lak.. blk negara sendri larr...
sori za...

Fox said...

gadisjahat. taklah jahat sangat.
kan...

AIMI D said...

sekadar kongsi informasi di negara sana hampir setiap hari atau setiap minggu ada aja konsert jd mereka mmg into sgt kpd konsert jd x heran kalo MC laung kn selamat hari buruh mereka menjerit sokong mungkin x sabar nk start konsert =p , lg pn di negara sana sdri x ada libur hari buruh...tetap aja kerja tanggal 1 mei.
kalo org sana mmg sgt into kpd konsert walau sgt ntah apa2 pn penyanyi itu (krn itu penyanyi di sana lebih kaya dr dokter biasa di sana) & crowd di sana sgt get along wit the situation & each other because they need entertainment ...beza dgn warga di sini br org lain nk into the konsert nk menari ke, pandangan 'lain macam' di paling kn kpd mereka jd mcm mn nk tgk warga sini get along menyanyi & menari bersama ?
oh..perkara baling2 terbang botol mineral sgt sinonim di sana & tau x knp pokok2 byk di tanam oleh buruh warga sana ? krn mereka stiap kali konsert pasti ada yg panjat pokok nk tgk konsert jd biar ada pokok yg boleh dipanjat saat konsert berlangsung ! percaya lah
kalo disana its either u get along wit the situation & survive or end up wit nothing ...krn itu mereka boleh survive di mn2 & berani laung kn nama negara sdri !

* coba aja duduk di negara sana 2,3 bulan atau mungkin 1 tahun.., MUNGKIN encik teragak2 utk menyambut sorakan laungan ITU =D

** oh & iwan fals mmg manusia separuh dewa =)

Anonymous said...

awin neves kot jumpa awk :P funny la kalian ni :)

Anonymous said...

Ada jual album Iwan Fals di Malaysia?

Anonymous said...

Ada jual album Iwan Fals di Malaysia? Berapa RM ?

syami said...

KARAOKE ada cd x?
da la hari tu tayangan terhad, sangat kedekut betul. aku tak puas hati...

hans said...

baru aku tahu fared ayam tu yg berlakon skali dgn ko n dira dalam 100 hari harijadi tu
hahaha
asal lah aku tak perasan

Anonymous said...

oh ini la dia yg sampai masok lm paper 2 ye. huu

nayLi aMiRa~ said...

Salam.. hye abg, xde gampang p0n lah. sker baca bl0g abg. unik. huhuhu.. btw, payah nk cAri kari ayam yg sedAp kat h0tel? class la h0tel tu :)

inoue asuka said...

hmmmmmmmm......:D

Anonymous said...

kadang2 kite kena akui,mereka ini memg mempunyai jati dri yg tersgt kukuh..jd pergi mane2 pon dalam hati tetp ngra tercnta....

NaniRostam said...

Saya adalah peminat Iwan Fals. Lagunya yang bertajuk hancur....macam tak boleh blah dari ingatan........heh

kretortd said...

iwan fals tampak segak. kalo berjumpe dengan idola, tentu akan keras, kaku :)

yatie chomeyl said...

perghhhhhhhhhhh...kalau i dpt jumpa Iwan Fals, memang nak bergambar dgn dia beribu2 keping la...

mia bouvier said...

Iwan Fals dari Indon?OMG,aku engat dari Mesia mati-mati.Hahaha

nyOng.is.me said...

iwan fals>>> kesukaan ku!
teringat seorang brader ni CM lagu manusia separuh dewa

tentang marinamirana said...

wa bagusnya dpt setable dgn iwan fals... saya pernah 'jatuh cinta' dengan iwan fals suatu ketika dulu, tp entah kenapa makin lama makin hilang...barangkali susah nak dgr lagunya di sni...anyway tuh konsert apa?

Anonymous said...

bagus sgt ke pak cik iwan tu sampai dianggap manusia separuh dewa...???

Ann Asmara said...

Bodoh sungguh orang yang meninggalkan ulasan dan bertanya :

siapa Iwan Fals?
bagus sangat ke Iwan Fals?
manusia separu dewa tu Iwan Fals ke?


Bongok.bongok.bongok 5 kali!

Jef Hadi said...

argh! tidak! iwan fals datang.

aku tak tau pun/.

oh tidak!

Syam said...

siapa iwan fals... baca ulasan dr media malaysia... katong samua basodara kawan!!! http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tekanan-ekonomi-dan-budaya-hutang-muhammad-nazreen/