Friday, January 28

bila dapat satu, mesti hilang satu. itu gerenti

Ini bukan perang biasa.

Ini perang besar dalam diri. Perang antara keselesaan dan nikmat yang diterima atas usaha selama ini dengan kesunyian yang pernah menjadi sahabat karib dulu - dulu kala.

Dulu - dulu.

Waktu yang sangat memeritkan, memedihkan. Tapi waktu berkawan dengan kesunyian itulah yang menghasilkan beratus - ratus perkataan. Berbuah - buah pemikiran, layangan pemerhatian. Penerbangan imaginasi yang mengandungi pelbagai dimensi. Setia! Setiap masa, yang hakikatnya adalah satu zon masa yang lebih sesuai, gamaknya.

Tapi itu dulu.

Waktu itu, sudah tanam hajat. Sudah tanam impian. Sudah nekad. Nak keluar dari zon itu. Nak kerja keras, nak usaha lebih. Sekarang lebih selesa. Sudah. Nah, inilah dia impian itu.

Syukur memang lah syukur. Segalanya seperti yang dirancangkan, walaupun perancangan master belum mencapai kejayaan total. Tapi tengah on track untuk ke sana. Masalahnya sekarang ini ialah, bila dah masuk ruang ini habis hilang semua perkataan - perkataan lama. Dah takda bau kejujuran kata. Dah takda bau rasa. Macam pudar, macam hambar. Membosankan.

Dah hilang kesunyian.

Mungkin perlu bersunyi sendiri. Yang bunyi syiling pun tak nak.


31 comments:

[.ika itu aku.] said...

nice la =)
bnda nyata yg kita jarang sedar hakikatnya..~

Fateen Insyirah said...

Sunyi tanpa kata memekakkan telinga

Faz.M said...

xpe la..satu perkembangan baik dlm kerjaya ZA..semoga sukses slalu ye..skrg da rmai org knl xmcm dlu lg..skrg slalu dpt perhatian xmcm dlu lg...xpe la..asalkan ia berbaloi...gud luck k..

A said...

bila hilang satu. bile nak dapat satu lagi....

Aishafarhana Radzi said...

setuju!!..

APi said...

sunyi itu perlu kadang kadang..

Nadzirah Idris said...

Rindukan kesederhanaan dahulu nampaknya.

Anonymous said...

kenApa nie ?

tufah. said...
This comment has been removed by the author.
azieazah said...

Salam
Tak ramai orang boleh dapat balik apa yang sudah terlepas dan sudah berlalu....

nur abidah ismail said...

kekadang...satu yang hilang tu paling berharga...tanpa kita sedar...

naza said...

nk cakap - "tau xpe"

this is what we call life.. never ever perfect.. u win some, u lose some..

1612f said...

balik kampung :)

Mazrina M. said...

segala yg berlaku ada hikmahnya .
percayalah ,
you will know about it someday if not today .
:)

saljihitam said...

sudah semestinya.

nur syaffiqa said...

tak pe tak pe. slow slow. nanti ada la idea nak mengarang tu. pape pun, all the best abg KACAK! :))

fitrah said...

mmg betul tu ,bile kesunyian ,mmg otak ini galak berfikir ,lebih lebih lagi semasa menaiki kenderaan ,pilih jalan yang paling jauh ,dan cepat cepat catit ,sbb selalunya idea itu amat menabjubkan ! mengubah sistem , mengalir deras ,
dan secepat aliran air itu juga ,terkadang kita lupa sesudah sampai ke rumah .seperti mimpi barangkali ...

cindir-rela said...

YANG BUNYI SYILING PUN TAKNAK...

BELOM CUKUP SUNYI!
HEHEH..

BUNYI KIPAS PUN TAKNAK....

aLya maNip said...

mungkin yg hilang itu yg kita inginkan tapi yg datang yg kita perlukan..hehehe

ADLIL RAJIAH said...

bukan setakat bunyi syiling, bunyi org selak akhbar pun taknak. biar senyap diam kosong!

Zana Zingaa. said...

fact memang cmni. hilang baik, akan dapat lebih baik. insyaAllah. gud luck bro ! ;)

A girl named AJA. said...

senyap tu paling lazat kan? bagi aku lah.

sapphire blossom said...

suka tajuk! sebb itu selalu terjadi dalam idup aku! :P

cEro said...

redah je...
serius...
redah je....

Anonymous said...

Mmg aku pun perasan. Kau sekarang x mcm yg dulu,bila baca entri2 kau kurang kata-katanya dan jujurnya. Mungkin pengaruh dan perubahan sekeliling. (aku tahu kau sedang runsing dengan buku baru kau)

Anonymous said...

tak semestinya perlu berada dalam kemeriahan untuk merasa gembira.

dan tak semestinya dalam kesunyian tiada gembira.

Anonymous said...

This is what we call opportunity cost. Something that we need to let it go. Btw, go Zahiril Adzim! We are always support you. "Kawan-kawan yang kita suka" always be behind you.

Fara Dee said...

Sabar okay ZA :)

hudhud said...

life ni mungkin macam mencari kebahagiaan dan kehilangan kebahagiaan yang lain :)

yaya said...

realiti kehidupan. dapat yang ini, terlepas yang itu. xkn pernah sempurna. tapi dilalui dengan sebaik mungkin. sbb pengalaman adalah guru yang terbaek utk dr manusia itu sndr.

c weyh said...

tuan tanah , aku berminat dgn ayt di dlm gmbr maka aku petik buat kenangan . tq .