Sunday, January 30

sebenarnya John tak hilangkan Johan

Orang kampung kata dia kena samun. Tapi tak pulak sapa - sapa nampak. Ditanyakan pada budak - budak simpang dengan gitar tong tu, diaorang cakap, kami memang sampai 4 pagi tiap - tiap hari dekat sini tok, tapi takda pulak dengar orang menjerit atau nampak kelibat orang kena samun.

Itu diaorang cakap.

Biasalah, mesti ada batch - batch lama (baca: otaimer) kampung ini yang tak setuju. Kata diaorang pulak, boleh caya ke cakap budak - budak simpang tu. Mengaku balik pukul 4 pagi pun dah susah nak percaya. Pandai pulak diaorang tengok jam hari - hari?!

Oh, kalau nak cerita busuk hati masing - masing orang kampung ni, memang tak settle masalah sebenar. Baik kita biarkan je. Tok Ketua dah mula pening. Meja makan yang baru je bertukar jadi meja mesyuarat dekat Warong Pak Shah dah mula diketuk - ketuk orang kampung.

Kecoh.

Baik, Baik! Tok Ketua meninggikan sedikit suaranya dengan harapan dapat mencantas kekecohan itu. Saya rasa si John ni tak kena samun. Mungk... Belum sempat Tok Ketua habiskan ayat nya, muncul suara yang lebih kuat menyampuk dengan amarah.

"Panggil je lah Johan! Dah itukan nama dia! Benda ni pun jadi pasal dia tukar nama dia lah tu!"

Makin kecoh. Ramai yang setuju. Tok Ketua tarik nafas dalam - dalam. Ok, ok, Tok ketua sambung, saya rasa budak Johan ni tak kena samun, mungkin tercicir mana - mana. Dia pun jarang ada dekat rumah, ye tak? Tok Ketua cuba mencadangkan orang kampung untuk tukar sudut pemikiran.

Hmm. Terdiam kejap.

Bunyi bisikan pulak sekarang. Bisikan yang banyak sesama sendiri. Macam nak bersuara, tapi seorang pun tak jelaskan suara masing - masing. Semua tahu berbisik je. Dalam bisikan tu macam - macam pendapat keluar. Kalau betul kau rasa pendapat kau betul, kenapa tak cakap kuat - kuat? Kenapa berbisik?

Di sudut kiri Warong Pak Shah, area belakang - belakang sikit, Nazim bangun. Dia nak bersuara. Nazim ni perangai dia suka bersuara tentang benda yang orang semua dah fikir. Benda logik. Kadang - kadang tak payah disuarakan pun, dah memang ada dalam kepala otak semua orang. Tapi, disebabkan semua orang tengah berbisik dan takda seorang pun bangun, Nazim pun rasa dia lah anak muda yang patut dicontohi sebab ada idea waktu - waktu getir macam ni.

Tok, perkara yang hilang ni, bukan benda main - main.

Orang kampung senyap, menoleh ke arah Nazim. Bila biji mata orang kampung dapat tangkap je suara tu datang dari Nazim, secara automatiknya otot muka orang kampung terus menggerakkan ekspresi muka menyampah khas buat Nazim. Belia kampung seluar track. Nazim tak pernah makan saman. Dia tak pernah sensitif pun dengan keadaan sekeliling. Sikit pun dia tak rasa aura negatif dari orang kampung yang hadir pada malam tu, terutamanya aura dari si Pian yang jenis terang - terang tunjuk muka tak suka dekat dia. Nazim sambung.

Kalau nak cari balik pun, susah. Sekali hilang, memang akan hilang terus. Kebanyakkan macam tu tok. Kalau jumpa balik pun, satu dalam seribu je.

Aduh, ini semua orang tahu kot! Sebab tu lah orang kampung sanggup berjaga malam datang kat warong ni. Nak bincang. Pasal benda ni bukan main - main. Kalau benda ni tak serius sangat, Mak Mala dah lama hantar Pak Ajib sebagai wakil. Mak Mala boleh duduk rumah tidurkan anak.

Menyirap je Black tengok Nazim dari atas motor dia. Konon - konon mat genius lah si Nazim ni.

Tok Ketua pun perasan yang semua orang depan dia sekarang ni macam tunggu time je nak baling kerusi dekat Nazim. Jadi dia pun cepat - cepat keluar satu kata putus supaya benda tak elok jadi.

Dekat Nazim.

Macam ni lah ya, kata Tok Ketua. Kita bersurai malam ini. Jangan ada sesiapa keluar dari kampung sepanjang minggu ni. Sebab perkara ni melibatkan nama kampung kita jugak! Jadi bagilah kerjasama. Dan juga, jangan benarkan orang luar masuk ke kampung kita sementara waktu kita mencari benda ni. Kalau ada sesiapa yang terjumpa, terus hubungi saya dengan secepat mungkin. Ok? Kita bersurai. Assalamualaikum.

Nak taknak, penduduk kampung pun dengan berat hati bersetuju sambil menyeret selipar masing - masing pulang ke rumah. Waktu penduduk kampung bergerak menuju ke motorsikal dan kereta masing - masing, Ajak yang dari tadi macam blur tentang mesyuarat ini menepuk bahu Epul dari belakang.

Epul! Panggil Ajak. Ajak jaga volume suaranya. Tidak terlalu kuat. Bila Epul dengar Ajak macam tak berapa nak jerit, tak berapa nak bisik, Epul dah tahu, Ajak mesti ada benda yang agak rahsia nak dikongsikan. Apa? Jawab Epul sambil bergerak ke Ajak. Jawab Ajak,

"Johan tak hilangkan, sebenarnya dia memang dah lupa asal usul dia!"

Foto oleh Sufian Mohamed


29 comments:

Salmiza said...

wah !!!
penceritaan yg bagus..
lain.

- good luck -

Nadia said...

AHAHAHAHA comel je cerita ni. YAY! jd org 1st ;) kehkeh

eddy syrol said...

saya suka drama yg awk lakonkan dengan dira..lupa la tajuk drama tu.. yg dira mimpi 100 hari xdpt keluar dr mimpi dia.. huhuhuhu..best3x!!

Anonymous said...

PERGHH! Dalam!

Mr. Swift said...

Woah ini belog zahiril yg berlakon yang hensem yang letop tu ke? mak aku pasti happy kalau tahu ni.

*pengsan.


Mr. Swift Latest Entry : Dear Encik Blog yang annoying..

deqda said...

hah itu dia idea!
hebat.
saya bangga menjadi satu dari pengkagum bakat kamu.
terus terus berjaya ya?

sera finaz said...

Johan tak hilangkan asal - usul dia, sebenarnya dia memang dah lupa asal usul dia!

suka ayat tu !!

azieazah said...

BOB, rasanya bukan Johan sahaja yang makin lupa asal usul, ramai gitu.

Malah bukan di kampung tu saja, kampung sebelah pun sama gak.. :)

Zubaidah said...

u sure are a good writer

Izza Hashim said...

waww mantap ! ada smbungn lagi ke ?

Zubaidah said...

u sure are a good writer

Kak Long said...

mmg ramai yg suka bisik2 tp x cakap apa yg dia rasa.. ramai ja mcm ni.. aku jugak.. kdng2 rasa betol opini tu,tp x yakin lah.. kdng2 rasa cam salah,tp takot ntah2 betol? selalu ja cm ni bila dlam kelas time lectrer tnya pa2..

Anonymous said...

cool.ta tipu:D

Legasi Piston Pecah said...

kalau dapat dilihat lakonan pasti lebih mantap!

Hanna said...

betol2. selalu orang hanya pandai menunding jari dan cakap besar di belakang. tapi tak berani tampil ke hadapan. leaps tu bila ada yang bersuara atau tolong suarakan, tau pulak marah alih2 pulaukan..

nway, good story line!

Siti Salha Rosman said...

Ni cerita sebenar atau cerita rekaan ZA atau cerita dari drama atau teater yang ZA berlakon?

Menarik!

ameliafarina said...

terbaek <3

aLya maNip said...

uish..mantap + dalam.. tersirat..makin suke datang cinie :)

nur syaffiqa said...

gilee TERBAIK! keep it up abg kacak. :))

Stalker00 said...

Ehh, kenape aku tak paham ehh? -.-"
btw, serius citer nie best.

Anonymous said...

best!!!! serius x tipu.

sarcastic yg sgt terusterang dan mendalam. lawak pun ada..

"....Mengaku balik pukul 4 pagi pun dah susah nak percaya. Pandai pulak diaorang tengok jam hari - hari?!"

ending paling terbaik..


"Johan tak hilangkan, sebenarnya dia memang dah lupa asal usul dia!"

whoah.. itu memang merumuskn seluruh cerita. best!

Aisya said...

dalam mudah tenggelam punca macam tengelammnya kapal Van Der Wijck

nur abidah ismail said...

aku pun tak paham... adoiyai... kena kosongkan bilik... need space!!! hahaha

Nadhirah AR said...

waa cite buat sendiri ke ? boleh jadi drama bersiri ni . ehehe :)

- said...

pergh. style kot!

ADLIL RAJIAH said...

perghhhh...penulisan camni lah yang buat org LAYAAAAANNNNN.. :)

kena pulak dgn word verification kali ni: PROPER!

cEro said...

hebat!
kagum..

Nazim Nasri said...

ehh sy ke watak dlm cite ni?
heheh :))

basikal.tua said...

pergh... TERBAIK !!!
tak sangka itu kesudahan ceritera pendek ini.