Tuesday, January 18

writer's block

"Sekarang ni, aku budget kau siapkan semua tulisan kau hujung Febuari. By April dah boleh release buku kau. Ok? So, jangan lambat - lambat lah!"

*Blackout*

Terduduk aku depan komputer aku ni. Macam biasalah. Termenung pada entah apa yang aku menungkan.

Writer's block!
Writer's block!
Writer's block!

Memang satu apa pun tak keluar.

Tapi memang kena ada orang macam Faisal Mustaffa ni. Kena push. Letak deadline. Kalau tak, tak jalan aku. Tapi memang tak jalan pun. Bukan aku yang tak jalan, otak aku yang taknak jalan! Aku dah cuba, tak boleh mula! Memang stail aku macam ni, payah nak mula. Tapi kalau dah mula tu nanti, Insyaallah, takkan berhenti.

Tapi masalahnya ialah, ni tak mula -mula lagi ni.

Setiap hari banyak benda yang aku kena fikirkan. Pasal kehidupan seharian aku. Pasal komitmen kerja, duit kereta, duit motor, duit ini duit itu. Alah, standard lah, macam orang - orang bekerja yang lain jugak lah. Aku pun survivor sama - sama macam korang kat Kota Lumpur ni.

Sumpah aku dah cuba.

Aku tarik balik momentum membaca aku. Habis buku - buku aku settle kan bila dekat set. Pantang ada free time je, aku bukak buku. Nak cari momentum namanya. Sebenarnya dari hari tu lagi. Berapa banyak buku aku habis baca dekat set. Itu pun tak cukup lagi aku rasa.

Takkan pernah cukup buku yang aku baca.

"Aku ingat nak amik entri - entri kau dekat blog je, aku compile kan mana yang aku rasa sesuai"

Kalau nak ikutkan, aku okay je. Tapi, aku ada banyak benda yang aku tulis dan tak diterbitkan kat sini. Aku fikir, nak hulur apa yang belum diterbitkan. Juga beberapa tulisan yang lain.

Dah cuba. Pantang terlintas je dalam kepala, aku catit ke telefon bimbit aku. Ke buku nota aku yang naik lusuh. Yang ke hulu, ke hilir aku usung. Memang takkan faham tulisan - tulisan aku dalam buku tu. Takde arah. Pantas lintas, aku catit. Takde paksi. Berterabur. Serabai.

Writer's block!
Writer's block!
Writer's block!

Itu lah yang aku tengah hadapi sekarang. Dah cuba panggil balik momentum menulis, tapi sikit - sikit je dia datang. Geli - geli. Berapa biji buku aku khatam dekat set sementara menunggu shooting. Haram tak datang idea.

Sebenarnya punca utamanya ialah gangguan sekeliling. Perihal - perihal orang bujang yang perlu diselesaikan. Perihal - perihal shooting yang tak habis - habis. Itu semua gangguan!

Dari environment.

Apa yang aku perlu sekarang ialah bersendirian. Entah, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin environment baru. Sebab aku memang macam ni, cepat bosan dengan sekeliling. Aku memang tak boleh hadap benda yang sama hari - hari.

Nak - nak meja komputer aku ni. Rak buku atas meja ni. Semuanya sama. Secara visualnya, sama. Nak ubah, nak bubar, memang aku takda masa langsung. Mengadap benda yang hari - hari dihadap. Lapuk semua visual depan mata aku ni! Tak membantu. Malah entri di bawah ni pun, salah satu usaha siri menulis aku ini.

Tak jugak membantu.

Nanti lah aku sambung.

p/s : Nak lari kejap dari Kota Lumpur, cari environment baru, dengan lap top atau buku nota, baru boleh kot.

Cheh, harapan je lah.

B, help me. I need you.

66 comments:

'MUSTIKA' said...

semoga berjaya !

Nurul Hanie said...

pergilah cari ketenangan.
ceh.
HAHAHA, XD

Sharina Nbj said...

harap-harap dapat jumpa momentum tu balik .dont ever give up :)

kembatolo™ said...

semoga berjaya hadapi kekangan tu bro. ^^,

Azza Syzna said...

GO!

ekino said...

Good luck. Pasti boleh ! :)

hazwanitcd said...

perghhh.... bacer mender nih cam raser bacer novel pon ader.... monolog yg menarek.... LOL

Nur said...

tukar semua benda dengan yang baru..new environment..barula fresh sikit..:D

deasa said...

menunggu buku itu :)

fatihah yahaya said...

assalamualaikum..
dimana ada kemahuan disitu ada jalan..^^
sebenarnya kat mana2 pun boleh, tapi kena kuatkan semangat+tak cepat putus asa...
gud luck to u...^^

♦♦orked♦♦ said...

"Masa zaman aku belajar dulu, aku pernah diberi watak untuk menyukai seorang perempuan. Lebih rumit, aku dikehendaki untuk wujudkan rasa 'sayang' terhadap perempuan itu."...

teringin baca entry ni smpai abes.

kdang2 menderu2 idea dtg ila xde laptop, bila depan laptop semua jadi kabur..

meyza said...

tukar la susunan kt meja komp and rak buku tu dbg nmpak len sket.. xdewla nmpak yg sma je kan.. mybe pasni ley dpt ilham :)


ppew pown gd luck utk krjya anda!

eddy syrol said...

good luck ek.. :-)

Anonymous said...

b,help me...I need u...
soooo sweet ;)

cuna_cuni said...

all the best:)

.ib. said...

make over bilik or workplace, satu idea yang menarek bro... go for it... meby after penat2, idea dtg mencurah2...

pegi jalan2 pun menarik jugak. balik kampung~ lal laaal lalala~

gudluck n all the best bro yg best~

jie justin said...

"B, help me. I need you"
erkkk, statement ni cam superb juge dijadikan satu ayat dalam sebuah buku...

saljihitam said...

kota tu banyak sangat lumpur.

mnyumbatkan lubang idea. carik tempat lain yukk !

noni said...

writer's block? hmm..

marshmellow hot chocolate said...

G la duk pantai, masuk kampung2..skarang dah banyak tempat homestay kat kampung..lepak kt kdai kopi..bnyk bnde gak leh dapat..

Anonymous said...

semoga berjaya jumpa momentum yang hilang hee :)

nak tanya, abang ZA ngan syera aiyob berkawan atau adw pape2?

saya nie bwu twu hee, kesian ketinggalan zaman hee.

aliza said...

chaiyok2.dont give up! :)

tiesya.mokhter said...

gud luck !

rayxa said...

cewahhh ending entri ni yang menonjol tu ;D

Anonymous said...

wah, nak terbitkan buku ye? wajib beli...somehow i guess u layak digelar saterawan...sasterawan generasi baru, sebab penulisan awak fresh dan paling penting ia memberi inspirasi kepada generasi muda untuk berkarya..mungkin semua penulisan kamu bakal menghidupkan kembali era penulisan, seperti kegemilangan a samad said dulu...dan kamu ulat buku? habiskan membaca di set? bawa buku nota ke sana sini? woW! what an attitude yg dah lama anak2 muda generasi kita tinggalkan dek hebatnya penangan rempit, clubbing, n etc...kamu buktikan seni boleh diadaptasi dengan cara yang positif..keep it up bro!

1st tgk kamoo dalam KAMI dengan watak boy.. damn berkesan lakonan, smpai tiap kali tgk KAMI, mesti sumpah seranah boy..."giler jahat boy, perosak anak bangsa, ish sakit hati tgk perangai boy"

but now, kenal kamu di luar layar sekadarnya (ye la sekadaranya la sebab xkenal kamoo secara peribadi)..sudah tertarik dgn karya kamoo garapan kamoo...jangan berhenti bekarya ya..JANJI?

btw, for diz entry, like the most baris ayat terakhir..hehe, "B, help me. i need you"..nampaknya kamoo juga ada sumber inspirasi..

p/s : jarang jumpa org kurus dipanggil BOB

aLya said...

lappy + notebook + new environment = fresh idea.
try la somewhere new, mane tahu banyak idea yg boleh dapat n maybe lain drp yg lain n tak mampu dapat dari buku-buku yg dibaca :)
papepon, gud luck :)

Jiji-Fify said...

Chaiyok zahiril!! The world needs what u have to offer! All the best~

manusia biasa :| said...

Kalau punca utama yang mengganggu adalah gangguan sekeliling, lari daripada gangguan - gangguan itu. Larilah jauh - jauh selagi mampu untuk terlari daripadanya asalkan tak jumpa gangguan itu untuk seketika agar apa yang telah terganggu dapat dielokkan. Semoga mampu mencari idea.

[p/s : 'Idea, mari masuk ke otak ZA.' - andai boleh memanggil idea sebegitu]

yaya said...

awak boleh buat Zahiril adzim :)
insyaAllah , akan selesai juga urusan ini...

mia kaftiya said...

nak jugakkkkk....

membukukan hasil tulisan sendiri impian saya sejk dulu. huhu

bella berry' said...

silalah mencari ketenangan. luar dari kota kuala lumpur.mungkin melaka. ;) hanye pandangan.

Nadia said...

ingat B mesti dapat ilham punya :)

panic music said...

sama cam ak cepat bosan buat bende sama ...hahaa..ape pun good luck la..cari biar jumpe ketenangan tuu..^_^

marliyati mohatar said...

b???sape tu..hehe
doa la byk2 idea tu dtg..
insyaallah YANG SATU akan makbulkan..

ishiko said...

cari lah idea dgn environment skelilig tu... hidupan semasa...

(mIsS AsHy)musafir di bumi ALLAH said...

mintak pertolongan dari ALLAH...INSYA ALLAH ilham akan datang mencurah2....=)
neway, gud luck....really admire u so much......^_^

N. said...

tunggu. sedang tunggu dengan sabar kelahiran nya.

ezral Sya said...

environment baru? datang la Times Bookstore Sunway Giza!ngeh

raingers said...

you'll never walk alone bro :)

Zahiril Adzim said...

Alahai, korang semua memang best. Banyak bagi idea, pergi holiday, rombak sususan bilik, etc.

Tapi saya takda masa nak buat semua tu, sekarang ni.

Apa - apa pun, korang memang best, THANK YOU SO MUCH.

SAYANG KORANG!!

Anonymous said...

B ? hehe
mesti shiera right .
btw good luck ! :)

cEro said...

ayat last tu dah meremukkan hati byk gadis..hahahaha

Encik Tikus said...

yeah semoga momentum bro dapat datang kembali =)

zubect said...

cr envirotment baru will help u laa der
do the best!fighting!

si sepet! said...

kita bertanya : kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam.idamkan?

QURAN menjawab : boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia nampak amat baik bagimu. dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

hai! saya suka penulisan kamu. carilah ketenangan selagi yang mampu. dan idea itu juga memrlukan masa untuk muncul. perlahan lahanlah kamu mendayung sesuatu itu. dayunglah selama mana yang boleh dan jangan biarkan ia terus tenggelam . good luck buddies! :)

Anonymous said...

suke ayat last tu ok! sweeeeeeet sangat.. erm. instead of ngadap pc kat meja, pekate ambik laptop ngadap time atas katil plak? new style, n x perlu byk mase :)

Amirul Hakim Mohamad said...

hahah nk lari ke mane?

miszceikapisces said...

kitorang bole tlg makeover klu U xda masa.. balik2 umah je, *surprise* haha.. mcm eric leong :-p

Apa yg diperlukan cuma masa untuk diri sendiri. Dah terlalu banyak memberi dan memenuhi kehendak org lain. Yeap, mmg btul, itu semua kerja utk support hari2 esok.. Tp yg penting kepuasan diri juga kn? cuba tnya diri sendiri, berbaloikah kepuasan org lain bila diri sendiri masih terasa hilang?

Anonymous said...

Good Luck Z.A !! Can't wait for your book! >.<

girl lala said...

"b! i need u! tlg kemaskan buku2 kat rak hehe"

GaDis eQa said...

semoga berjaya! :)

Shamsul Amin said...

My mentors said,
Ubat writer's block satu je: baca bukulah weh.

Pak Samad kata baca tu tiga kali, menulis sekali, encik adzim..

aku HaniAsyira said...

cube dok tmpat lain dlm umah ker.. posisi len.. or whatever lah.. hohoho..

didi said...

walau sibuk mana pun u still need ur own time..take a break =)

ramai pompuan2 kuciwa bila baca ending entry..
hahaha

Melody said...

ZA, dulu wani pernah tulis, Dr Freiman bagitau no such thing as writer's block.

Anyway, kalau tak sempat nak pegi holiday rombak bilik segala, then just get back to yourself. :)

zainatul abu bakar said...

semoga berjaya! sangat kagum dgn awak; tak sabar nk baca buku tu nanti. sy rasa awak berbakat dalam penulisan. jangan paksa diri, insyaAllah idea tu akan datang sendiri. nway GOOD LUCK k :))

aisyah said...

mintak-mintak cepat-cepatlah hilang penyakit writer's block dari si penulis ni..sebab penulisan dia sangat diperlukan oleh pembaca tegar seorang ni.
amin.

jo said...

ikut aku panjat gunung la jom. tenang rasa kepala hotak..

Asymptote Myofibrilidi said...

happy birthday ZA..=)

MEGAT KHAIRULIZWAN said...

takpa, awek ada. awek la pencetus idea dan pemberi semangat.

good luck!

AntyOlip said...

ok,,lmbt sket bace entry ko ni kn...
haess..
haa..1st of all..komen aku nih,,23/1...birthday ko la,,bob..
well..epy besday...^_^
xde pe nk komen psl ko nyer entry kali ni..ramai dh dok komen..
hebat..troskn berkarya..
xcaye ah ko xleh mngarang dgn sgala kegilaan kat lam kpala otak ko tu kan..hehe..
btw,,jgn stress, anggap sume dateline ape sgale tu smate2 tarikh..ko nyer cdgn nk gabung entri2 lam belog ko ni post cmbest gak..try la..myb berhasil~~

ento|put said...

"Sebab aku memang macam ni, cepat bosan dengan sekeliling. " <<-- sama la kita. mudah bosan.

gudluck ZA~!!

Anonymous said...

cuba makanan atau resepi baru....

*itu yg biase gue buat bile bab sangkut2 nie....

Ahmad Luqman said...

*deadline

Zahiril Adzim said...

@ahmad luqman - thank you. Dah betulkan dah. :)

Muhammad said...

Kita hidup hari ini~Kerana kita gagal semalam.Untuk hari ini~Mari kita berkata "Cuba Lagi sekali".