"Memang susah."
Kata Mat Nor.
"Mana boleh kau nak jumpa mak bapak kau yang dah meninggal"
Tertunduk Ayie mendengar ayat Mat Nor. Walaupun dia tahu kata Mat Nor tu memang betul, tapi bila disebut lagi sekali ke telinganya, peritnya sama seperti awal - awal mak bapaknya pergi tempoh hari. Tapi, Ayie memang betul - betul nak jumpa mak bapaknya. Rindu yang bergoncang dalam dirinya semakin kuat. Semakin hari semakin dahsyat rindu Ayie pada mak bapaknya. Kenyataan yang Ayie takkan dapat jumpa mak bapaknya lagi, belum lagi diterima bulat - bulat.
Ayie tetap cari ikhtiar.
Tapi pakcik kan boleh? Cincin - cincin yang pakcik jual ni, takkan takda satu pun yang boleh pakai? tanya Ayie pada Mat Nor. Terik matahari di atas Jalan Chow Kit, tidak menghalau pejalan kaki yang berhenti menyaksikan Mat Nor menayangkan 'keajaiban' cincin Mat Nor. Pejalan kaki benar - benar mengharapkan Mat Nor buat magik.
Sebab orang kita memang gemar dengan benda - benda pelik. Apatah lagi magik yang jarang dilihat dengan mata sendiri.
Sekejap. Mat Nor cakap. Aku ada kerja ni, kau tunggu aku kat sana. Mat Nor tunjuk lorong sempit celah - celah kedai yang berhampiran. Tapi sebelum Ayie beransur ke lorong yang ditunjukkan, Ayie sempat menyaksikan 'keajaiban' cincin yang Mat Nor jual, menampung beban batu besar di atas nya.
Ayie jadi lebih yakin yang cincin Mat Nor tu benar - benar akan bawak Ayie jumpa mak bapak dia.
Sesudah sampai di lorong sempit tu, Ayie mengeluarkan kotak rokoknya. Sebatang rokok dikeluarkan untuk dibakar, tapi Ayie tidak ada pemetik api, lalu diraba - raba kocek seluar depan dan belakang.
Apalah kau ni. Nak isap rokok tapi takda api, kata Mat Nor yang tiba - tiba muncul.
Pakcik! Macam mana? Boleh tolong saya? Ayie semakin teruja. Aku boleh tolong, tapi kau mampu ke? Mat Nor menjadi jujur tentang harganya. 500 ringgit. Ada?
Lemah terus lutut Ayie kerana impiannya untuk berjumpa dengan mak bapaknya hancur. Dengan menundukkan kepala langsung tidak memandang Mat Nor, Ayie menjawab 500 saya takda.
Habis berapa kau ada sekarang? Mat Nor kata.
Saya ada 250 je, cukup - cukup. Ayie jawab.
Hah, bagi sini. Mintak Mat Nor. Sebab kau tak dapat bagi pengeras penuh, aku bagi pilihan lain. Cincin memang susah. Tapi kayu pokok menunduk ni boleh tolong kau. Pokok Menunduk ini takda kat sini. Ni dari seberang. Pokok Menunduk ni orang cakap dia tunduk pada arah kiblat. Kau bawak balik, malam ni kau baca ayat ni lepas tengah malam. Nanti kayu Pokok Menunduk ini akan bawak kau jumpa mak bapak kau.
Ayie seronok? Kau rasa?
Malam tu, tepat - tepat jam 12, Ayie sudah bersedia dengan ayat yang diberi Mat Nor, kayu Pokok Menunduk dan menghala ke kiblat.
12 tengah malam.
Terkumat - kamit mulut Ayie membaca ayat yang Mat Nor bagi. Teriak gembira dan tak sabar tak dapat lagi Ayie sorokkan. Dia akan berjumpa dengan mak bapak dia yang dah meninggal. Memang Ayie sahaja manusia pertama yang akan berjumpa dengan orang mati!
Tapi biasalah, orang susah memang selalu kena benda yang buat dia lagi susah.

27 comments:
haish.buat sendiri ke cerita nih? XD
akal tak panjang memg camtuh la jdnya...
sendiri carik pasal. pun susah jugee
Tapi biasalah, orang susah memang selalu kena benda yang buat dia lagi susah.
pesimis. skeptikal
HAHA hmmm kebetulan aku ada kawan yang bernama ayie yang sudah kehilangan kedua ibu bapa dan sangat percayakan mende khurafat, tapi takdelah tahap ini.
tapi betullah, payah betul nak hilangkan kepercayaan tahyul macam ni daripada sesetengah orang. mungkin sebab dari kecik dah dipupuk sebegitu
???
bia benar????
(xpaham sgt...)
kohkohkoh....
(spt biase, sdkt lmbt ble bce entry u...pekkkk dahi sndiri)
igat kan kisah benor..
menarik!..
hmm memang kebiasaanye ade orang sanggup buat sampai macam nie..
manusia nama nya kan.....=)
tahyul memang dah sebati dengan manusia tolol..hehe
agreed
o yeahhhh! best best best! tak saba tunggu buku siap. :)
inilah yg sy rasa bla ayah pergi dulu..rindu sgt kt ayah, tp xdela smpi terfikir nk wat benda2 khurafat ni..
cool gila
kalau hujung minggu, pakcik2 tua lepak bandar jual barang2 camni la...bentang kain je bt alas niaga..
minat penulisan bro, menulis jgk..sudi dtg ar blog
http://useraf.blogspot.com
next2!!
nak part 2
sengaja carik susah
tak fhm la.
tetibe mcm naik bulu rome.mak ayah meninggal? errghh!
Melayu yang akalnya makin layu.
Islam yang hanya pada nama.
aik..ader smbg ke?cam xhabs jer..
sat bce blik..
agak menarik
:)
realiti hidup zaman skng
still ade manusia percaya bnde mcm tuh..
padan muke die! ha
pendek akalnye org tu...
rasa2nya cite ni mcm metafora kepada penagihan dadah..Betul tak??(rasanyalah)
sbb yg susah bukan selalu menerima padah.
Post a Comment