Friday, April 29

pada sebuah ketentuan juvana

Nah, sekarang aku punya ruang untuk bernafas lega. Sebentar. Tak mengapa, janji aku ada sisa - sisa hari untuk buat persiapan sebelum 1 Mei ini.

Yeap, teruja. Besar hatiku.

Kebelakangan ini, tuntutan kerja menimpa - nimpa aku. Syukur, Allah Ta'ala mencurahkan rezeki pada aku. Hanya pada Dia yang aku panjatkan segala terima kasihku.

Sebenarnya aku nak berkongsi sedikit di sini. Sedikit, atau mungkin sebanyak. Jadi, sedikit sebanyak lah senang. Tentang buku Fared Ayam. Siapa kenal?

Kalau pembaca tegar blog ini, aku pasti korang kenal dengan sahabat aku dari zaman menuntut dahulu. Dia pernah keluarkan bukunya yang pertama sebelum ini, dan hari ini?


Pada Sebuah Ketentuan
(Puisi dan catatan Fared Ayam)

Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Rekabentuk Kulit : Farhan Azahan
Blurbs : Wahyudi MY & Dewa binfilem
Harga : RM20

Boleh mula didapati bermula 22 april 2011 ini di Kuala Lumpur International Book Festival) di booth Gerakbudaya, atau beli terus secara online dari Ayam Fared atau Faisal Mustaffa.


Baik itu cerita buku Fared Ayam. Aku rasa ini adalah antara buku yang korang patut miliki sebijik. Ia simple dan sesiapa yang tak minat membaca pun akan takdehal untuk menghabiskan keseluruhan buku ini.

Dan buku aku?

Akan diterbitkan tak lama lagi. Masih menunggu kelulusan. Doakan. Terima kasih.
Okay, settle?

Settled.

Yang tak settle - settle lagi pasal drama JUVANA ni. Yeap. Sebuah drama bersiri 13 episod, lakonan aku, Bront Palarae, Beto Kusyairy dan ramai lagi.

Episod pertama sudah ditayangkan dan khabarnya jumlah rating untuk episod pertama adalah 2.4 juta.

Mak ai. Terkejut aku.

Alhamdulillah. Aku yakin penonton sudah boleh memilih apa yang mereka MAHU tengok. Ini salah satu projek awesome yang pernah aku terlibat. Nak cerita lagi pasal drama ni memang panjang lebar. Tapi korang kena tengoklah. Sinopsis dia korang boleh google sendiri.

Jangan malas.

Apapun, aku ucapkan jutaan penghargaan, terima kasih buat semua yang menyokong JUVANA ini. Aku dengan rendah diri, menghargai sokongan korang. Mungkin korang boleh kongsikan apa yang korang suka tentang JUVANA ni, di sini dan juga di mana - mana pada siapa - siapa yang korang suka. Jadi...

JUVANA
13 Episod
Setiap Isnin, 9 malam.

Janji ya?

p/s: Akan mengikat janji dengan Si Puteri Ahad ini.


124 comments:

SG said...

2.4mil? Good job bro.

tanTENton :] said...

jangan nak terkejut sangat ! haha you are the best. keep success ZA :)

adzeem mahadzir said...

terbaiklah daim !!

sapitque said...

yaa... aku suka pada gaya lakonan kau, lagi2 bile kau buat muke ketat dan blur tu.. hehe.. bile bace blog kau ni baru aku nampak puitis, baku dan halusnye cara penulisan kau.. yaa.. dgn cara ini aku percaya yang kau mampu menjiwai lakonan kau tu. dengan rase rendah diri dan hensem.. aku tabik kau..
p/s: best tgk lakonan kau dlm filem gadoh.. mane nk cari lakonan jujur mcm tu dlm industri perfileman kite nih lagi? keep it up bro~!

sapitque said...

yaa... aku suka pada gaya lakonan kau, lagi2 bile kau buat muke ketat dan blur tu.. hehe.. bile bace blog kau ni baru aku nampak puitis, baku dan halusnye cara penulisan kau.. yaa.. dgn cara ini aku percaya yang kau mampu menjiwai lakonan kau tu. dengan rase rendah diri dan hensem.. aku tabik kau..
p/s: best tgk lakonan kau dlm filem gadoh.. mane nk cari lakonan jujur mcm tu dlm industri perfileman kite nih lagi? keep it up bro~!

tanTENton :] said...

p/s: Akan mengikat janji dengan Si Puteri Ahad ini.

selamat untuk kau dan Si Puteri :) moga bahagia dunia akhirat.
AMIN !

Aesya Zealous said...

Daim !! hehe.. wah moga berbahagia dgn Si Puteri :)

hanabanana said...

p/s: Akan mengikat janji dengan Si Puteri Ahad ini.- sweetnya :) semoga segalanya berjalan lancar dan semoga berbahagia :)

Juvana best sebab ada ZA. tapi jalan cerita pun nampak ok, lagipun bukan sperti cerita-cerita lain yg berkisar cinta je. 9 malam setiap isnin. JANJI! :)

Anonymous said...

semoga berbahagia ye dgn cik puteri kuikuikui :P

all the best for juvana (:

si empunya gigi berbesi said...

mengikat janji ? ;p
semoga berbahagia lahh !

namrshmsddn said...

JUVANA best . 1st time drama pasal dunia remaja bermasalah kan . tetap menyokong abg zahiril dalam karier and industri seni tanah air . insyaAllah . tahniah atas ikatan janji bersama sang puteri . moga kekal selamanya insyaAllah . (:

@xiM said...

aku suka gaya lakonan kau..

keep up da good work..

all the best!

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

yes, ur juvana is awesome..x sabar nak tunggu next week...

Unknown said...

daim the best!! watak berbeza dari ghost, merah putih..sangat2 mencabar!!



semoga selamat untuk ZA & Si puteri kesayangan! :D

fatinnRahman said...

ok sebenarnya sedikit jealous bila tuan empunya blog ini sudah bertemu teman sehidupnya. bukan itu sahaja, sebenarnya sudah mula timbul rasa jealous bilamana encik zahiril kita ni mula dikenali ramai. sigh.

tapi takpe, tu semua utk kebaikan encik Zahiril jugekan. jadi saya pasrah.

dan skrg saya gembira melihat kejayaan encik Zahiril kesayangan kawan-kawan yang kita suka ini. dan saya turut gembira melihat dia bahagia bersama si puterinya.

alhamdulillah. =) semoga terus berjaya dalam hidup dan berbahagia!!!

dari. peminat tegar.

lilymokhris said...

akan aku tonton cerita itu hingga episod terakhir!

Cik Bambam said...

miss tgk juvana hari tuh! --'

Unknown said...

juvana best. >_<
selamat bertunang ye. weeee

Zubaidah said...

citer tu best!tapi gerun jugak tengok,duk terbayang dalam kepala camner la kalau aku masuk skolah cmtu....congrats for ahad ni,hopefully,semua berjalan lancar,amin!:)

haslinda said...

selamat mengikat janji ngn Si Puteri ;) doakan yg terbaik utk kamu dan Si Puteri.

Hasbullah Samsudin said...

selamat mengikat janji... maintain ngn lakonan yang mantap n natural..like it.. juvana sgt best..br episod pertama..dah teruja sgt tuk tgk episod kedua..

abu said...

awat zahiril adzim sorang ja x botak lam juvana 2. kalu botak lagi nmpak real. hehe.apa-apa pun. memang best la drama ni.

sitihalisa said...

good luck for you! :)

l.u.q said...

tahniah bro...tulis buku gak?? can't wait till its out..

btw..sapa ek awek kantin dlm juvana tu?? newcomer ke?? comel..hehheh~

bro ngan bront kalo berlakon memang...terbaik..2 sebab ni da cukup untuk tgk juvana~

Nazliah said...

selamat mengikat janji pada ahad ini dengan si puteri ;)

terpatrisinarabadi said...

Tahniah "daim"....

walaupun baru first episod...mmg best & mantap lakonan awak....

akan terus tonton..janji !

tak lupa tanhiah utk awak & puteri di hati ...

semoga terus sucess dlm karier & perhubungan...Amin......

Unknown said...

juvana...aku sanggup tengok kat tonton sbb keje mlm...mmg wjr law dpt rating 2.4 juta...best...sbb yg penting bkn citer org kaya gebang psl bisnes juta2..rebut harta sana sini..
:))

buat ZA&SI PUTERI:
semoga bahagia dunia dan akhirat!

Fieza Areyza said...

JUVANA terbaik lah!

Slmt bertunang ye =)

Marhaenonymous said...

selamat bertunang bob..!!

Unknown said...

Selamat berbahagia dengan si puteri ^^

MamaIcha said...

CONGRATS in advance...happy for u BOTH :)

Azira Y said...

suka semua cerita yang ada zahiril adzim! ^_^

nn said...

Kawan saya cakap drama tv3 sekarang banyak yang hampeh. Tapi tidak pada hari isnin jam 9 malam :D

Aifaa R. said...

yeay, congratulation on your bertunang thinggy :)

@aifaarizwan

AinAin said...

serius juvana best!!.XD

hanis khalil said...

JUVANA best :)

zainatul abu bakar said...

bro, mmg xsabar nk tggu buku u.konpem i akn beli!hehe..psl juvana plak, nnt pas exam baru bleh tgk..i mmg minat lakonan u, first time tgk u rasenye dlm cerekarama tv3, xigtla tajuk ape..lastly nk ucapkan selamat bertunang, semoga berbahagia dgn si puteri! Jgn lupe inform ye bile buku dh keluar ^_^

ikhlas dari: peminat no.1 ZA <3<3

N said...

suka ayat terakhir :)

atie rahaman said...

Tahniah!
Selamat bertunang :)

Nur Farah said...

cerita tuh agak seram sebab ganas sangat tapi best.. ahahaha..

btw congratulation ... na bertunangkan.. moga bahagia ke akhir hayat.. amin... ;p

BeLLa BeLLa said...

congrates utk u ngn sang puteri..smoga cepat2 bina masjid...

*xsmpt lg tgk juvana since tv kene berebut ngn my mom nk tgk good wife 702..hurm....so wil fight for tis monday :)

aidaRupanzel said...

selamat bertunang zahiril adzim!!

Anonymous said...

semoge juvana makin maju n smoge bhgie bersame sang puteri.. *b'doa utk kebahagiaan b'sama.. *

Anonymous said...

owh, yeah. 1 MEI. hari pertunangan.
same dengan akq sepupu saya jugak akan bertunang 1MEI nie.

semoga berbahagia dan kekal bersama hingga akhir hayat. amin.
klau boleh bertunang tu jangan lame lame, okay :)

Anonymous said...

Zahiril Adzim

i like your style of acting. selamba n look really real.

start digging your talent in KAMI.
Now...JUVANA. Superb

Keep up the good work always.

plus...congrats to your happy day on 1st may. jgn gugup hah. huhuuhu

meen said...

congrats ZA, keep it up.
jaga si puteri dgn baik ye, doakan semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah. nanti upload pic 1 mei ya. :-)

♥NuR SyAFiQah♥ said...

first time tgk artis aktif berblog ;)

keep in dear ;)

sy kipas susah mati awak tau..hehe

::cippeanut:: said...

taniah ^__^

aryu said...

tahniah..

semoga berbahagia ;)

ayu wany said...

hope your engagement ahad nh berjalan lancar :)

Anem Arnamee said...

Juvana best2:D
Tahniah untuk hari indah dengan puteri ya:)

Syafiq Rosli said...

memang awesome..:)

RVanilla. said...

Daim. Manis, macam cokelat.

kak yong said...

da tgk epd.1...
gila...kesian blck yang asyik kena pulkul tu..walau ini hanya cerita..tapi mmg ada je benda dalam realiti...
hati merenung dan memikir...
bagaimana untuk membantu orang yang nasibnya sebegini?

kOkELoLA said...

yesszaaa...da bez la guy ! mmg mantap abis.sebuah citer yang memenuhi citarasa jiwa remaja ! penuh dgn debaran,aksi n pedoman....n membuatkan aku yang menonton ckit lg nk jd psiko...hahahaha...keep success ZAHIRIL!!!!!

p/s:moga bahagia bsama c puteri n bkekalan hingga akhir hayat....InsyaAllah....amin....

misz nor. said...

daim innocent! selamat bertunang bro!

MR. SYAH said...

drama ni mmg menarik..
mmg pasni akan layan sampai abis..

Mra Mastura said...

best kot!! selamat bertunang! =)

eRza farEeha said...

wahh..da tgk 2x kt tonton..heee..best2

tepijalan said...

pada sebuah ketentuan;
"falsafah cumalah susunan kata indah,dari fikiran gundah,yang tak mampu membunuh masalah"
juvana;
"tanpa agama kamu akan jadi sesat,tanpa disiplin kamu akan jadi binatang"
-dua2nya awesome-

Bukan Sepet said...

Congrats bro. For both. Juvana & puteri.
Tanggungjawap semakin bertambah.
Jangan kalah.

Dba Dealova said...

Juvana memang terbaek la...saya memang suka sangat gaya lakonan zahiril adzim dalam memegang apa sajer watak yang diberikan.Nampak ada style beb...
Selamat bertunang dengan Si Puteri...Hope happy ever after n_n

aisyah said...

bob sorry to say, lakonan awak best, tp mostly cerita yg awak berlakon tak best. kadang-kadang tengok cerita tu sebab ada awak je. tapi juvana ni great. i like it very much. and i think 6 progressif tu kalau takda siri kedua pun xpe. :)
good luck in ur career bob.

Aen Zahari said...

shuke tgok lakonan ZA....emang terBAEK!!cian tgok daIm lam citer JUVANA...huhhh!! perit asernyer...ehehe..ppe pon...selamat bertunang sama ur princess yaaa..hek3..

fadhlinaafifah said...

Sejujurnya , aku pun lebih kurang sama dengan fatinnRahman .

Cemburu bila ZA dah ada yang punya .
Cemburu bila ZA dah makin dikenali ramai .

CEMBURU CEMBURU CEMBURU !

Tapi itulah kan putaran hidup . Kita beda . Kau makin dikenali , aku masih memerhati . ;)

TAHNIAH untuk drama JUVANA .
Aku TERUJA . Sungguh !

Teruskan perjuangan , jaga Si Puteri elok elok . Aku akan terus menyokong . Terus dan terus menyokong tanpa jemu .

dari ;
peminat D'Kayangan .
masih ingat ?

cEro said...

Juvana terbaEk!!
Aku layan sambil teringat zamn sekolah dulu dibuli membuli..

Oh! Juga..tahniah untuk ahad ni..
u my man...

Misz BobOT said...

congrats utk ZA dengan Si Puteri..
JUVANA best!!!!!!!!! xsabo tunggu ep 2 dan seterusnya...

c!k baBy said...

saya pasti mahu karya penulisan anda di bukukan.cepat sikit ya.saya mahu!heee

p/s: semoga berbahagia dan tahniah atas ikatan janji bersama si puteri nnt.heeeee

Anonymous said...

ak NAMPAK kau since cite KAMI.
mase tuh mmg ak crik evrythng pasal kau.ZAHIRIL ADZIM.name kau pon dh tnjuk kan talent yg kau ade. :D
afta dat, klu ade drama/muvie kau blakon, xkesah la cite tu best ke tak ke, mmg ak tgok.tgok kau kat luar mcm jenis selamba aje. tpi bile bace blog kau, sastera jugak kau nih.heee
JUVANA mmg superb! smp ak kdg2 ase nak sepak kau je sbb watak kau lembik sgt mse epsd ptama tuh.haha.
so,ak pon xtau kau bace ke tak komen ktorg yg bebyak nih, yelah, name pon artis, opcoz BZ. pape pun, keep it up! ak nak lihat kau mbesar dlm industri nih. dr org xkenal kau, smp lah kau leh naik stage 2,3,4 poloh kali amik award oke.GUD LUCK ZAHIRIL ADZIM. we wait 4 ur STAR shinning brightly in future! :D

-AA

Anonymous said...

tahniah!

Anis Shahira said...

Love your acting skill , sangat talented ! Keep up the good work dan tahniah :)

d.e.e.n.a.YAYA said...

tengok firts episode kat you tube...tak sempat nak tengok kat tb..
good job bro!!muke memang innocent giler ahh..like ur act..

nak tunang eh ahad nie?congrats.. :)

nur zahirah abdul majid said...

selamat mengikat janji dengan Si Puteri! may Allah bless both of you. =)

kazisha said...

semoga bahagia dengan Si Puteri ^_^

[sutera kasih] said...

lakonan yg terbaik !!! mak sy yg xminat tgk drama pun trus setia menanti hari isnin sbb nk tgk juvana !!

Anonymous said...

DAIM selamat bertunang!

jaga dia seeloknya,
insyaALLAH hidupmu akan berterusan bahagia kelak!
amin..

nur abidah ismail said...

pada ketentuan sangat best! naskah wajib beli... keh keh... sebab aku pun da layan... congratezz! sweet sangat... wink ^^

dayahyusoff said...

ZA, Selamat bertunang!! Semoga b'bahagia bsama Si Puteri ke akhir nyawa. :)


Sokong JUVANA!! :)

AA said...

si puteri eh.? :D

nona hidayah said...

today, 1 Mei 2011. ZA dah bertunang dengan tuan puteri. tahniah kepada tuan puteri sebab berjaya menawan hati tuan putera Z.A. saya doakan kebahagiaan anda berdua.

JUVANA memang gempak! I like it so much. Rasa macam nak sepak2 jer budak2 jahat tuh. serius, memang sangat2 geram dengan si pembuli.

p/s: JANJI! saya tunggu depan tv kol 9 mlm esok..

Fatin Aliyya said...

tahniah ZA and SA

Melody M. said...

ZA, tahniah!

For the high rating of the show, and for the engagement of course. :)

Wawa Zalil said...

Salam Zahiril,

I know this actually is not the right place to wish but anyways...

Congrats on the ceremony on Labour Day! :)

Wawa

Unknown said...

gud luck in u karier



Kumpulan 2PM dan SNSD menetap di Malaysia??

feyza said...

ye janji~
=D

Azril Azmin said...

tahniah buat ZA dan si puteri....
bertuah sungguh si puteri ini yg menemukan kamu...juga kamu yg menemukan dia..

Anonymous said...

hey,,i suka kot tengok drama ni..:)

and congrats yeah!

MEGAT KHAIRULIZWAN said...

buat baik dibalas baik. Semoga kerjaya semakin baik lagi, dan selamat bertunang.

Misz Nadz said...

juvana....best sangat....lakonan awak memang TERBAIK!!!! =)

Anonymous said...

juvana mmg best kot :)

wah tahniah3
semoga berbahagia ye..

suka tengok korang so sweet :D

Anonymous said...

JUVANA memang best gila hokai!
And tak sangka,bakal tunang you adalah kawan sepupu saya. Hehe Tak sabar nak dengar berita gembira ni. And Congrats! :D

dyrafareez said...

ZA, selmat bertunang. semoga bahagia sampai ke syurga. INSYA ALLAH.....
fyi,,saya mmg tengok da 1st episode of juvana,,,time tu kat kdai makan...memang best !! semua orang kat kedai makan tu pun memang khusyuk giler layan daim yang really2 innocent tu...HAHA ! papepun,,all da best yeah !

~ ZA <3 SA ~

Fariehan Ibrahim said...

2.4juta? wahh! sy slh sorang dri berjuta itu..haha! :DD

thniah ats pertunangn. ^_^

AA said...

daim! memang "berkesan" lakonan abg!. ehem! jaga siputeri baik baik ya !

Nur Zaheera said...

congrats to you for your career and future :D

Anonymous said...

juvana bes bro.~

Unknown said...

Pergh..
first dtg,
first time komen..
citer JUVANA memang terbaek beb..
Aku serius suka tgk.. :)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

keep om track bro!
your fan in twitter @shahroll

adios!


yours
SH

nurdani said...

muka ZA memang best la..blur..innocent. cute wo

tahniah dah tunang with the cute princess

baju kurung said...

bro tulis lah lagi entry panjang2x hurmmmmmmmmmmmmmm

Amirez said...

first time tengok drama juvana masa episod 2. komen...memang terbaek :)

aiMy naDEYa said...

terbaeeeeekkkk la zA...
lakonan awk mmg besh..jd xkesah la klu 2.4mil pown...huhuhu..gud job bro.....

lady dayana. said...

all the best :)

azihuhu said...

JUVANA terbaikkkkk
"mengikat janji dengan puteri"
sangat sweet !

miezaniera said...

1st time dtg blog ni terus jatuh hati..seb baik akak dh kawin dik..hehehe anyway u are the best..boleh pergi jauh kalo pandai jaga diri dan jaga puteri dgn baik..hehe keep up ur good work..

onlyshowifey said...

IMO, cerita Juvana ni macam ala2 Prison Break sket. Except that, it's not prison and it's Malaysian's.
Anyway, good drama.

Saya tak minat sangat drama Malaysia sebenarnya. Sebab ulang2 benda yg sama, ie: politik, bisnes, syarikat, hantu, bomoh. Tapi drama Juvana ni dah buat saya minat sket lah utk tengok drama buatan Malaysia. Hehe :D

Good job! ;)

ayukhairy said...

tahniah dari saya..

NURUL ARLIZA HJ. MAHMOOD said...

minat ur'action & also beto Kusyairy on this DRAMA lah.!

Sue Khalif said...

JUVANA Best!

Anonymous said...

daim i adore u..

Budak Botak said...

Selalu tengok kat tv3, he3...

Entry terbaru -> 10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah Manusia... (",)

Unknown said...

si puteri? aww so sweet. btw congrats!

Anonymous said...

awal2 ko mcm loser gak..tgh2 da ok ckit kot..pndai gak ko menjawab..lol

lynjahhh said...

hari hari aku tanye " bile nak hari isnin ? " haha . sebab aku ta kesabaran nak tunggu juvana :) kenapa aku suka tengok juvana ? entah . jiwa ni tertarik . lain dari yang lain mungkin . good job . seriusly style cerita juvana ni bro . thumbs up !

Si perindu~ said...

erm....juvana the best..

Ct Arina said...

juvana the best! drama yg langsung x stereotaip! ;D

ziera said...

saya suka JUVANA...
terbaek la....
maknenye 13 episod je la...
akan abis tak lama lg la ni ye...
ala~~~ *hampa*

ziera said...

saya suka JUVANA...
terbaek la....
maknenye 13 episod je la...
akan abis tak lama lg la ni ye...
ala~~~ *hampa*

farcuemai said...

minggu depan JUVANA episod alhir. tak sabar nak tahu siapa selamatkan cikgu tu.

farcuemai said...

JUVANA memang best. minggu depan episod akhir. tak sabar nak tahu siapa selamatkan cikgu tu

paah said...

hye. saya baru habis tengok episod 7 juvana, such a great drama. except for the usage of 'saya awak' when u talked in that drama, seriously nmpk tak sesuai. btw,i noticed u sejak dari drama 'kami' beberapa tahun lepas, dimana bro berlakon sebagai pengedar dadah. very impressing, dalam masa beberapa tahun saja nama bro dah melonjak naik gila2. congrats and gud luck in ur future. :)

Aety Hassan said...

Tahniah Zahiril.. Episode akhir JUVANA memang BEST!!

Fall Nish said...

Fared ayam tu aku macam familiar?die org johor kan..kalau aku x silap pernah nampak die berlakon dalam drama 100 hari jadi astro..kirim salam dia ya..lama x jumpa dia..terima kasih

YYDJ 0501 said...

x miss 1 minggu pown..
haha!..
mmg best.. :)