Alhamdulillah.
Setelah ditolak - tolak oleh Faisal, setelah dicuri - curi masaku untuk memberi perhatian pada penyiapan, akhirnya buku aku yang pertama berjaya diterbitkan. (kalau mungkin ada yang kedua) Sekali lagi syukur.
Dalam keadaan yang kelam - kabut aku menulis entri ini kerana mata sudah tidak lagi mengangkang seperti biasa. Separa - separa tinggal. Minda pun sudah berhenti di sana - sini. Ringkasnya, aku menulis untuk mengumumkan tentang pelancaran buku aku iaitu BOGEL MENUJU TUHAN yang akan diadakan pada Sabtu ini, bersamaan dengan 18 Jun di Annexe, Central Market jam 12 tengahari.
Jadi sukacitanya aku ingin menjemput kawan - kawan yang kita suka serta pembaca entri ini untuk sama - sama memeriahkan lagi pelancaran buku itu nanti. Masuk?
Adalah percuma.
Pada hari itu nanti, buku aku akan dijual serta beberapa hadiah saguhati (mungkin) akan diberikan. Selain itu, rakan - rakanku telah aku jemput untuk membuat bacaan. Antaranya ialah, yang tersayang, tunangku sendiri Shera Aiyob, sahabatku Riz Ainuddin yang juga seorang aktor, Sharifah Amani yang tidak asing lagi, seorang aktor dan sutradara.
Serta aku sendiri yang akan membacakan sajak ku.
Aku pasti, akan wujud suara - suara yang mempertikaikan sekaligus menghakimi tajuk buku ini. Terserahlah, kerana aku yakin ramai pembaca hari ini lebih matang, lebih tahu apa yang lebih penting. Samada kulitnya atau isinya.
Dont judge a book by its title. Amaaigaaddd...
Tetapi sebelum apa - apa, aku ingin menempel di sini apa yang aku tulis di kulit belakang buku ku ini.
"Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.
Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga"
Dan aku harap apa yang aku tempelkan di atas, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran serta sekali gus menghambat hukuman oleh suara - suara sumbang yang bakal muncul. Apa yang paling penting, isi buku ini tidak ada gambar lucah. Juga ia bukan buku berunsur ketuhanan, tetapi lebih kepada kejadian - kejadian sosial yang berlaku sekitar aku.

Harga: RM30 (tak termasuk kos penghantaran)
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Penulis & Rekabentuk Kulit : Zahiril Adzim
Blurbs : Ana Raffali
Prakata oleh Nora Murat. Sultanmuzaffar, Hanis Zalikha
Halaman:108
ISBN: 978-967-10126-3-5
Tahun: 2011
To order;
1. Pls SMS 017-2002944 (Type)
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Penulis & Rekabentuk Kulit : Zahiril Adzim
Blurbs : Ana Raffali
Prakata oleh Nora Murat. Sultanmuzaffar, Hanis Zalikha
Halaman:108
ISBN: 978-967-10126-3-5
Tahun: 2011
To order;
1. Pls SMS 017-2002944 (Type
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)
Belian Online
http://tokobuku.fotopages.com/
http://tokobuku.fotopages.com/
96 comments:
Wah terbaik ar bro, alkisah support kamu dari jauh, tak dapat pergi sabtu nie atas sebab2 tertentu..
Good Luck Bro !!
Alkisah : Mai Singgah Bila Free !!
good luck ....
good luck...
tahniah bro :) semoga berjaya dan terus maju.
Salam.
Syabas Sdr BOB!
Semoga selepas ini akan ada buku seterusnya!
Teruja juga hendak mampir nanti di lokasi pelancaran ini. Jika sempat. Semoga segalanya suksess!
Tahniah sekali lagi.
“Tak peraya...”
harus dapatkan nya tak kira sekarang atau bile2 je boleh dptkn nye kan ?
akan menyokong pada hari kejadian...
Ok then, jumpa sabtu ni lah. =D agak excited sebenarnya nak tgk isi dalamnya.
biarkan suara yg menghambat itu terlontar jauh & tidak kedengaran lagi, setelah buku ini mendapat sambutan hangat nanti..InsyALLAH...
All The Best 4 U...Good Luck !!
yang saya nantikan juga
saya percaya makhluk-makhluk yang sudah biasa membaca puisi-puisi anda akan memahami maksud sebenar di sebalik tajuk buku ini. tahniah zahiril!
nak satu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :)
nasib baik ada jual online, saya kat jepun takleh nak attend pelancaran buku tu. tapi saya akan try untuk daptakn buku ni secara online.
good luck wit your book :)
p/s: kirim salam kat tunng cantik manis itu
thniah bro..dah jadi penulis..smga lebih giat lagi..:)
tahniah! (:
tahniah atas pelancaran buku tersebut.....saya hanya boleh menyokong anda dari jauh....semoga terus success dalam penulisan...
harap dapat memiliki buku anda 1 ari nanti....
good luck....
tahniah atas pelancaran buku tersebut.....saya hanya boleh menyokong anda dari jauh....semoga terus success dalam penulisan...
harap dapat memiliki buku anda 1 ari nanti....
good luck....
congratssss! and good luck (:
akan beli buku ni ^_^
hye.macam menarik buku ni, ada jual kat kedai buku kat luar tak ??
Saya kongsikan di blog saya:)
tahniah!
suke2x...da tmpah on9...
x sabar nk baca..
kalo la ade autograf
skali kt blakang buku kan bezz...huhu
hmm..x dapat dtg la..
btw, hope terus success dalam penulisan..
x dapat datang..
btw, hope terus success dalam penulisan..
All the best.Selalu sokong kamu.InsyaAllah...saya pasti beli buku tersebut.I like n_n
yes~~akhirnya...
saya mahu buku ini.... =)
wah, agak teruja dgn isi dlm dia. akn dptknnya tru on9. bila2 pun bole kan?
good luck!!
karya bru zahiril adzim......
guys jgn lupa juga untuk menonton video clip terbaru yg menampilkan zahiril adzim di dalamnya......
http://www.youtube.com/watch?v=eIT0u6kk2_c
tahniah dan semoga berjaya.. :)
congrates bro berjaya hasilkan buku sendiri~
proud of you..
;)
terbaik bro . jika tiada aral melintang , saya akan cuba ke sana :)
peminat setia ni . haha
Assalammualaikum Bob :)
Syukur Alhamdulillah atas penantian yg kau nantikan ini. Ikut kan hati, kalau diberi peluang memang akan cuba sedaya upaya untuk munculkan diri pada Sabtu ini untuk ucap tahniah berjuta kali secara live.
InsyaAllah. Tahniah Bob dan semoga sukses selalu :)
fatenaquiah !
tahniah atas penghasilan buku baru!tahniah jgk dah bertunang..baru ciktom tahu..
dah minat lakonan awk ms 1st time tgk drama KAMI...huhu..keep on good acting ;)
Yang aku nantikan juga.... Selamat maju jaya saudaraku... Saya ingin memilikinya...:)
wish u luck ek...semoga buku tu dpt sambutan..
selamat majujaya..:)
Terbaik ! Akan hadir dan Insya'Allah jumpa di sana. Go cikgu bob..goooo!
wah terbaik.. congrats ya..all the best with it :D
karya yang ditunggu2 oleh peminat bro!! cool..
tahniahsss
da sampai kuantan tak?
da sampai kuantan tak?
Selamat untuk semua Bobby! Tak sabar saya nak meraba buku awak tu! ;)
InsyaAllah, saya datang menyibuk di hari pelancaran buku awak dan Ayam yang jelita. Sekali lagi, selamaaaat :)
gud luck . . .
mau dapatkan gak buku nie. . . .
congrte ya . . .saia entiasa sokong kerjaya anda . :))
GOOD LUCK BRO!!
Pergh..
terbaek lah beb..
dah terbit buku..
tahniah.. :)
tahniah... satu langkah kehadapan semoga awak sukses
tahniah zahiril...
berhasrat untuk memiliki novel anda !!
nape hanis zalikha menulis prakata?
advance dh skrang bro zahiril ni..gud luck!! wish u all de best!! juvana layannnn!! best2!! moga sukses zahiril..!! from budak muar!!
wahh..hebatla..sekarng dah jadi penulis buku..tabik tabik springggg!!:)gud luck!
Tahniah!
Kau memang terbaik! :)
Salam..
TAHNIAH atas keluaran buku itue....
GOOD LUCK yer...
bro, rasa cm nak promote kat blog lah..
boleh tak?
tq :)
http://cikgufiq.blogspot.com/2011/06/bogel-menuju-tuhan.html
Akan ku beli karya mu bro !
Gud luck!
tapi tak dapat pegi lah 18hb tu.
=="
cayalah bob!! aku sokong kerjaya kau dalam bidang penulisan.
WALAMAK! terbaik. goodLuck bro :D
harus ade satu..gudluck Daim hehe
tajuk nyee...perghhhh tak tahan. hihihi
anyway, all the best bro! :)
gud luck n gud job..
xp'lu kesah ngn ape org akn kta sbb 2 hasil kerja kita sniri..xggu org laen..so0o0o u mmg besh!
Baru mengikuti blog ini.... Dari azieazah.
waa..tahniah!!!
tajuk macam best..
mesti penuh puitis ni :)
nak order jugak n make sure u sign besar2 bole?aslii punyeee :)
kalau beli...bley dpt sign abg zahiril tak.. ??
:)
asl dak teater suka tulis puisi...huhu
gud luck daim :)
saya sudah beli, sangat puas hati.
sekarang pon sedang baca dalam keadaan berbogel. haha ( lawak saja )
tahniah bro.
Insya'allah akan ku beli dijadikan koleksi peribadi~
bro..all the best
Saya dah baca. GREAT! SUPERB! Isi yang menarik. ;)
bro..i nk beli buku tu.but,please sign for me..blh x??plez3.. :)
Salam.. Di kedai2 buku ada x???
love the title. post la video baca sajak tu nanti.
hmmm,ramai yang tak bersetuju dgn tajuk buku ni, tapi dah buku zahiril kan? sukati la dia nak pilih tajuk apa pun..dah itu interpretasi dia...bagi yang hanya baca tajuk je,janganlah kelirukan orang lain dengan 'adat'.
good luck ZA.
@<a href="mizsya.blogspot.com>Mizsya</a> Tahniah...(^_^)
All the best 4 you...
Mungkin satu hari nanti anda bakal menjadi penulis skrip pula...
satu demi satu tangga menuju kejayaan...
anda hebat.
anda kuat.
anda berani.
tahniah kepada anda,saudara zahiril adzim diatas pelancaran buku anda yang bisa membuka minda semua.
i'll definitely get this book!
selain order online? coleh saya beli kat any bookstores?
kawan kata ni buku puisi, saya tak pandai faham puisi, maaf sebab tak beli.
ZA, ok done reading this book. seriusli sangat best
tapi typo pada mukasurat 48, act that word is atas kan.
hehehe. best best, serius berbaloi2
Taniah..teruskan bidang penulisan ZA yang sememangnya mempunyai bakat.Thumbs up;))
Alhamdulillah.
Got this book at Urbanscapes previous day, and was so excited sampai boleh habis baca in one day.
Sila baca dan larut dalam bancuhan kata-kata Zahiril Adzim.
Thank you, for inspiring me and everyone.
buku nih ade jual kt kedai2 buku biasa tak macam MPH ke, mana2 kedai buku laa?? ada tak?
tahniah...
teruskan penulisan anda..
semoga terus maju..
Nurul Azieqa
assalamualaikum abg zahiril.saya amat minat dalam bidang penulisan walaupon umur saya baru 15 tahun apabila saya melayari blog abg saya juga sempat membaca sesetengah isi yang terkandung dalam buku 'BOGEL MENUJU TUHAN' setelah saya membacanya dan saya dapat merasai ape yang dirasa oleh abg sewaktu menulis buku ini.walaupun penat macam mana sekali minat ingin dikejar penatnya itu pasti akan hilang dengan sendirinya malah kepuasan yg datang betol x abg.abg telah memberi saya idea baru untuk cuba menulis tentang remaja sekarang sudah tepengaruh dengan anasir luar.walaupon saya seorang remaja sekolah namun saya tidak setuju dengan ape yang dilakuka oleh remaja-remaja sekarang.INSYAALLAH 5tahun akan datang saya akan mengeluarkan novel dan buku-buku saya sendiri.saya ingin menjadikan abg sebagai pencetus idea untuk saya menulis buku saya nanti.tanpa menghiraukan penat lelah malah kejayaan itu akan datang dengan sendiri apabila kita berusaha dengan gigih... ♥

u mmg suka 'berkunci mata',ek? mybe mata u mmg cantik...bulat...so sedap utk dikunci..i dh baca tulisan u..i slalu sebut ngan kwn i sbg..'buku yg bogel tu...'we both like it..' smua tulisan u yg sebut pasal 'berkunci mata' tu i suka..dan kisah mulut yg hilang dari ampaian tu pun really like..gud luck to u..tulisan u tu akan jd salah satu koleksi yg disayangi..tulislah lg..kami ni pembeli dan pembaca yg tegar...
yang aku nantikan juga..
harap boleh memberi idea kpd aku ok..
tahniah n good luck Daim Juvana!!
yang aku nantikan juga..
harap boleh memberi idea kpd aku ok..
tahniah n good luck Daim Juvana!!
saudara yg dihormati lagi disayangi..minta maaf kerana berkata..tapi ya tajuknya merisaukan..kerana pada dasar intepretasi mata kasar manusia ianya akan membawa ke satu arah kasar..Prof Syed Naquib ada menyelitkan isu penggunaan istilah dalam bukunya Islam dan sekularisma..mungkin kita sama-sama boleh belajar dari isinya.
Salam. Saya berkesempatan mengunjungi MPH Alamanda tadi. Dan for the first time, saya membaca buku saudara. Saya amat tertarik dengan judul buku tersebut. Malangnya, apabila saya membacanya, saya amat terkejut dengan kualiti bahan penulisan. Ianya sekadar coretan seorang insan yang mengisi masa lapangnya tanpa kekuatan penulisan seorang penulis...it is a layman writing. Maafkan saya kalau agak terkasar dan saya mendoakan agar saudara mempunyai hala tuju dalam penulisan.
congrats!! pasti nak beli... =)
aku dah pun dapat kan satu walaupun aku dah baca semua kat blog kau. hahah.
mmg terkejut lihat tajuk buku ni kat pesta konvokesyen semalm kat ukm... sy belek bku tersebut & mendapati buku tersebut adalah buku puisi... sehingga kn kwn sy takut utk membuka buku tersebut kerana tajuknya...
tajuk bukan main gempak lagi..kalau tak ramai orang beli tak tahulah. orang2 kita kan suka bogel2 ni..
buku ni ada lagi tak ? nak buat tempahan macam mane ?
"Pada saya, BMT adalah sebuah naskhah peribadi yang sarat dengan pelbagai pengalaman dan rasa hati penulis tentang sisi hidup yang boleh dilihat dalam bermacam sudut. Lantang bersuara, bercakap jujur, terus-terang, ikhlas, lucah tapi tepat merupakan sifat BMT yang tidak mahu berpura2 dengan khalayak. Gaya bahasa sangat bersastera. Utk pembaca biasa macam saya, agak sukar nak faham sebahagian kandungan BMT. Namun, saya rasa BMT cuba berkongsi sesuatu nilai yang dirasakan penulis sebagai 'hadiah' paling bermakna untuk kita semua. Teruskan menulis dan semoga lebih maju lagi."
Post a Comment