Monday, July 16

sempadan kawan, sempadan!

Dan akan ada waktu - waktu kita melanggar sempadan itu. Kita langgar, rempuh, tolak-jatuh. Sempadan - sempadan inilah yang membezakan kita manusia. Tinggi rendah nilainya.

Kawan, aku selesa begini. Begini lah aku, dan hidupku. Dan jalanku hanya satu, kerana Tuhanku. Aku bukan tak mahu ikut kau dulu, dengan cara hidup kau yang begitu. Tak mungkin. Aku tahu mana tempat ku, mana cara ku. Di sini kawan, di sini tempat aku. Di sinilah aku. 

Tapi lihatlah kawan, aku juga mampu. Saing - saing kamu, tak jauh mana pun kita sebenarnya. Bezanya aku tidak sanjung apa - apa yang kau perlu sanjung. Meletakkan tinggi dari Tuhan. Oh, aku tak perlu itu. Begini lah aku. Masih berdiri senyum.

Begini hidup aku.

Rezeki aku masih halal kawan, bukan rezeki kamu. Rezeki bawah meja, tepi meja, dalam meja, luar meja. Aku tak perlu meja - meja. Kalau ada, ada lah. Kalau tiada, maknanya Tuhan yang kata begitu. Aku terima kawan. Aku masih tersenyum. 

Lihatlah, aku tak megah dimana aku, tapi kau megah kawan, dengan kelilingmu, dengan gaya hidupmu. Aku tahu. Oh, tak mungkin aku mahu begitu kawan. 

Pilihan aku masih setuju kawan, masih yang satu. Masih begini, tak perlu itu. Kita bukan hidup untuk berlumba kawan. Kalau benar berlumba, tunjukkan aku mana garis akhirnya?

Kawan, senyumlah. Lihat wajahku kawan, aku masih mampu tersenyum. Lihat! 

Hoi, bangun kawan!
Hidup ini bukan milik kita kawan, milik Tuhan!
Jagalah sempadan!


25 comments:

Mimi Malina Binti Jamaluddin said...

ya, jagalah sempadan :)
nice entry!

Mimi Malina Binti Jamaluddin said...

ya, jagalah sempadan, :)
Nice entry!

ஜ miss klanika ஜ said...

kalau betul hidup ini satu perlumbaan , mana garis akhirnya . setuju !

manusia ada paksi nya sendiri yg dia harus bergerak sejajar dgnnya agar tidak terpesong dan hancur .

dalila.dallamyalamalif said...

salam.
nak tanya, macam mana Z.A boleh hasilkan penulisan yang mcm ni eh?

FH said...

kawan.kawan.kawan.maksud sangat yang sangat mendalam.thumbs up :)

FH said...

kawan.kawan.kawan.maksud yang sangat mendalam.thumbs up :)

Eka Jamaludin said...

:) tapi hakikatnya masih ramai yg melanggar sempadan . hidup kerana Tuhan itu lebih mulia. insyallah.

GEMBALA SUARA said...

Fuhhh~~~

merengkam otak

Anonymous said...

Entri Yang Ringkas ..Izin Share Yer

Aku said...

Insya Allah, anda tidak perlukan meja atau laci. Semoga kekalnya begitu. :)

theorked said...

Letak garis sempadan dalam hidup agar rezeki sentiasa dari yang halal. Kan bagus macam ni. :)

H I said...

Nice.

H I said...

nice! :)

inoue asuka said...

marah ngan sape tu?biasalah hidup memang begitu.....

Maria Menado~ said...

:) kawan. terima kaseh atas nasihat mu.

Anonymous said...

BEST!!

Harbinger of Reckoning said...

Well said.. =]

didie noxious said...

terima kasih kawan.atas nasihat kamu kawan.

ELFarahin said...

Jom JOIN 1st segmen saya! Khas untuk Blogger Boy saja! :)

http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/07/1st-segmen-by-elfarahin.html

Prince of Noob said...

bro gua memang minat sangat dengan bro terutama masa bro berlakon cerita tolong awek aku pontianak memang gila lawak bro... memang best bro gua tengok kat panggung 2 kali pun tak bosan bro... keep it up bro!

Zuhairy W Ahmad said...

Maka, pilihlah sempadan yang baik untuk kita beroleh kemenangan. Insya-Allah!

Uji Hussein said...

Tulisan bijak, idea bijak, lambang penulis yang bijak.Tahniah.Akak suka walau pun perlu perah sikit otak untuk faham.

Tuah said...

Zahiril,

Selamat berpuasa bro. Marhaban ya Ramadhan 2012. Tingkatkan hasilkan karya yang lebih baik lagi.. Aku suka hasil lakonan ko, keep it up!

MEGAT KHAIRULIZWAN said...

iya, kita tidak perlu menyanjung orang untuk dapat rezeki, tuhan yang bagi. Biar tak seberapa, asalkan halal. entry yang baik.

Sham Kamarul said...

kita manusia,
mati berkubur.

Tidak seperti makhluk lain, bersepah.

Ajaran tuhan memang mengajar tentang batas atau sempadan.

Jika dilanggar
tak mengapa

jika dilampau
tunggu sekejap