Saturday, November 14

mari ber-KARAOKE!

Otak kalau dah taknak bergerak, memang tak mahu gerak punya. Menulis ni bukannya boleh main keletak - keletuk je. Sapa yang nak baca kalau menulis main hentam kromok je. Bosan macam haram. Ye tak ? (Yaaa!!! aku jawab sendiri).

Dah macam - macam lagu aku pasang, punya lah nak amik mood nak karang ayat, nak karang struktur, tak dapat - dapat jugak. Padahal nak cerita pasal filem KARAOKE je.

Jadi kita simplekan je lah entri ini ya? Agar semua orang boleh telan-hadam. Yang penting, apa yang nak disampaikan, tersampai.

Baiklah.. errr...

Tengok, dia dah hilang balik!. Damn it betul!

Mana tak nya, hari - hari aku bekerja keluar pagi balik malam. Penat badan, penat otak. Dah berapa minggu dalam kepala aku ni banyak sangat benda yang aku fikirkan, banyak sangat rancangan yang aku nak laksanakan. Yang aku taknak berkubur macam tu je. Yang kalau boleh aku nak wujudkan hujung tahun ini, setidak pun tahun depan.

Yah, tahun depan! Itu pasti! (Fuh, bismillah...)

Baiklah, itu cerita tahun depan, ini cerita ini tahun punya. Silap, ini bulan punya.

Filem KARAOKE yang ditunggu - tunggu (untuk sapa yang menunggu) akan ditayangkan dalam masa terdekat ni. Yeehaaa!! Andre! Andre!

Tapi! Tapi! rilek..

Filem ini tak ditayangkan macam filem - filem tempatan lain. Filem - filem tempatan lain ditayangkan di seluruh pawagam, 2 minggu setidak lamanya (wajib tayang), tapi KARAOKE tidak. Kenapa? Kerana ia disumbatkan ke Tayangan Internasional.

Kalau korang nak tahu sinopsis KARAOKE, korang boleh google tak pun cari dekat Facebook. Jadi fan. Apa yang aku boleh kongsi ialah kerana filem KARAOKE ni lah yang menjadikan aku rakyat Malaysia jadi jakun dekat Cannes Film Festival.

Yeap, KARAOKE pernah tercalon untuk kategori Camera d'Or (Golden Camera) di Cannes Film Festival. (Baca sini). Juga, KARAOKE telah memenangi Anugerah Maverick di Calgary, Canada. Encik Google, sila jawab.

Jadi, kawan - kawan yang kita suka, bolehlah merancangkan perancangan untuk merayakan filem ini di pawagam di GSC, Mid Valley sahaja ya?

Maaf beb, memang ditayangkan kat situ sahaja. Jangan tanya kenapa, ini karenah orang atasan. Maaf sesangat.

Kita ni orang kecil - kecil sahaja.

Oh! Oh! Juga ada berita baik untuk sesiapa yang rasa dirinya berbakat atau bertuah, atau mahu mencuba nasib untuk dapatkan tiket percuma..

YES! Tiket percuma ni! Macam pertandingan kira kacang dalam botol kan? Cool kan?

Aku tahu.

Baiklah, here we goooo!!!!

(Dipetik dari blog Sultan Muzaffar)


26 November - 2 Disember
Golden Screen Cinema (GSC)
Mid Valley, Kuala Lumpur.

11:15 AM 01:30 PM 04:00 PM 06:30 PM 09:00 PM 11:40 PM

Menangi dua (2) pas bagi menyaksikan filem KARAOKE yang akan ditayangkan mulai 26 November ini di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Pemenang yang menghantar jawapan paling tepat dan slogan paling kreatif berpeluang untuk memenangi dua (2) pas menyaksikan filem tersebut.


Sila hantar jawapan dan slogan anda ke alamat email peraduan.karaoke@gmail.com. Pemenang akan dinilai berdasarkan jawapan paling tepat, slogan paling kreatif dan tarikh dan masa email dihantar (siapa cepat dia dapat).

Sila sertakan :

1. Nama penuh
2. Alamat
3. Nombor telefon
4. Satu gambar filem KARAOKE yang terdapat dalam Fan Page http://www.facebook.com/pages/Karaoke/109602511338

Selamat mencuba ! Dan terus email ke peraduan.karaoke@gmail.com !

1. Namakan dua pelakon utama filem Karaoke ?
2. Bilakah filem KARAOKE akan mula ditayangkan dan di manakah filem itu akan ditayangkan ?
3. Anda akan menonton filem KARAOKE kerana ………(tidak lebih 20 perkataan)

Syarat penyertaan :

1. Pastikan anda menyertai Fan Page filem KARAOKE di http://www.facebook.com/pages/Karaoke/109602511338

Tarikh tutup peraduan adalah pada 19 November 2009! Hantar penyertaan anda sekarang !



--------------------------------------------------



OK tak? Senang je beb soalan dia (bukan aku yang sediakan). Kalau aku yang sediakan nanti, aku sendiri tak dapat jawab.

Sebab hidup aku banyak persoalan yang aku tak dapat jawab. Haha.

Jadi, korang boleh lah hantar jawapan ke email yang diberikan di atas. Jangan jawab dekat comment box sudah lah ya? Nanti orang rembat.

Selamat tinggal! Jumpa lagi! Byee!!! Jangan lupa SEBARKANN!!

p/s: Weh, apsal entri ni macam santai sangat? Hmmm... begitulah.



"Filem ini ialah ia sebuah filem yang cukup berbeza dengan filem-filem Melayu yang lain."
(M. Ayu, review, www.GUA.com.my, 6 Nov 2009)

"Sebuah masterpiece seni filem.... dengan jalan cerita yang berani menonjolkan aspek kehidupan di Malaysia yang jarang dipaparkan.... Saya tak sabar menontonnya di layar perak."
- Dain Said, pengarah filem 'Dukun'

“One of the most beautiful discoveries of this year's Cannes … A filmmaker is born.”
(Les Inrockuptibles, 26 May 2009, France)

“Chong delivers a serene yet often striking debut feature ...”
(J. Anderson, Eye Weekly, Toronto, 4 Sept 2009)

“Visually stunning and mesmerizing, "Karaoke" is cinematic poetry, a rapture of energy and release.”
(Moving Pictures Magazine, USA, October 2009)

36 comments:

Unknown said...

wah.. macam best

siapa aku?? said...

YUP!! memang santai. hikhik

adaNiff said...

kat MidValley je? bagus2.. dekat dgn UM. kakaka.. can't wait.. :)

inoue asuka said...

lenkali rekod and catat lah ur thoughts in notebook or mobile before diterjemahkan di dalam rutin harian..sometimes it's helps...tahniah untuk karaoke.keep up the good work!

hans said...

baru budget nak kumpul duit tgok Karaoke...
asal tayang dkt GSC jer...
gila jauh kedah nak pegi sana...
haih...
xdapatlah tgok
kempunan!

faeish said...

santai la bagus.tak ada la baca pagi2 pening kepala nak hadam.hee:D
umur pembaca berbeza-beza.dewasa belia semua ada.

Tahniah dapat berlakon dalam filem bertaraf dunia. Tabik spring bro. Take care

hgg said...

Aku tulis komen tanpa membaca entri.

Aku tak suka membaca dan tak suka buat orang baca..wakakakakka

PAP said...

alaaaa nape filem KARAOKE ni tayang masa hari raya haji. aku dah ada kat umah masa tu. dah lah tayang kat mid valley je. serius aku geram. geram dengan pihak atasan yang macam *&%$. filem anak tempatan sendiri pun nak berkira.

aduiii.....takpe2 aku akan usahakan jugak nak tengok filem ni.

nota kecik: sori emo sikit, hormon tak stabil kot. hahaha...

rose said...

ala..nak tgk. tp x de kat sini plak. nanti2 ada dvd x??

soda said...

"Dah berapa minggu dalam kepala aku ni banyak sangat benda yang aku fikirkan, banyak sangat rancangan yang aku nak laksanakan. Yang aku taknak berkubur macam tu je. Yang kalau boleh aku nak wujudkan hujung tahun ini, setidak pun tahun depan.

Yah, tahun depan! Itu pasti! (Fuh, bismillah...)"

ko nak kawen ke?
bertunang??
tahniah la
hehehehehehe

k e r e p e k t e m p e said...

tak sabar nak tunggu! memang bagus filem2 bagus ni release waktu student baru je habis exam...

Qarl said...

i've submitted mine -

Anonymous said...

kenape cari kamu kat facebook xde???

Anonymous said...

terbaik.:)

Kipas Susah Mati Zahiril Adzim said...

kenapa filem yang mendapat pujian dan pengiktirafan ini tak ditayangkan dipawagam lain??? macam mana kami peminat filem tempatan nk tengok???org atasan tak prihatin ker???sebuah filem hebat tak dapat dikongsi dan dihayati oleh peminat lain yang diluar kawasan GSC MidValley..sungguh kecewa...

esah ezral said...

"Otak non-gerak"

Haha agak ah,santai gila, dah terasa macam baca majalah Ujang,pelik je ZA berkarya macamni, tapi pelik yang okay ah :)

Karaoke jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

inoue asuka said...

nampak incik zahiril @ iklan waris...jangan curik mangga lah!:D

inoue asuka said...

"macam mana kami peminat filem tempatan nk tengok???"

quote dari kipas-mati-ZA

betul tu, dah lah tayang satu tempat je, tarikh pon tak sesuai, mestilah orang berpusu-pusu nak bersiap untuk raya haji...kalau macam ni baik tengok ninja assasin jer..ada rain bi:D

p/s:mungkinkah perkara seperti ini yang buat filem tempatan tak dapat sambutan? kadang-kala spot pon memainkan peranan..bukan di kl saja ada peminat seni..di ceruk kampung pon ada, cuma tak pernah berpeluang...so aper kater kita tayang karaoke dalam dusun, ladang, kebun dan felda setiap negeri..mesti syok tgk kat layar putih sambil makan nasi..:D barulah 1Malaysia.

NuRuL mA'G said...

d0wh..main kat mid valley sja..
0rang b0rneo pn nak gak tgk filem menang award ney..
Fuh..kena tggu vcd a nie..
encik b0b, agak2 kuar vcd tak nanti?

hajar kamal said...

Okay 26nov-2dis..to his fans,still got time what to watch even seminggu saja =)
kalau concert AAR pun ada yang sanggup fly dtg kl, y not for this great muvee kan?

my plan, 26nov balik raya haji, then on weekday after work,probably monday serbu MidValley...insyaAllah.

been waiting for so long for this film to be release since dah sgt lama tgk trailer Betik.

with <3
hajar kamal

inoue asuka said...

then how about all yang post comment kat sini datang tengok sama2 on monday?:D kita mintak deskaun ngan incik zahiril?

deksnamai said...

kenapa post sekarang ni da x best??
macam promote semua...
x da lagi puisi ke?
kt face book pon sama...

Zahiril Adzim said...

@mengapa - Otak kalau dah taknak bergerak, memang tak mahu gerak punya. Menulis ni bukannya boleh main keletak - keletuk je. Sapa yang nak baca kalau menulis main hentam kromok je. Bosan macam haram. Ye tak ? (Yaaa!!! aku jawab sendiri).

Dah macam - macam lagu aku pasang, punya lah nak amik mood nak karang ayat, nak karang struktur, tak dapat - dapat jugak. Padahal nak cerita pasal filem KARAOKE je.

Jadi kita simplekan je lah entri ini ya? Agar semua orang boleh telan-hadam. Yang penting, apa yang nak disampaikan, tersampai.

Jawapan kamu di perenggang pertama, kedua dan ketiga ya.

comic_fanz said...

1st Soklan : Zahiril Adzim n ........

2nd Soklan : nak nonton mari ber-Karaoke coz aku pun nak berkaraoke sekali.. hahaaa..

boleh menang tak.. hahaaa.. saje test market..

just Mid??? nampaknya kena naik putra pastu tukar ktm baru sampai mid.. kalo nak naik bas lagi aku kantoi..

i'll try my best to reach there..

Bohemian Mustang said...

ada beza cari duit utk survive dengan cari duit untuk mewah..

ada beza kerja untuk kerjaya dengan kerja untuk popular..

"cari duit banyak2 dari dunia komersial dan gunakan untuk buat benda yg aku suka"

apa benar cara ini boleh berhasil?
kita mesti kembali persoalkannya.. banyak sudut pandang yg mesti di ambil pusing.. tak semudah itu..

menghasilkan sesuatu yg bagus dalam bentuk, cara atau medium yg kita suka bukan hanya perlukan duit.. ia perlu lebih dari itu..

p/s: gua share pasal gua sayang.. gua takut pasal gua dah persoalkan.. hahh!

harridzuan1889 said...

aku pegi nanti... (cerita budak sawit) mesti tonton... haha bukan untuk enjoy, tapi buka minda...

Liyana Hanim said...

akan pergi jika xbz dengan pembikinan muzikal teater utk kutip dana bg Tasputra Perkim..
dtg la tgk..
dr 8-10 Januari,2010,auditorium DBKL--teater Whoa Willow!

Tiket boleh dibeli melalui tiket Axcess dr minggu depan!!!dtg beramai22..:)

Karaoke bile nk kuar dvd ori??sng sket if xdpt pegi tgk kat mid valley..

grey said...

bley ark kuarkn dlm bentuk dvd or vcd???
suke tgk zahiril berlakon...

Anonymous said...

kebetulan yg menarik....26 Nov-2 Dis....tayangan karaoke di mid valey dgn the BigBadBook Sale di amcorp mall pj....mungkin boleh rancang dan menikmati kedua2 nya....... terima kasih saudara ZA di atas info anda :)

wani anggun said...

dalam tempoh tayangan karaoke tu,hari apa yang zahiril akan trun padang?

gilzgarl said...

sy dah tgk karaoke...
hmm ntahlah.... :|

Hafizah Haruno said...

la...apsal kat mid jer?
kat panggung lain tak de ker?

acap said...

brooo
sori ah tak paham dooo
aku try masuk tak boleh
haha
"betik sesat mak?"

dex said...

eh pelakon rambut panjang ada tahi lalat kat pipi tu ramli MS eh?woahah sori kalu tersilap org..tapi mmg sgt muka dia.huhu..aku dah tgk masa last day screening..pujian mmg boleh bagi kt skrip dan sinematografi dan lakonan2 yg sempoi...aku suka stgh part yg betik ckp adalah bukannya hatinya yang ckp tapi harapan... (part paling tak boleh blah masa shot betik berbaju kotak2 kuning berlatarkan langit bg babak shooting utk vclip karaoke..hahaha mmg menyiksa jiwa)

Home-tutor Munirah said...

Nak temgok filem karaoke? oh. dah terlambat.

Anonymous said...

xde dlm utube ke cite nie?