Khamis, Oktober 30

Dusta Dalam Berita Hari Ini

Niatnya nak makan tengahari dengan mak bapak aku, maka aku dengan Fared Ayam pun park kereta dan berjalan kaki mencari mak bapak aku yang telah sedia menunggu di kedai buku berhampiran tempat makan, untuk memayung makan tengahari kitaorang hari ni. Yehaa!

Tengah berjalan tu, aku berhenti lah kejap dekat kedai suratkhabar, membaca headline - headline suratkhabar hari ni. Biasalah, akhbar pro-kerajaan menjual cerita kipas kerajaan mereka, sementara akhbar pembangkang (Suara KeADILan dan Harakah) dengan cerita ahli parti kebanggaan masing - masing serta fakta tentang harga sebenar BBM (petrol). Mata aku melintas ke Suara KeADILan dengan headlinenya, Kerajaan Tipu Rakyat. Aku selak sikit - sikit, aku tutup balik. Muak pulak rasanya.

Fikiran aku spontan berkata, "Ah, politik. Yang ni kutuk yang tu, yang tu kutuk yang ni. 2 x 5. Nanti - nanti je lah aku baca, nak sumbat perut dulu".

Mata aku lintas dekat akhbar Metro dan Kosmo. Cerita pasal jual bayi. Aku nampak perkataan bayi dan nombor 500 dan 600. Aku biarkan, sebab pada aku agaknya ini headline pelaris.

Aku tak rasa nak beli mana - mana suratkhabar hari ni. Baik aku balik rumah, baca suratkhabar yang bapak aku beli hari - hari. Aku beredar dari kedai tu. Fared Ayam, kawan aku tadi, terus stay depan kedai tu dengan muka yang bingung.

"Weh! Sini kejap! Tengok ni!"

Diangkatnya untuk membezakan headline 2 akhbar yang mata aku singgah kejap tadi. Metro dan Kosmo. Aku jawab,

"Orang jual bayi, aku dah baca. Terdesak sangat kot. Kenapa?"

"Baca lagi sekali"

Cerita macam sama, tapi gambar agak berbeza. Metro dengan gambar perempuan Melayu bertudung mencium bayi, Kosmo gambar suami isteri berbangsa India mencium bayi. Ya, memang nampak macam bangsa India (masalah printing, mungkin?).

"Dua penculikkan dalam satu masa? Yang ni Melayu, yang ni India. Tengoklah gambar", aku terangkan dengan fikiran yang tipikal dan tidak tepat langsung sebab nak makan cepat dan nak mengejar masa ke tempat latihan.

Ayam diam kejap sebab tak percaya. Aku pun tak puas hati. Kitaorang luangkan beberapa saat untuk membaca agar lebih tahu.

"Weh bukanlah, ini cerita sama tapi fakta lain - lain!". Tengok nama ni, sama; Zaiton Awang", setuju aku.

Metro tulis bayi tu dijual dengan harga RM500 manakala Kosmo tulis, dijual dengan harga RM600. Mana satu betul, aku pun tak tahu? Tuan kedai Mamak ni agaknya sengaja letak 2 akhbar ni bersebelahan. Dusta dalam berita, kata Ayam. Aku terus beli kedua - dua akhbar tu sebab nak baca cerita betul, sebab aku tak percaya. Aku tak anggap perkara ni remeh, sebab aku teringat masa buat teater eksperimental TANDA dulu. Kenapa? Pesongan kata di bawah akan menjawab.

Hasilnya?

Memang betul, cerita yang sama tapi tak serupa. Salah satu contoh 2 versi cerita ini ialah; Metro tulis, mereka yang bersubahat dalam penculikan itu ditemui di tepi jalan dalam keadaan yang mencurigakan. Kosmo pulak tulis mereka yang bersubahat itu dipercayai penghidu gam tegar dan ditemui di tepi jalan, dipercayai dalam keadaan stoned atau khayal atau high atau syiok. Ini contoh 2 versi yang berlainan. Tidak termasuk harga bayi yang dijual itu.

2 akhbar yang mempunyai pembaca yang ramai, menulis fakta yang berlainan tentang satu cerita yang sama.

Mungkin benda ni remeh. Tapi remeh untuk siapa? Memang percanggahan fakta ni dah banyak berlaku dalam penyebaran berita - berita. Di mana - mana saja. Di akhbar, TV, blog dan banyak lagi. Aku tak tahu yang mana betul, yang mana salah. Tapi kasihan pada yang betul, kerana wujud yang palsu, maka disaingkan faktanya. Disyak wasangkakan faktanya yang betul juga.

Dalam suratkhabar juga ada pelbagai section seperti isu semasa, hiburan, sukan dan macam - macam lagi. Bukanlah semua yang menyebarkan fakta yang salah. Aku juga ada kenalan yang bekerja dalam section lain, terutamanya hiburan. Tapi kita taknak pasal orang lain, mereka ini yang terkena tempiasnya. Hanya kerana berada di bawah satu bumbung.

Mungkin ini peringatan untuk aku juga agar lebih berhati - hati setiap kali hendak menyebarkan fakta. Memang manusia buat salah.

Itu tak dapat lari dan aku tak dapat sangkal kenyataan ini.

Lepas tu aku terbaca pulak pasal Yoga yang berkemungkinan akan diharamkan untuk dipraktikkan oleh umat Islam di Malaysia. Tetapi fatwa rasmi belum di keluarkan lagi. Bertenanglah dulu. Aku dan teman yang lain bantai gelak dekat panggung teater tadi. Aduh. Pelik aku. Takpa, nanti kita story - story lagi pasal Yoga dan Islam ni. Sekarang aku dah ngantuk sebab penat.

Tapi ingat, jangan keliru antara Islam Allah S.W.T dengan Islam politik di Malaysia. Senyum skettt!!

Cerita dusta dalam berita atau 1 cerita 2 fakta berlainan ni telah sedikit mengganggu otak aku (sekejap) hari ni. Apa daaa...

Pesongan kata;
Dusta dalam berita ialah salah satu tanda kecil penghujung zaman menjelang Kiamat.
Jadi, remeh kah sekarang?


Wallahualam.

Ahad, Oktober 26

Cerita kemudian puisiku.

Semalam, aku ke event Hari Bintang Jatuh, anjuran Cik Wani Ardy dan rerakannya. Terima kasih dan Selamat Hari Jadi untuknya.

Mata aku tidak dapat menerima flash dari kamera - kamera kat situ. Benar. Mata aku sedang memberi masalah dekat aku hari ini. Sewaktu bergambar dengan kawan - kawan yang kita suka, mata aku jadi pedih bila ditembak oleh flash itu semua. Memaksa mata aku bertindak refleks. Pejam atau separa penagih.

Ah, ada sajalah mata ni.

Aku disana untuk memperdengarkan puisi aku yang aku tulis petang sebelumnya. Aku tak punya banyak masa, kerana itu aku tangguhkan banyak kerja dengan keterpaksaan. Sewaktu aku merokok di atas bumbung Five Arts Center (tempat latihan teater), aku terfikir pasal puisi ini lalu aku perkataankannya ke dalam buku contengku. Namun, hujan turun waktu itu dan memaksa aku menghabiskannya di dalam bilik, petang semalam.

Aku tahu event itu untuk luahan rasa kepada bintang jatuh masing - masing (bintang jatuh = kasih yang tak kesampaian, kata Cik Wani Ardy), tapi aku menolak untuk membaca puisi raungan resah cinta atau sewaktu dengannya. Aku ingin menyampaikan sesuatu pada yang mendengar atau menonton dengan harapan agar dapat berkongsi seperkara, bersama.

Dan aku ringankan perkataannya supaya lebih senang diterima.

Oleh kerana aku selalu menyuapkan telinga aku dengan karya - karya Iwan Fals, maka mungkin tercalit beberapa ayat dari orang tua yang tidak kenal putus asa itu.

Aku juga pelik semalam. Tapi tidaklah sangat hebat peliknya.

Sudah berapa kali aku berteater di pentas sebelum ini, rasa nervous semalam, agak terlebih. Entah kenapa. Mungkin kerana aku dalam keadaan terkejar - kejar dari tempat kerja, dengan puisi minit terakhir aku. Atau mungkin aku nervous lebih bila aku sedar yang fourth wall tidak wujud langsung, semalam. Dan kemudian apa yang tubuh aku berikan?

Gigilan.

Ketara, sungguh. Bila aku tanya rakanku yang duduk jauh dibelakang, jawapannya jujur. Tapi, kata guru aku dulu, nervous itu wajib untuk tidak memanjakan diri agar hasilnya seperti yang kita mahu.

Keyakinan tidak harus dilebih - lebihkan.

Atau mungkin banyak sangat hamba Tuhan yang indah.

Aku sempat berbual dengan beberapa kenalan baru atau juga kawan - kawan yang kita suka, tapi disebabkan otak aku yang semakin rosak ini, aku tidak sempat mendaftar nama mereka dalam kepala, apatah lagi mengingatinya. Kalau boleh aku mahu berbual lebih panjang yang mengheret ke sesi teh tarik, tapi nampaknya masing - masing ada aktiviti sendiri.

Pada sembarangan yang menegur semalam, terima kasih. Beritahulah di sini agar aku dapat berusaha mengingati kembali.

Ada juga yang aku ingat warna baju, corak senyuman dan design pandangan mata yang masih terlekat. Tapi itu rahsia aku untuk dinikmati. Haha.

Oh, semalam adalah pertama kali aku menonton 'persembahan terakhir' pemuisi Fynn Jamal. Sebelumnya, aku hanya membaca karya - karya di blog beliau. Aku adore dengan puisinya, tetapi apa yang aku saksikan semalam, bukan apa yang aku harapkan. Untuk aku, agak kecewa. Aku lebih mahu dengar dan tonton puisinya, itu yang sebenarnya. Tapi takpalah. Salah aku kerana datang dengan expectation.

Jadi, inilah puisi yang aku perdengarkan semalam. Semoga ada yang alert dengan apa yang aku cuba nak sampaikan. Kalau ada yang tersalah tafsir, terpulanglah.

Terima kasih kepada saudari comel yang memetik gitar untuk ku. Namanya Rina S.


Tawa Dalam Tawan

Ke hadapan bintang jatuh,
yang melintas melintangi pandangan aku,
dan merempuh tembok kewarasan,
hingga hancur segala cita,
yang merangkak aku cipta.
berhari,
berminggu,
berbulan
bertahun,umurnya.

Dan kini, mengesot aku mengutip,
Serpihan cita yang berderai, berkecai, terburai, terkulai,
yang berselerak jaraknya.
Lalu aku ambil satu persatu
Dan aku kumpul dan aku bina semula,
menjadi seperti sedia kala.
Dengan rasa yang hina,
setelah diperlaku kejam oleh kerabat dia.
Yang kononnya mengaku sedia tahu,
mengaku maha tahu.
Kepala hotak lu.

Apa ucap kau hari itu?
Apa laku kau hari itu?
Apa rasa kau hari itu?
Apa fikir kau hari itu?

Simpan sahaja jawapan untuk otak bahalolmu itu.

Aku mengerti bahawa kita diternak,
Aku, kau, dia, kamu, kita, mereka dan kami semuanya adalah ternakan.
Oleh sekumpulan dewa yang kerjanya berpesta,
Sambil merompak nasi pagi, nasi petang, nasi malam!
Itu semua nasi kita!
Yang memaksa tangisan anak terlaung kuat,
kerana bapaknya tidak mampu beli susu.
Lalu ditembak mati kerana terpaksa mencuri,
rebah terbujur di lantai pasaraya,
mengalirkan darah perit hidupnya,
dan disaksikan oleh sang isteri yang meraung sia - sia.

Tapi ada dia peduli?
Kalau bukan keluarganya,
Kalau bukan saudara - maranya,
Kalau bukan kawan - kawanya,
Jangan harap dia nak peduli!

Dia menolak akuan bahawa kita ditawan,
Dia menolak akuan bahawa dia ditawan,

Yang mengepit handbag LV berlenggang di Pavillion,
Yang menyarung skinny jeans merokok di Bukit Bintang,
Yang meneguk Chivas di kelab cucuk bintang,
Yang memijak lantai kereta kancil turbo atau lain - lain kereta bikin.
Yang memulas handle RXZ,
Yang menggalas beg ke kuliah,
Yang terperangkap dalam pejabat dari 9 - 5 petang,
Yang melaung protes di jalanraya,
Yang mengira undi pilihanraya.
Yang teruja nak jadi selebriti,
Yang bertekad menjadi penyanyi.
Yang terhegeh berlakon KAMI The Movie.
Apatah lagi yang sedang baca puisi ini.

Kita, semuanya ditawan!
Kau, tertawan.
Aku, tertawan.
Kita, tertawa dalam tertawan,
Ditawan oleh kemodenan,
Ditawan oleh globalisasi!
Ditawan oleh arus dunia realiti!
Terutamanya dewa berkuku besi.

Tidak terasa bagi yang selesa,
Tidak terkesan bagi yang mewah,
Hanya tersedar oleh si kebanyakkan.
Hanya terlihat oleh yang keperitan.

Tak terdaya aku bertindak,
Dengan kebodohannya dan juga lagak,
Kepada syaitan bertopeng alim.
Kononnya mulia, sebenarnya zalim.

Aku biarkan dia dengan wataknya,
Aku biarkan aku dengan lakuku,
Aku biarkan mereka dengan tawanya,
Aku biarkan kami dengan isi hati sendiri.
Kerana aku tiada mampu.

Kehadapan bintang jatuh,
Semoga kamu akan jatuh.
Aku harap tertiarap terus,
Kerana aku mahu kau pergi mampus.

Dari Five Arts Center ke Bukit Jelutong.
25 Oktober 2008.
3.46 petang.

Foto - foto ini milik Syarkina Nabila. Aku pinjam.



Foto ini pula milik rafidelic. .
Aku boleh kena maki oleh guru lakonku kalau dia tengok cara duduk aku ni.

Terima kasih kerana foto - foto ini.

Rabu, Oktober 22

jalanraya bukan teman, tapi ini teman di jalanraya

Setelah berapa tahun aku tak jumpa seorang teman ini, tempoh hari aku jumpa. Teman di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, dahulu. Lepak, bual, gelak, lawak. (Aku butuh bersosial waktu - waktu ini). Kemudian kami ke suatu tempat yang lebih sesuai dan aku diberi seperasaan keseronokan oleh teman ini.

Keseronokan? Aku tak panggil ini seronok!

Teman aku ini sebaya, muda seperti aku. Mungkin kerana itu cara pemanduannya boleh membuatkan roh aku tertinggal lapan tiang lampu isyarat di belakang! Aku tidak pernah tahu Produa Myvi boleh bergerak selaju kuda lumba! Atau seperti sekilas ikan di dalam kolam air yang dibikin oleh bapak aku di dalam rumah! Betul, aku mengaku aku takut pada kelajuan.

Bukan hanya sebab kelajuan boleh membunuh, tapi sebab aku dan kelajuan tidak boleh DISATUKAN! Panggil aku pengecut? Silakan. Biar aku tambah, aku kecut pada pemecutan. Jelas.

Sekarang, bahasa pasar pula atau separa rempit.

Gentle beb, aku cuak gila dia bawak kereta! Aku menjerit macam orang gila! Dia ambik corner macam manusia ni ada 9 nyawa! Gila kau! Banyak kereta atas jalan, dia boleh cilok kereta tu semua macam perkataan accident tu tak pernah wujud!

Teman itu memang berbakat kalau bercita - cita untuk menjadi pelumba. Tapi aku?

Aku tak pernah bercita - cita untuk duduk dalam kereta pelumba!

Kemudian aku berfikir balik. Satu masa dulu, mula - mula aku dapat lesen kereta, mungkin ini perasaan orang yang naik kereta dengan aku dulu? Sejak bila aku menolak kelajuan dalam hidup aku? Aku juga muda! Aku juga pernah memecut kereta!

Rupanya tidak.

Aku pernah terlibat dalam beberapa kemalangan hampir mengcopet nyawa aku dan teman. Mungkin Tuhan putuskan waktu itu, bukan waktu aku lagi.

Mungkin itu. Juga dengan bacaan berita serta pemerhatian situasi celaka jalanraya di depan mata sendiri yang membuatkan aku menjadi pemandu 'lebih santai dan CDnya'.

Pesongan kata;
Ada juga Si Boyfriend yang memecut mengekspreskan kemarahan pada Si Girlfriend sewaktu berkelahi hebat di dalam kereta, ya?!

Khamis, Oktober 16

Aku buat pengumuman, kau buat - buat faham.

Apa guna ada blog kalau tak promote kan? Baiklah, ini ada pengumuman Untuk Kawan - Kawan Yang kita Suka!. Ada beberapa benda yang aku nak promote dan kerana itu aku sedikit sibuk untuk minggu ini dan minggu - minggu seterusnya yang membuatkan aku balik rumah terus tido tanpa melayari internet, apatah lagi memblogging.

Buah keranji dalam perahu,
Sorong papan tarik papan,
Aku sibuk sikit kalau kau nak tahu,
Ada kerja sampai awal bulan depan.

Yang pertama.

Aku mungkin berada di sini Sabtu ini. Mungkin, atau mungkin tidak. Ini lokasi terakhir KAMI Gig Tour. Aku tak pasti samada pemeran - pemeran semua dikehendaki hadir atau tidak, sebab belum ada kata putus. Tapi hari tu, katanya seperti pemeran - pemeran dikehendaki hadir untuk membuat 'kehadiran istimewa atas pentas'. Katanya lah. Ya entahlah...


18th October 2008

Bukit Jalil, Car Park

Band : Estrella, Bittersweet, The Times,
One Buck Short, They Will Kill Us All, Meet Uncle Hussain,
Couple, Laila's Lounge,Harmacy, Hujan, The Aggrobeats,
Dragon Red, Pure Vibracion, Republic of Brickfields, OAG, Pop Shuvit,
Plague of Happiness, Love Me Butch, Blind Tribes, Pilgrims and Koffin Kanser!!



Yang kedua.

Aku akan baca puisi aku di sebuah event seorang kenalan, iaitu Cik Wani Ardy. Pukul berapa aku baca, aku pun tak tahu lagi. Kalau senang, datang ler mendengar.

Event ni ada live acoustic, film screening, bacaan puisi dan gerai - gerai (booth yang bermacam). Ye lar kot. Agaknya.

Kalau nak tahu lebih, (aku tahu kau suka melebih) > http://kehadapanbintangjatuh.blogspot.com.

Puisi apa aku baca? Tak tahu lagi. Tapi ia akan bermula dengan ayat ini;

Ke hadapan bintang jatuh... (kau sambung sendiri).


Wani Ardy's HARI BINTANG JATUH
Hari pengakuan kita bergema...

25th October 2008
12pm-10pm

153, Malaysian Institute of Arts's Red Bungalow
Jalan Ampang (Behind Pelita Nasi Kandar KLCC)

ACOUSTIC PERFORMANCES
Para Senandung

Azmyl Yunor / Ana Raffali / Apple Juice
Bintang Batu / Captain G / From Cadillac To Geisha
Joshua Foong / Liyana Fizi / Rashdan Harith
Ray & Ash / Rendra Zawawi / Rina S.
The Fridays / The Siblings

POETRY RECITALS
Pencengkam Jiwa

Ashraf Ishak / Dianne Dayanna / Fynn Jamal
Nona Cici Suleiman / Shaira Amira
Wak Dol / Zahiril Adzim

VIDEO SCREENINGS
Penglipur Lara

VISUAL EXHIBITION
Penghenti Masa

SATURDAY MARKET
Pasar Sabtu

ADMISSION: RM10

Contact numbers:
012-9072507 (Jasmin Ghazalli)
013-2243644 (Kerr Abdullah)

Email:
kehadapanbintangjatuh@gmail.com

Websites:
http://www.myspace.com/waniardy
http://kehadapanbintangjatuh.blogspot.com


Yang ketiga.

Aku dan kawan aku (Fared Ayam) sekarang tengah dalam latihan untuk teater yang akan datang. Ya, akan datang. Dah dekat dah.. Dah ada kat hujung tu haa.. Aku dah boleh nampak dah.. Itu! Itu!

Sebenarnya kitaorang 2 orang tengah 'pecah kepala' cari idea. Maaf lah.

Hujung bulan ni aku ada teater dekat Actor's Studio, Bangsar. Kalau rajin, datang ler nonton. Teater ni berunsur komedi (bukan slapstik). Ada dalam 7 - 8 cerita pendek dalam satu show.

Instant Cafe Kurang Manis

30 October to 2 November 2008
8.30 pm (Wednesday to Sunday)
3.00 pm (Saturday and Sunday )

Venue:
The Actors Studio @ BSC
Level 3, Bangsar Shopping Centre
Jalan Maarof, Bukit Bandaraya
Kuala Lumpur

Tickets:
RM 72 / RM 52
RM 27 (students, seniors)

After a four year hiatus Instant Café returns with a brand new satirical comedy revue about the Last Days, the New Dawn, the Final Hiccup, the Never-Ending Story

Creative Team:
Alex Subryn Luis
Amerul Affendi
Ayam
Azrul Zaidi
Chew Kin Wah
Edwin Sumun
Gan Hui Yee
Jo Kukathas
Kam Raslan
Maya Tan Abdullah
Naa Murad
Reza Rosli
Shantini Venugopal
Tria Aziz
Zahiril Adzim :)
Zalfian Fuzi

Amacam? Ada berani?

Ahad, Oktober 12

biar aku jawab kerana setiap perkara ada jawapan

Terima kasih Isa_onzer kerana feedback ini. Aku suka feedback dan kerana ini juga aku suka blogging. SEBAB salah satu dari fungsi blog pada aku ialah;

Menjayakan komunikasi dua hala.
(Ada masa aku cerita lebih sikit)

Kecuali, blog - blog yang tidak disediakan ruang feedback atau feedback yang tidak dijawab. Maka jadilah ia blog yang individualistik.

Aku suka bercerita panjang tentang benda ini sebenarnya. Tapi lebih syiok kalau dapat lepak borak pekena Teh Tarik dan beberapa batang rokok sambil membayangkan seolah - olah di tepi pantai, padahal di tengah - tengah kota Lumpur yang sesak dengan tekanan.

Lagi pun ada pembaca aku yang telah menjawab feedback dari Isa_Onzer juga. Aku pun tak nak melakukan pengulangan dengan jawapan yang sama, maka aku jawab yang selebihnya sahaja.

Terima kasih sekali lagi. Aku suka feedback. (pujian + kritikan) Ini feedback dari Isa_Onzer. Aku cuba ringkaskan jawapan aku.

hye zahiril...i nk review sket psl post yg u buat tuh..

at the very 1st line,u r questioning knape u x prnh dgr psl perayaan Durga Pooja...as a matter of fact,kalo u nk tau,diorg pny celebration tu mengagungkan dewa..n kalo kita pg sana,seolah2 kite mengagungkan dewa diorg jugak...in other words,support diorg...this is so not according to islamic rules of law...

MEREKA yang mengagungkan, bukan aku. Kita cuma mengagungkan Raja dan Sultan. Oopss..

I did not celebrate, I did not perform any prayer, I was there to witness and to take photos. Aku cuma 'penyaksi' aktiviti spritual mereka, seperti mana bangsa dan agama lain di Malaysia selalu menyaksikan aktiviti spiritual kita di televisyen seperti Sembahyang Jumaat, Sembahyang Raya, Sembahyang Terawikh dan juga Expose Mistik? Program yang menayangkan penghalauan makhluk halus (jin atau syaitan) dari tubuh manusia itu, kan? Itu juga spiritual. Mereka cuma penyaksi. Kita yang beraksi.

Itu sahaja. Tidak lebih dari itu. Lagipun aku dapat ilmu pasal budaya di Malaysia, bukan?

"Carilah ilmu sampai ke negeri China"

Bermakna ilmu itu perlu dicari dimana - mana.

i dun understand in what context of 'MALAYSIAN' that u r trying to define...adakah dgn mengenali dan merayakan smua perayaan hindu n buddha baru kite dikenali sbg MALAYSIAN?

Malaysian. Kita dikenali sebagai Malaysian apabila kita ada MyKad. Haha..

Sebenarnya skop aku menjurus pasal perayaan budaya. Juga pasal diri aku (seorang Malaysian) dan pengetahuan tentang budaya di Malaysia. Aku yang rasa aku
perlu tahu pasal budaya lain dekat Malaysia sebab aku tinggal di Malaysia yang segalanya berbilang (bangsa budaya dan lain - lain). Keseronokkan menjadi seorang Malaysian ialah bila kita mampu bercerita tentang budaya (dan lain - lain) yang ada di Malaysia.

Askar di hutan dan orang asli di hutan.

Kedua - duanya sudah biasa dengan hutan. Tapi, yang mana satu lebih layak dipanggil anak hutan kental? (orang hutan tu lain).

atau korang ada contoh lain?

Terserah dekat korang kalau nak tahu pasal budaya lain atau kau nak letak tembok besar keliling korang dan amik tahu pasal budaya bangsa dan agama diri sendiri saja.

Pada aku, kalau boleh aku nak tahu semuanya. Dengan cara membaca atau menyaksikan sendiri, aku tak kisah. Teori dan praktikal. Praktikal di sini bermaksud, menyaksikan. Sila faham.

pd i..it's ok kalo kite menghormati agama diorg,perayaan diorg,but not to the extent of honoring them...which makes us feel that we are part of them..sbnrnye,part2 dewa ni kan zahiril...very sensitive part tau..especially in Islam..

Menghormati sahaja tidak cukup kalau tidak memahami. Islam tidak cukup sekadar dihormati kalau kita sendiri tidak memahaminya, kan?

Sensitiviti itu tidak perlu ditimbulkan dalam hal ni. Seperti mana kata mamat blues jantan gagal, sensitiviti itu racun. Kalau disalahgunakan, akan bertemu ajal. Pasal dewa - dewa itu, sekali lagi, itu kepercayaan mereka. Aku tetap dengan kepercayaan agama aku, Islam. Itu sahaja.

Jangan terkeliru dengan Islam yang telah dipolitikkan.
Jangan terkeliru dengan budaya yang telah dipolitikkan.

Siapa yang decide sesuatu perkara itu sensitif? Tentulah politikus. Merekalah yang kata ini sensitif, itu sensitif, padahal orang kita takda apa pun. Kenapa? Tuntutan politik untuk meraih undi. Merekalah yang telah mempolitikkan budaya dan agama di negara kita.

zahiril..there's no such thing as being racist kalo kite x tau psl perayaan dewa-dewi diorg..

Ouh tidak. Don't get me wrong, I never said that.

Pasal rasis tu, aku cakap, aku keluar dari tempat tu tanpa calar - bilar. Bermakna aku dan kengkawan lain diterima hadir masa tu. Bermakna lagi, diaorang takdahal kitaorang amik gambar. Sebab tu aku tanya, rakyat Malaysia rasis ke? Jawapan aku tidak sebab aku dan kengkawan (Melayu & Cina) tidak dihina atau dihalau keluar oleh diaorang.

tp yg pntg,kite kene tau cmne nk hormat diorg,prinsip n pegangan diorg..itu je..

Sekali lagi, macam mana kita nak hormat diaorang, prinsip dan pegangan diaorang kalau kita tak faham diaorang? Jadi itulah apa yang aku cuba buat, memahami.

well,i just give u a piece of advice..t'serah kpd u utk menilai ape yg i ckp...ok?
zahiril,jgn marah tau..i just express my own opinion,bkn pe...i suke discuss ngan org yg suke b'discuss..hehehe...

p/s:i dh post kt c-ni,let's share our opinions n thoughts ...:P

Jangan risau, aku tak marah. Well, thank you for your advice. Tak mengapa, kita bertukar pendapat. Aku takdahal. Kalau kau tak bagi feedback, entri ni tak wujud. Sambil tu aku boleh berpesan pada yang lain. Aku harap dengan jawapan aku, kawan - kawan yang kita suka dapat memberi fikiran kedua untuk perkara ini kerana Tuhan Maha Mengetahui setiap apa yang hambaNya lakukan. Pegang dan percaya itu dulu sebelum kita ke perkara lain yang lebih berat.

Sebenarnya aku tak berani nak bercakap tentang Islam kerana aku bukan pakar agama. Lebih baik kita biarkan yang lebih mengetahui untuk bercakap lebih. Tapi apa yang aku jawab tadi ialah antara perkara yang kita semua sedia tahu.

Ingat, jangan terkeliru dengan budaya dan agama yang telah dipolitikkan.

Jumaat, Oktober 10

aku nak tengok panah je

Kau nak baca ke entri yang panjang ini?

Dah 24 tahun aku duduk kat Malaysia ni tapi hari ini, aku rasa aku belum cukup
Malaysian. Kenapa?

Sebab aku tak tahu dan tak pernah dengar perayaan Hindu, Durga Pooja (Puja). Yang aku tahu kalau Hindu, cuma Deepavali dan Thaipusam. Oh, aku sungguh tipikal.

Kau pernah dengar?

Aku tahu kau pun tak pernah. Jadi, samalah kita. Ini belum kira perayaan dekat Sabah Sarawak lagi. Kau dah cukup Malaysian?

Aku belum.

Semalam, kawan aku Ayam (ya, aku ada kawan nama Ayam) ajak aku pergi tengok perayaan Durga Pooja yang diadakan sempena festival Navratri. Festival apa ni? Aku akan cerita sikit - sikit (sebab aku tahu pun sikit je, 3 jam mana sempat aku nak belajar semua). Apa yang buatkan aku tertarik untuk pergi tengok perayaan ni ialah:

1. Aku rasa segan sebab aku tak pernah tahu perayaan ini dirayakan. 24 tahun aku mengaku aku seorang Malaysian, tapi rupanya banyak lagi benda dekat Malaysia ni aku tak tahu. Oleh itu, aku nak sangat tengok perayaan ini.

2. Kawan aku cakap perayaan ini menarik sebab melibatkan aktiviti membakar kuasa jahat (syaitan) dan memanah syaitan.

Memanah?

Aku terus teruja nak tengok.

Jadi, petang semalam seperti yang dijanjikan, aku dan Ayam (nama kawan aku) pun pergi ke kuil Sri Sakhti Easwari di Sungei Wei untuk menyaksikan Durga Pooja. 3 orang kawan Ayam sedang menunggu di sana, Mien, James dan Shobee (aku tak tahu eja nama dia). Shobee bertugas sebagai penerang atau tourist guide untuk kami kerana dia seorang perempuan cantik yang berbangsa India. Jadi dia lebih tahu. Senyumannya manis mungkin kerana dia seorang perempuan yang sweet.

Hah? Aku cerita pasal perempuan ek? Ouh, maaf.

Sambung.

Dari apa yang diceritakan oleh saudari Shobee ini, perayaan Durga Pooja ini disambut semasa festival Navratri. Nava bermaksud sembilan, sementara Ratri bermaksud malam. Jadi Navratri berlangsung selama 9 hari/malam. Sesiapa tolong betulkan aku, kalau aku silap. Terima kasih.

3 malam yang pertama adalah untuk memuja Maa Durga (the Goddess of courage/power) Keberanian/kekuasaan.

3 malam yang kedua adalah untuk memuja Maa Lakshmi (the Goddess of wealth) Kekayaan/kesenangan.

3 malam yang terakhir adalah untuk memuja Maa Saraswati, (the Goddess of wisdom/knowledge) Pengetahuan/kebijaksanaan.

Semuanya, 9 malam.

Maka Durga Puja disambut pada malam kesembilan yang melibatkan pemanahan kuasa jahat dan pencantuman ketiga - tiga tuhan ini menjadi kuasa baik yang besar untuk melawan syaitan kuasa jahat (juga besar). Pada akhirnya ia akan menang, menentang kuasa jahat itu.

Menarik. Aku teringat masa belajar cerita - cerita wayang kulit di ASK yang berasal dari Hindu jugak. Contoh, Sri Rama dan lain - lain.

Sebenarnya, aku (dan Ayam) berminat untuk belajar atau sekurang - kurangnya melihat dengan mata sendiri tentang budaya lain (selain dari budaya aku, Melayu dan Islam) yang wujud di negara kita. Aku Malaysian, jadi aku fikir aku perlu tahu pasal budaya lain di Malaysia.

Dengan perasaan yang sangat teruja-ingin-tahu dan jakun atau perak, aku masuk ke kuil yang masih lagi dalam renovation. Banyak lagi yang belum siap. Lantai, dinding dan hiasan dalamannya serta beberapa perkara lain sedang dibikin. Jadi tidak banyak perkara menarik yang dapat disaksikan. Yelah, aku datang sebagai penyaksi, kan?

Oh ya, lagipun ini kali pertama aku masuk kuil Hindu, mestilah aku sedikit jakun. Faham?

Bagus. Malangnya, kami tidak dibenarkan mengambil foto menyebabkan aku tak dapat nak berkongsi gambar dengan korang. MALANGNYA lagi, kami diberitahu disebabkan kuil ini sedang dalam renovation, maka acara pemanahan kuasa jahat itu tidak dapat dilakukan tahun ini.

Hampa sekali.

Bukan.

Bukan sekali sahaja tapi banyak sungguh hampanya. Walau macam mana pun, aku berkeras nak amik foto dari luar kuil itu. Sikit je. Untuk kenang - kenangan. Dalam pada tengah amik gambar tu, kitaorang sempat berbual dengan seorang peniaga bunga di luar kuil tu.

Kalau foto - foto ini tidak menarik, ia adalah kerana aku bukan seorang photographer. Sila faham itu.

Kuil Sri Sakhti Easwari (Sungei Wei) dari luar. Kata Shobee, kuil ini banyak didatangi oleh kaum wanita.

Diluarnya ada rak kasut yang panjang, disediakan untuk pengujung. Sedang renovasi.

Namanya, Raja (kiri).

Dah 20 tahun dia berniaga bunga di kuil tu. Turun temurun 3 keturunan, katanya. Dari datuk turun ke bapak , dari bapak turun ke dia pulak. Kitaorang pun berboraklah tentang hasrat nak tengok acara pemanahan tu, dengan murah hati dan tidak sombong langsung, Raja menceritakan sedikit sebanyak tentang perayaan Durga Pooja ni. Oh ye, dia yang tegur kitaorang dulu.

Kitaorang dapat ilmu.

Penggubah bunga.
Aku tanya, "Boleh amik gambar?" Dia terus pose. Agaknya boleh lah tu kot.


Gerai bunga Raja dan member - member gerainya.

Raja sedang membuat panggilan telefon?

Bertambah terhutang budi kitaorang dekat Raja sebab dia sanggup telefon 3, 4 orang member dia kat kuil - kuil tempat lain. Bertanyakan kat mana lagi yang ada acara pemanahan kuasa jahat ni, semata - mata untuk kitaorang pergi tengok. Baik kan? Aku tahu. Tapi katanya dah takda sangat orang buat acara ni, sebab tak ramai kaum Hindu yang sambut perayaan ni. Malah, ada yang tak pernah tahu pun pasal perayaan ini. Takpalah, kitaorang pun berborak pasal perayaan ni je dengan perasaan yang hampa.

Tiba - tiba, dia teringat satu lagi kuil, harapan terakhir. Dia terus telefon kawan dia, memutuskan perbualan dengan kitaorang sekejap. Kemudian, dia letak telefon.

"Kalau you sempat, dekat temple Jalan Tun H. S. Lee, dia sana start lagi setengah jam". Berterabur sikit BM dia, tapi takpa.

Setengah jam?? Terima kasih!

Zaaaaaassssssss!!! Kitaorang hilang dari pandangan Raja.

(Apa bunyi untuk kelajuan? Aku pun tak tahu.)

Aku dan lelain bergegas ke Jalan Tun H. S. Lee, dekat dengan Petaling Street. Mengejar 'setengah jam akan start'.

Dengan itu, meluncurlah Kelisa putih di atas Lebuhraya Persekutuan menghala ke Petaling Street dan kemudian, sampailah kami berlima ke Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam, Jalan Tun H. S. Lee dekat dengan Petaling Street.

Sempat. Diaorang baru nak start. Alhamdulillah.

Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam dari luar.
Cantik dan tersergam indah.

Kali ini aku tak tanya boleh amik gambar ke tak, aku redah je sebab bila aku masuk, aku tengok secara visualnya sangat menarik serta berwarna - warni ditambah pulak dengan warna - warna sari pengunjung yang pelbagai, aku fikir, aku kena, mesti dan harus amik gambar! Lagipun ada tourist lain jugak yang berkamera.

Masuk - masuk je, acara pemanahan bermula. Aku pun panahkan kamera Ayam ke merata tempat.

Cantik dan indah. Mungkin dari foto tak sama dengan apa yang aku tengok, tapi korang tengok je lah, eh?

Pemanahan kuasa jahat.

Pemanahan kuasa jahat lagi.

Dan lagi!

Aku tak ingat berapa kali dia panah.

Maaf sebab ramai orang, jadi aku hanya boleh amik dari jauh. Anak panah dia takdalah pergi jauh mana pun, jatuh atas kepala orang yang datang jugak. Tetapi, menurut kepercayaan diaorang, sesiapa yang dapat menangkap atau memiliki anah panah ini, maka dia akan peroleh nasib baik dan nasib jahat atau dosa keciknya akan gugur.

Kalau Islam, kita percaya bila demam teruk, nescaya dosa kecik kita terhapus. Ye ke? Orang kata lah.

Lepas habis acara pemanahan ini, mereka mengarak masuk (ke ruang indoor) pulak. Sebelum tu, mereka berhenti di depan pintu ruang indoor ini, dan pemuzik mengelilingi Tuhan mereka itu. Aku lupa apa nama Tuhan mereka yang dijulang, aku rasa Durga kot? Sebab Durga Pooja bermaksud puja Durga? Isshh.. aku tak ingat.

Muzik? Best. Mana - mana gendang kalau dipukul, gegarnya sampai ke jantung. Itu pasti.

Aku lupa namanya. Aku lupa, aku lupa, aku lupa!

Ramai. Tapi lihatlah kemeriahan warna. Ini sebahagian dari Malaysia dol!

Aku tak tahu apa yang dia buat, sebab tourist guide aku entah kemana waktu ni.

Ada sesiapa boleh terangkan apa yang Sami ini sedang buat?

Takda? Takpalah, terima kasih.

Sama - sama.

Sedang diarak masuk.

Menunggu pemuzik mengelilingi.

Pemuzik yang telah menggegarkan jantung aku.

Yang blur itu bukan subjek ya?

Warna - warni di Navratri!

Untuk mengelakkan pembaziran, mereka mengutip duit syiling yang ditaburkan tadi.

Dah masuk ruang indoor. Mereka pun memuja. (Pooja = Puja) Sama, kan? Itulah Sanskrit.

Mamat kat bawah kanan ni, macam nak makan aku.
Aku senyum kat dia tapi dia muka ketat je. Aku senyum lagi, dia ketat lagi.
Aku senyum lagi, dia ketat lagi. Last sekali aku pulak ketat! Dia?
Lagi ketat. Aku pandang depan.
Mungkin dia marah, baik aku jangan buat hal.

Dah habis upacara sembahyang, semua pengunjung diberi makanan percuma sumbangan ikhlas. Maka beraturlah mereka yang dah penat beribadat. Kitaorang nak beratur, tapi bila tengok barisan, tak jadi. Kitaorang bersetuju untuk makan kat tempat lain.

Seronok tengok diaorang beratur nak amik makanan, terutamanya budak - budak yang sungguh riang. Masa ni lah diaorang berborak panjang dengan sedara - mara atau kawan yang dah lama tak jumpa atau dengan orang yang baru kenal kat situ, atau juga dengan awek yang baru dingorat, atau apa - apa sajalah.

Inilah sosial yang sihat. Hubungan yang sejahtera sesama manusia, atau RAKYAT.


Tengok dia punya beratur macam mana? Tak merasa aku, kuah dal !

Makan atas daun pisang tu! Aisehh...

Brader ini sungguh cool. Siap ajak aku makan, tapi aku cakap, tengoklah barisan beratur panjang mana!

Pelita mereka.
Habis dah.

Seronok. Aku dah tambahkan pengetahuan baru pasal budaya Hindu di Malaysia. Jadi aku cukup Malaysian kah sekarang? Entah. Aku rasa banyak lagi yang aku tak tahu. Yang aku tahu sekarang, aku suka masyarakat majmuk. Pelbagai budaya, bangsa dan agama. Ini lah keindahan menjadi seorang manusia. Orang Hindu kat kuil yang aku pergi ni takda masalah bila kitaorang masuk menonton, siap amik gambar lagi. Senyuman kitaorang dibalas senyuman jugak. Si penjual bunga saudara Raja, siap menggunakan kemahiran berkawan untuk menolong kitaorang mendapatkan informasi. Semuanya bermula dengan satu senyuman.

Kecuali sorang brader tu. Haha! Mungkin dia bad mood, takpun muka aku mengingatkan dia kepada seseorang. Mungkin.

Aku dan kengkawan lain keluar dari kuil tu dengan selamat. Calar sikit pun takda. Jadi, rakyat Malaysia rasis ke? Jawapan aku tidak, bukan semua. Rakyat tak rasis, yang rasis cuma ahli politik? Oopss... Bukan semua. Kawasan mana yang rasis ni? Nak ooopsss lagi tak?

Tak payahlah.

Kemudian, kitaorang pun bergerak mencari bahan mengisi perut yang berdekatan. Untuk kawan - kawan yang kita suka, yang lebih tahu pasal perayaan atau cerita disebalik perayaan ini, kalau aku ada tertulis kesilapan, tolong betulkan. Sebab 3 jam memang tak cukup untuk aku belajar dan menghafal kesemuanya, pasal sebuah perayaan yang dirayakan bertahun - tahun lamanya ini.

Ahad, Oktober 5

pisah itu korban?

Sebahagian daripada fungsi KLIA ialah memisahkan orang. Maka aku sekeluarga juga terkena tempiasnya.

Tadi malam, kakak dan abang iparku berangkat semula mengejar cita - cita yang memerlukan perpisahan. Masih banyak ruang Aidilfitri belum diselongkar. Tapi, masing - masing bersedia untuk perpisahan ini. Ternyata benar, dalam setiap cita - cita, memerlukan pengorbanan.

Tapi, kental sajalah kan?

Kehidupan yang tidak ada konflik adalah kehidupan membosankan!

Maka mereka akan menonton Eizwan Zarith digital.

Kak Jaja jangan menangis tau baca ni, haha! Webcam kan ada..

Sabtu, Oktober 4

tiada tajuk

Wahai kawan - kawan yang kita suka, aku akan menukar layout yang lebih simple.

Bersedialah.

revolusi itu indah.

Jumaat, Oktober 3

Untuk Kawan - Kawan Yang Kita Suka

Untuk Kawan - kawan yang kita suka ! Artikel aku dan sahabat (Fared Ayam) yang keempat sudah diterbitkan. (Dah lama hari tu, aku je yang tak perasaan - 29/09/08)

Oleh kerana kita masih berada dalam mood raya (aku pun ke?), artikel keempat ni berkait dengan Raya jugak. Bacalah!

Membaca itu bukan budaya rakyat Malaysia, mari jadikan membaca sebagai budaya diri sendiri!

Terima kasih.
Artikel Keempat

Khamis, Oktober 2

Kurung kebaya kebarung itu!

Aku boleh tersenyum, marah boleh terpadam, bengang boleh lenyap, pedih boleh terbuang, geram boleh terkubur, hati boleh cair bila;

Melihat makhluk Tuhan yang bernama perempuan, berbaju kurung / kebaya / kebarung!

Tadi aku merosakkan tapak kaki, berjalan di Times Square dengan seorang rakan, tiba - tiba terlihat sekumpulan gadis berbaju kurung/ kebaya / kebarung sedang bersiar - siar.

Mereka sungguh comel! :)

Baju kurung / kebaya / kebarung lebih mempesona dari mini skirt atau singlet. Benar. Kerana ia boleh melemahkan mana - mana lelaki Melayu. Atau mungkin juga bukan Melayu.

Tolonglah jangan serang aku dengan baju kurung/kebaya/kebarung anda! :)

Jangan salah faham, aku cuma adore atau mengagumi pakaian dan tuannya itu.

Rabu, Oktober 1

ini tidak dibiasakan

Malangnya perayaan tahun ini, aku memiliki rasa benci dan kemarahan.

Perkataan tidak akan pernah dapat menyelesaikan.

Maka teruslah hari - hari biasa selepas perayaan. Kehidupan yang menekan setiap manusia, setiap hari, khasnya dalam arus kemodenan yang celaka ini dan globalisasi yang sial ini. Darah muda terus mengalir laju, membawa haba kemarahan.

Tekanan ini, maka akan ada yang melakukan pemberontakan!

Bertenang. Dipersilakan.

This is not personal. Be cool.